Selasa, 6 Disember 2016

14 INFORMASI PENTING MENGENAI AIR REVERSE OSMOSIS (RO)


gambar sekadar hiasan

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang.

Untuk artikel kali ini saya berkongsi dengan anda informasi mengenai air Reverse Osmosis (Osmosis Berbalik) atau singkatannya air RO.

Air RO ini secara ringkasnya ialah air yang menggunakan water filter JENIS berteknologi RO, ia berbeza dengan water filter menggunakan teknik alkali atau sewaktu dengannya.

Berikut antara info dan maklumat yang saya dapati dari sumber google dan blog-blog mengenai air RO.

1. Dikatakan WHO pernah membuat kajian mengenai bahaya RO. Ada link disertakan disesetengah blog tetapi link itu telah dipadam atau dialihkan ketika saya membukanya. Dikatakan laporan tersebut mempunyai 22 muka surat dan tebal.

2. Air RO bukan sahaja air yang menggunakan penapis air berteknologi di Rumah. Malah air RO juga turut dijual dikedai-kedai atau pasaraya. Malah ia juga mudah didapati di kedai RM2. Mesin-mesin air ditepi jalan yang dijual 20 sen seliter air itu juga dikatakan menggunakan teknologi RO.

3. Air RO dikatakan bersifat diuretik , dimana jika anda kerap minum air RO menyebabkan badan kekeringan dan kekurangan lebih banyak air sekaligus menyebabkan dehidrasi dan kulit kering.

4. Air RO dikatakan bersifat asid, sekaligus boleh menjadi punca menyebabkan darah berasid. Memakan makanan yang tinggi asid terutama dalam kadar yang banyak setiap hari akan membahayakan tubuh terutama diet moden masa kini kebanyakan makanan yang dimakan juga berasid. Tubuh yang sihat mestilah neutral balance antara asid dan alkali.

5. Air RO ialah air yang bersih sebersih-bersihnya sehingga mencuci segala bahan asing juga bahan mineral baik yang terdapat dalam air itu sendiri. Sekaligus meletakkan air RO sebagai Air yang tiada zat.

6. Air RO yang ‘kosong’ atau tidak mengandungi mineral mengakibatkan ia tidak stabil sekaligus menyebabkan logam berbahaya mudah masuk ke dalam air sekaligus menyebabkan logam yang bertoksid masuk pula ke tubuh manusia. Atau dengan penerangan paling mudah , Air RO tidak berelektrolit mineral sekaligus ia amat cepat menyerap radikal bebas. Radikal bebas yang terdapat dalam pelbagai makanan terutama makanan zaman moden ini akan diserap masuk kedalam tubuh. Radikal bebas (penyebab terjadinya penyakit dan cepat tua) akan diserap oleh air dan dibawa ke seluruh anggota tubuh ke otak, kaki, badan,usus yang pasti menggunakan air tersebut, andaikan air diserap radikal bebas itu sampai ke otak dan disitu juga air yang menyerap toksid (radikal bebas) itu berfungsi. Tentu banyak kesan sampingan tidak bagus terhadap ‘otak’ manusia itu . Bayangkan bahagian tubuh lain pula.

7.  Air semulajadi yang tidak ditapis mengandungi mineral yang bagus untuk tubuh, tetapi ia ditambah klorin oleh manusia untuk mengelakkan bakteria e-coli. Air yang menggunakan teknologi RO haruslah diminum terus kerana ia tidak mengandungi klorin. Tanpa klorin air itu jika disimpan lama mempunyai risiko bakteria e-coli.

8. Dikatakan sebilangan doktor menyarankan untuk minum air RO untuk pesakit buah pinggang kerana dikatakan air itu lebih mudah diproses oleh pesakit yang mempunyai risiko penyakit buah pinggang. Malah kebanyakan hospital juga menggunakan air ini. Wallahualam.

9. Sistem penapis air RO juga menapis bahan tercemar yang bahaya untuk kesihatan seperti logam berat, raksa, arsenik dan nitrat yang bahaya pada tubuh.

10. Air RO juga jauh lebih murah dari air Mineral yang harganya hampir 2x ganda dipasaraya dan kerai runcit sekaligus sesuai bagi mereka yang kesuntukkan budget.

11. Kesan sampingan yang bahaya untuk tubuh jika kerap menikmati air RO (kerana ia membuang kalsium, magnesium, zat besi, sodium dan lain-lain) ialah ia boleh mengakibatkan masalah perut usus, ketumpatan tulang, masalah lutut ,sendi dan masalah jantung

12.  Untuk mengurangkan risiko air RO ini, digalakkan anda menambah garam mineral himalaya atau garam pink himalayan untuk mengantikan mineral yang telah hilang didalam air RO ini.

13. Air RO dikatakan adalah air terbaik untuk membuat KOPI ENEMA iaitu kopi bagi tujuan detoks yang mula popular beberapa tahun ini.

14. Air RO juga dikatakan melemahkan tubuh badan kerana ia mencuri zat-zat didalam makanan lain dan juga didalam tubuh manusia. Dikatakan bahawa mereka yang sakit tidak sesuai minum air RO dalam tempoh yang lama.


Ini sahaja perkongsian info mengenai air RO untuk anda. Dikatakan air RO tidak digalakkan untuk diminum untuk jangka masa panjang dan harus diselang seli kan dengan air mineral atau air alkali.


Terima kasih.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...