Ahad, 18 Disember 2016

Khasiat Daun Salad



daun salad organik hanya RM2.70 untuk 3 salad mini
Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Seiring dengan peredaran zaman dan sains yang semakin menitik beratkan pemakanan. 

Kini semakin ramai saintis dan dietien yang menggalakkan pemakanan sihat dan sayuran hijau tanpa dimasak di dalam diet seharian. 

Salad telah lama diperkenalkan dalam pelbagai menu  Mediterranean dan Eropah.  Malah ia kini antara menu paling mudah didapati di Cafe mahupun pasaraya. 

Ramai individu yang berdiet memilih salad sebagai antara menu wajib untuk menguruskan badan. 

Ini antara KHASIAT dan Kebaikan salad untuk info anda:-

1.  Daun salad kaya dengan kebaikan nutrisi terbaik untuk tubuh seperti zat besi,  kalsium,  fosforus,  sodium,  potassium,  vitamin A, vitamin C,  magnesium  dan zink.

2. Sayuran hijau terkenal sebagai makanan alkali yang boleh mengurangkan asid dalam tubuh.  Pemakanan moden hari ini menjadikan tubuh lebih berasid.

3. Ia sesuai untuk individu yang mengalami masalah insomnia atau susah tidur.

4. Daun salad mengandungi lactucarium sejenis kompaun sejati.

5. Daun salad dipercayai mengandungi kandungan air,  karotin,  dan serat yang dapat menghilangkan dahaga dan melancarkan sistem pernafasan.

6. Daun salad juga dipercayai boleh mengurangkan kandungan gula dalam darah,  mencegah kanser,  mengurangkan risiko kencing manis,  gout,  penyakit jantung  dan sistem penghadaman.

7. Daun salad kebiasaan dimakan mentah sekaligus mengandungi enzim hidup yang bagus untuk tubuh dan kesihatan.

8. Daun salad yang tinggi nutrien ini mampu membuat perut lebih kenyang sekaligus membantu mengurangkan berat badan.

9. Kandungan beta karotin bagus untuk sistem imunisasi.

10. Daun salad enak dimakan begitu sahaja atau ditambah ke dalam apa sahaja makanan dan untuk hasil maksimum anda boleh menikmati daun salad dengan campuran sayuran lain dan buah buahan.

Pastikan anda tidak membuang daun salad yang kebiasaannya dijadikan hiasan di dalam pinggan hidangan.

Jadikan salad antara menu harian mudah anda.  Ia tidak perlu dimasak.. Hanya tambah minyak zaitun atau perahan lemon dan madu untuk rasa lebih enak.

Ada pendapat mengatakan daun salad boleh melemahkan mata,  tidak sesuai dimakan bersama ikan dan membuat badan lemah dan sejuk serta mengembangkan rahim wanita.  Wallahualam.

Sila sesuaikan daun salad dengan diet dan jenis tubuh anda.

Terima kasih.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...