Ahad, 12 Ogos 2018

18 KHASIAT& KEBAIKAN DAUN MORINGGA @ KELOR @ MURUNGAI


Daun moringga - imej dari google


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Malaysia terkenal dengan pelbagai ulam-ulaman yang berkhasiat. Antara ulam yang semakin terkenal dan telah lama ditanam di Negara ini ialah daun kelor atau murunggai atau dalam bahasa English Moringga.

Daun kelor atau moringga telah lama diamalkan oleh masyarakat india dan selalunya dimasak bersama kuah kari dan telur dadah. Bagi sesetengah kaum mereka menjadikan daun moringga ini sebagai ulam untuk dimakan bersama nasi. Sesetengah pengemar daun ini selalu memasak lemak kuning telur itik dan sayur masak lemak.

Daun moringga kini semakin popular di dunia sebagai salah satu sumber antioksidan yang kuat dan digemari pencinta kesihatan. Malah daun moringga turut tergolong dalam ‘super food’. Di sesetengah Negara, mereka menggelar daun moringga sebagai ‘ miracle tree’.

Terdapat jutaan khasiat dan kebaikan moringga serta kegunaan moringga, diantaranya ialah :-

1. Moringga kaya dengan khasiat untuk kesihatantubuh seperti anti fungal, anti viral, anti depressi dan anti inflamasi sekaligus ia bagus untuk dikongsumi oleh mereka yang mengalami dugaan ekzema, kanser, stress, gout, sakit sendi dan sebagainya.

2. Daun Moringga ini mudah dijumpai di India, Asia, Afrika dan selatan Amerika. Kini daun moringga turut dijual sebagai supplement kesihatan di pasaran.

3. Moringga kaya kandungan protein, vitamin dan mineral. Sekaligus ia bagus sebagai sayur-sayuran dalam diet.

4. Antara kandungan vitamin yang terdapat di dalam moringga termasuk vitamin A, vitamin B1 (Thiamine), B2 (riboflavin), B3 (niacin), B6, Folate, asid ascorbic (Vitamin C), kalsium, potassium, zat besi, magnesium, fosforus dan zink.

5. Moringga juga dikatakan rendah lemak dan tidak mengandungi kolesterol tidak baik.

6. Sebagai tumbuhan ‘super food’ yang tinggi vitamin dan galian serta anti oksidan, moringga membantu dalam melindungi serta mencantikkan kulit dan rambut. Malah mereka yang menghadapi isu masalah dan kulit muka yang mengamalkan moringga berserta diet sihat mengalami perubahan kulit dan rambut yang lebih sihat.

7. Moringga juga membantu pesakit edema dengan fungsi anti radang yang dimilikinya.

8. Moringga juga turut membantu memperkuatkan organ hati dan membantu membaik pulih fungsi hati. Harus diingatkan ia juga harus beserta diet sihat.

9. Sebagai makanan tinggi antioksidan, ekstrak moringga membantu menghindari sel kanser dan membantu memulihkan penyakit kanser tertentu.

10. Kandungan kalsium yang tinggi didalam moringga termasuk fosforus membantu tulang yang sihat dan kuat.

11. Jika anda menghadapi kemurungan dan sering stress serta mudah naik angin, moringga dipercayai antara bahan makanan yang membantu mendapatkan mood yang lebih baik.

12. Selain cepat menyembuhkan luka, moringga turut dipercayai mengurangkan risiko diabetis dan membantu menyembuhkannya, mengurangkan asma dan melindungi dari penyakit buah pinggang.

13. Moringga juga dipecayai membantu mata untuk lebih sihat dan juga membantu mereka yang mengalami anemia.

14. Dengan segala khasiat moringga ini, bagi anda yang telah menghadapi penyakit anda digalakkan mendapatkan pendapat pakar yang merawat penyakit anda.

15. Dikatakan moringga antara bahan makanan yang mengandungi oxalate yang tinggi serta tidak sesuai dengan pesakit buah pinggang.

16. Mereka yang mengandung dan menghadapi isu HB rendah juga tidak digalakkan mengamalkan moringga walaupun moringga terkenal mengandungi kalsium dan antioksidan tinggi.

17. Moringga tidak digalakkan diamalkan setiap hari terutama dalam kuantiti yang banyak walaupun bagi orang yang sihat. Ini kerana moringga tinggi oxalate.  Risiko sakit badan atau sendi bagi mereka yang kerap menikmati moringga mentah dalam kuantiti yang banyak.

18. Sila amalkan moringga dan apa sahaja makanan kesihatan walaupun semulajadi secara sederhana dan berpada-pada.

Bagi mereka yang jarang menikmati sayur-sayuran serta mengamalkan diet yang tidak sihat, jika kali pertama anda menikmati moringga mentah, kemungkinan besar untuk anda mengalami ‘pening kepala’. Adalah disyorkan anda menikmati moringga dalam kuantiti yang sedikit atau celur sahaja moringga sebelum makan. Pilihan lain sila pilih menu moringga yang dimasak.

Moringga mudah didapati di pelbagai pasaraya dan dijual segar di bahagian sayur-sayuran seperti pasaraya Jaya Grocer, selain itu moringga turut dijual di pasar.

Jika anda bukan peminat sayur-sayuran anda boleh mencuba teh moringga, serbuk moringga yang boleh dicampurkan dalam air kegemaran anda atau beli sahaja kapsul moringga untuk mendapatkan khasiat moringga ini.

Selamat mencuba daun moringga @ kelor atau murunggai ini.

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda.

Terima kasih.






Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...