Rabu, 28 Januari 2015

PENGANTI SABUN KIMIA SERBAGUNA :- SOAP NUT @ BUAH LERAK




buah lerak yang dibeli oleh saya

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang.. alhamdulillah kita masih diberi kesempatan bernafas dan saya masih diberi peluang menulis dan mempunyai idea untuk berkongsi dengan anda yang melayari dan mengikuti blog saya ini.. terima kasih yang tidak terhingga…

Baiklah hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua alternative bagi bahan pencuci kimia diluar sana iaitu buah lerak @ soap nut… Actually soap nut ini telah digunakan oleh ramai penduduk Amerika dan telah lama terkenal kerana kebanyakan manusia kini mencari alternative yang lebih sihat dan bebas kimia serta toksik.. harga buah lerak @ soap nut ini juga murah sahaja dan boleh digunakan berulang kali.. sebagai gantian kepada pencuci pakaian, pencuci lantai, pencuci pinggan mangkuk, syampu, mandian untuk binatang kesayangan dan sebagainya…

Paling penting bagi pengidap eczema atau pesakit kulit atau mereka yang sensitive kepada detergent biasa diluar sana .. ia lebih selamat dan lebih melindungi…

Baiklah dibawah ini saya kongsikan dengan anda antara kegunaan bahan organic dan sangat eco-friendly ini sekaligus bebas bahan kimia. Paling utama ia amat sesuai sebagai penganti sabun iaitu:-

- pencuci pakaian harian
- pencuci cloth diaper, cloth pad - sangat efektif menghilangkan bau hancing
- pencuci pinggan mangkuk / tupperware / barang baby
- pencuci lantai
-sebagai syampu untuk haiwan peliharaan
- sebagai syampu anti kelemumur

Cara menggunakan soap nut @ buah lerak ini:-
1) Paling ringkas dan senang
- ambil 7-8  biji buah, letak dalam uncang kain terus masuk dalam mesin basuh.
- Campakkan uncang dalam mesin basuh sehingga spin kering
***SIAP BASUH JUST GANTUNG DAN KERINGKA
** paling mudah guna stoking dan ikat dengan getah masuk dalam mesin basuh.


2) Rebus soapnut

- 12 biji soapnut direbus dalam 4 cawan air selama 20- 30 minit.
*** sesudah direbus , simpan ia didalam peti ais agar tidak berkulat, jika letak diluar anda kena menggunakannya dengan cepat.. (atau kurangkan jumlah biji soapnut dan air mengikut kesesuain masa jarak penggunaan).

***CARA INI ADALAH UNTUK PENCUCI CECAIR TERMASUK UNTUK PAKAIAN, PENCUCI PINGGAN MANGKUK, SYAMPU HAIWAN DAN SYAMPU UNTUK RAMBUT BERKELEMUMUR…

ISTIMEWANYA SOAP NUT @ BUAH LERAK ini.. ia boleh digunakan berulang kali… malah boleh digunakan sehingga 4-5cucian (uncang kering) . Malah ia still boleh digunakan sehingga kacang itu hancur… atau selagi ia still mengeluarkan buih.. Malah ada juga yang menggunakan soap nut yang telah hancur itu diperah airnya dan dijadikan serbuk untuk dijadikan sabun serbuk.. Pilihan , biasanya setelah 1kali cucian (3x pusingan 1xbasuh 2xbilas).. saya akan simpan shell @ kacang soap nut yang digunakan itu didalam plastic kemudian rebus dan buat liquid untuk cucian lain…

Jangan risau tentang harga soap nut ini. . .ia dalam anggaran rm20 ke rm35 sahaja dan boleh digunakan berulang kali. .sungguh ekonomi dan menjimatkan.. saya membeli soap nut @ buah lerak ini di facebook pages ini  dengan hanya sms / telegram ke 016-2868328 dan anda juga boleh sms @ telegeram untuk membeli produk ini di sini GreenbabySupplies

Sekian sahaja entry ini untuk kali ini. .. Terima kasih kerana membaca entry ini. Salam sayang dari saya. … love, huge & kiss…

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...