Jumaat, 30 Januari 2015

FASA-FASA TOPICAL STEROID WITHDRAWAL (TSW)



SAY NO TO STEROIDS - GAMBAR DARI GOOGLE




Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang.. untuk sambungan entry sebelum ini PUNCA-PUNCA EKZEMA saya akan ceritakan lebih lanjut mengenai fasa-fasa Topical Steroid Withdrawal (TSW)..

Sebelum itu, harus dinyatakan disini, Ekzema sebenarnya boleh dikawal dari mula tanpa menggunakan krim steroid, tetapi kerana ramai antara kita tidak tahu apa itu eczema dan mula resah apabila badan ditumbuhi tompokan atau bintik merah membuatkan ramai mencari jalan mudah dengan bertemu doctor terutama jika ia melibatkan bayi yang baru lahir. Ekzema mempunyai rawatan semulajadi yang selamat tanpa mengunakan bahan kimia, saya akan menulis entry mengenai rawatan semulajadi pada masa yang sesuai nanti.

Baiklah dibawah ini adalah antara fasa TSW yang akan dilalui oleh pesakit Ekzema yang pernah mengamal menyapu krim steroid :-

1. Memulakan penghentian krim steroid dalam seminggu @ 2 minggu ada lebih ada kurang yang mula menunjukkan simpton TSW.

2. Bermulanya tumbuh kembali bintik-bintik merah , ruam atau eczema.

3. Ekzema mula merebak dan tumbuh walau dikawasan yang tidak pernah disapu steroid.

4. Kulit mulai merah teruk, rasa terbakar dan panas…

5. kulit merah dan bisa serta tidak boleh disentuh lansung.

6. kulit tidak boleh terkena air.. rasa ingin menangis.. kulit sunburn… ketika ini cuaca panas sakit akan lagi teruk.

7. berlaku radang kulit seperti eczema.. (perasaan stress sudah mula menguasai pesakit kerana ia mula merebak jauh dari jangkaan, kulit kering dan pecah serta luka-luka)

8. Terdapat juga pesakit yang mengalami kaki dan tangan bengkak kerana bendalir didalam badan.

9. Kulit berair, hanyir dan selalu luka kerana menggaru.. (anda diminta bersabar banyak-banyak kerana air yang keluar itu adalah toksid dan amat gatal.. serta menyebabkan radang…)

10. ketika proses diatas.. tidak kira apa pun yang anda sapu, pantang… makanlah segala vitamin supplement sekali pun.. proses pengeluaran toksin akan terus berlaku.. .cecair akan terus keluar dan ketika ini biasanya tidur anda akan kerap tergangu, dan stress akan meningkat mendadak, anda diminta untuk mengawal stress anda kerana ia hanya akan menyebabkan TSW anda lebih teruk).

11. Ketika fasa diatas anda digalakkan mengambil cuti kerja @ belajar.. kerana honestly proses TSW ini memang amat mencabar dan menyeksakan

12. Kulit kering dan mengelupas.. selepas kulit berair tadi mulai kering.. ia akan mula mengering dan kerana kekeringan itu juga menyebabkan gatal.. ketika ini kulit kering @ flaky skin akan berguguran dimana-mana. Sila rajin sapu dan mop.

13. Ketika proses ini suhu badan anda juga tidak menentu. .sekejap panas , sekejap sejuk,

14. Emosi menjadi-jadi , anda akan sentiasa rasa ingin marah, tidak dihargai, rasa ingin menangis, menjerit, emosional lebih.. jadi anda diminta supaya sentiasa berzikir pada waktu-waktu ini.

15.noda limfa membengkak ( ketulan dibahagian ketiak, pelipat kaki (belakang lutut), celah kelangkang, keliling rusuk. Ketika ini badan pesakit sedang detox dan kelenjar membengkak adalah normal) – walau bagaimanapun jika anda rasa pelik , boleh berjumpa doctor, tapi pastikan tiada penggunaan steroid oleh doctor.

16. Rambut gugur & bulu mata gugur (akan tumbuh balik lagi subur selepas proses TSW ini)

17. Sakit Mata , mata pedih, kering, merah, berair, sensitive pada cahaya, kabur dan keluar lendir ( Bagi pesakit yang pernah menggunakan steroid dikawasan mata atau dalam mata , untuk mereka yang menggunakan ubat steroid terutama yang membuat lasik, kesan TSW pada mata boleh menyebabkan KATARAK.  Sila ambil perhatian.

18. Tiada tenaga – kerana tidur yang terganggu dan tekanan perasaan memang anda akan tiada tenaga ditambah dengan kesakitan dan seksa yang ditanggung ketika proses ini.

19. Sukar untuk tidur – kerana kegatalan yang teruk tidak kira masa, memang menyukarkan anda untuk tidur dalam jangka masa proses TSW ini

20. Tiada Selera Makan – ketika melalui proses yang menyakitkan ini secara automatic anda akan tiada selera makan.

21. Perasaan rendah diri dan stress yang tinggi – ketika fasa TSW ini memang perasaan rendah diri itu muncul kerana ruam-ruam yang tumbuh dibadan anda, termasuk stress yang tinggi dalam menghadapi cabaran TSW yang mencabar ini.. tetapi jangan bimbang proses ini bukan selamanya.. ia mengambil masa untuk membuang segala toksin didalam tubuh anda bukan sahaja steroid yang anda amalkan sahaja. Selepas proses TSW ini berakhir diri ANDA YANG BARU akan muncul.. insyaalah.

22. TSW ini mempunyai beberapa cycle.. ada yang melalui 1st cycle yang teruk dan yang kemudian kurang teruk, dan ada juga yang melalui 1st cycle kurang teruk tapi yang kemudian teruk.. semoga anda semua sabar dan tabah dalam melalui proses TSW ini..

*** KETIKA PROSES TSW INI SILA HENTIKAN PENGGUNAAN SABUN MANDI BIASA SAMA SEKALI.. ANDA BOLEH BERTUKAR KEPADA PRODUK MOOGO ATAU BUDS SEBAGAI GANTIAN ATAU MANDI MENGGUNAKAN AIR BIASA SAHAJA ATAU EPSOM SALT.

Baiklah ini sahaja entry yang saya boleh coretkan untuk kali ini, saya akan sambung tajuk entry seterusnya dientry akan datang. Terima kasih kerana membaca entry ini, salam sayang dari saya, love, huge & kiss..


*** Jutaan terima kasih keatas FACEBOOK EKZEMA GROUP MALAYSIA – NAAE atas segala ilmu yang dicurahkan didalam group yang diikuti oleh saya.. segala maklumat dan ilmu diatas saya pelajari dari NAAE… dan dari pengalaman diri saya sendiri…

PUNCA-PUNCA EKZEMA



contoh Ekzema - imej dari google




Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang.. untuk sambungan entry sebelum ini Kenapa Anda Perlu Melakukan Proses TOPICAL STEROID WITHDRAWAL (TSW) ? tentu ramai tertanya-tanya apakah factor @ triger yang  boleh menyebabkan eczema… .

Dibawah adalah factor @ trigger yang boleh menyebabkan eczema :-

1.Keturunan sakit kulit, lelah atau resdung.

2.ibu tidak cukup makan semasa mengandung atau terdedah pada makanan yang toxic atau diberi antibiotic semasa mengandung

3.Ibu mengalami stress semasa mengandung

4. Ibu mendapat demam virus yang ada gejala kulit semasa mengandung

5. Anak lahir secara caesarean

6. Anak diberikan antibiotic

7.Anak mendapat cirit birit dan semasa perut belum betul diberikan makanan protin.

8.Anak mengidap jangkitan virus yang ada gejala kulit

9.Anak terdedah kepada makanan berkimia atau suntikkan bertoksin, ini termasuk setengah vaksin.

10.Gula berlebihan dalam makanan anak, banyak makanan yang 'refined' ie berproses yang mana khasiat makanan sudah terlalu sedikit . Ini termasuk jajan.

11.Alahan pada susu formula dan lain lain

12.Konflik ahli keluarga pesakit yang menganggu emosi pesakit

13.Masaalah penghazaman, sembelit, berak cair, berak busuk

14.Mengidap cacing



Eczema can be caused and/or triggered by  - from NAAE

- Genetics (family history of Asthmas, Sinus, Allergies, Eczema) – Keturunan (asma, resdung, alergik dan eczema)

- Diet (lots of convenience food, fast food, snacks) – Diet yang tidak baik seperti makanan segera, manis dan proses

- Environment & Weather (hot & humid) – cuaca dan persekitaran panas atau kering

- Hormonal changes (esp woman after pregnancy)- perubahan hormone terutama selepas bersalin

- STRESS - KERUNSINGAN

- Insufficient Sleep/rest ( You should sleep 7-8hrs daily) – Tidur yang tidak mencukupi @ kurang tidur

- Major negative life events (e.g. death, divorces) – peristiwa pahit dalam hidup seperti kematian dan penceraian


KAITAN EKZEMA DAN MASALAH USUS

Dari blog medicalhomeopath.info: Sepertimana yang telah dihuraikan sebelum ini, usus memainkan peranan dalam kes eczema. Peranan usus berkait dalam dua cara :

1. Sistem immune: 80% ditempatkan di usus dan berkait rapat dengan microbiota (bakteria dan lain-lain ) manusia .

2. Keadaan usus itu sendiri, yang juga berkait dengan # 1 tadi, ia itu, sama ada usus ini dalam keadaan optima dan sihat serta menghazamkan makanan seperti yang sepatutnya, atau usus ini dalam keadaan radang dan tidak menghazamkan makanan dengan baik dan sebaliknya membenarkan bahan makanan yang belum hazam kedalam sistem darah ( circulation ) .

Keadaan kedua ini berkait dengan microbiota usus tadi sebab radang akan berlaku bila komposisi microbiota mempunyai bakteria yang patogen. Juga, ada sesetengah keadaan dimana radang usus menyebabkan bakteria yang bukan patogen menjadi patogen dan menyebabkan radang, maka menjadi sebuah pusingan yang tidak berkesudahan ( vicious cycle ) .

Dalam kes #2, bila usus membenarkan makanan terutama protin memasukki sistem darah, ini akan mencetuskan reaksi dari antibodi badan untuk melabelkan protin berkenaan sebagai musuh. Dari ini terhasil alergi.

Apa yang boleh mencetuskan radang usus ? 

1. Keadaan semasa ibu mengandung dimana pemakanan ibu tidak baik, banyak toksin yang menyebabkan ibu mempunyai usus yang juga tidak sihat dari segi kandungan bakteria baik . Sekarang kajian telah dapat menjangka bahawa ada kemungkinan bakteria akan sampai ke anak melalui uri dan jika ibu ada bakteria baik, anak juga akan ada bakteria baik dan sebaliknya .

2. Keadaan kelahiran ceasarean dimana bayi tidak dapat dos microbiota melalui birth canal


Baiklah ini sahaja entry yang saya boleh coretkan untuk kali ini, saya akan sambung tajuk entry seterusnya dientry akan datang. Terima kasih kerana membaca entry ini, salam sayang dari saya, love, huge & kiss..


*** Jutaan terima kasih keatas DATO ‘ DR. SURIYAKHATUN & EKZEMA GROUP MALAYSIA – NAAE atas segala ilmu yang dicurahkan didalam group yang diikuti oleh saya.. segala maklumat DIATAS ADALAH DARI PENULISAN DATO’ DR.SURIYAKHATUN.



Kenapa Anda Perlu Melakukan Proses Topical Steroid Withdrawal (TSW) ??




antara bahaya steroid - gambar dari google



Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang.. Alhamdulillah kita semua masih diberi kesempatan untuk masih lagi bernafas pada saat dan tika ini.. 

Baiklah ini adalah sambungan entry sebelum ini mengenai Pengenalan Topical Steroid Withdrawal (TSW) dan Ekzema…

.Actually TSW telah pun diamalkan oleh ramai orang termasuk terutama di Amerika , Europe dan kini di Malaysia… tentu ramai dari anda tertanya-tanya kenapa penting untuk kita lakukan TSW?.. adakah TSW hanya dialami oleh mereka yang ada eczema dan menyapu @ menggunakan steroid sahaja?.. untuk makluman anda sesetengah vaksin juga menyebabkan eczema.. dan jika salah pengubatannya.. anda juga perlu melalui TSW ini.. selain itu banyak lagi factor lain yang anda boleh google.. tapi biasanya even jika anda pernah mengalami masalah jerawat yang teruk, sehingga terpaksa ambil krim steroid atau suntikan steroid, anda juga perlu menjalani proses TSW ini, malah adalah normal bagi manusia zaman sekarang terkena kurap binatang peliharaan atau panau atau cacar air dikaki yang pergi keklinik dan dibekalkan steroid.. jadi adalah agak mustahil anda terlepas dari penggunaan steroid.. malah steroid juga terdapat didalam pelbagai jamu dan ubat herba…. 

Kenapa anda perlu melakukan proses TSW?.. :-

1) Selain proses perkumuhan seperti pembuangan najis, tubuh kita juga mengeluarkan toksid dan toksin melalui kulit.. sebenarnya anda tidak perlu risau jika ada perubahan kulit naik ruam, jerawat atau sebagainya kerana itu menandakan telah berlaku proses detok dalam tubuh anda.. walaubagaimana pun jika anda menggunakan produk kecantikan kimia atau produk berasaskan kimia dan berlaku perubahan kulit.. ia , anda perlu risau dan hentikan penggunaannya. 

2) Proses TSW ini adalah juga proses dimana kulit anda yang telah biasa disapu steroid, inject steroid ( biasa digunakan untuk mencantikkan tubuh, untuk lengan dan otot yang menawan), jamu-jamu herba, vaksin dan pelbagai lagi.. akan menyebabkan Topical Steroid Addiction (TSA) @ ketagihan steroid.. dimana tubuh anda akan meminta-minta lagi steroid untuk disapukan ketubuh (tubuh meminta steroid, seperti ‘mat gian’ yang ketagih candu @ dadah.. dimana ia mat gian yang tidak dapat dadah akan mengeletar , mengigil dan mengambil masa berbulan @ bertahun untuk pulih, begitu juga dengan kulit @ tubuh kita yang telah ketagih steroid ini). Dengan melalui proses TSW masalah ketagihan steroid ini akan insyaalah akan berjaya diatasi sekaligus, kulit anda akan melalui proses pembaikian dan penyembuhan semulajadi yang telah direkabentuk oleh system tubuh kita sendiri. 

3) Jika toksin  dan toksid terus berada didalam tubuh anda dan tidak dikeluarkan, ia akan mengakibatkan pelbagai penyakit lain dimasa akan datang, malah anda akan mudah terkena selsema, demam malah toksin dan toksid juga menyebabkan masalah pencernaan serta stress.

4) Penggunaan steroid didalam jangka masa yang lama dan berterusan akan meninggalkan banyak kesan keburukan berbanding kebaikan kepada tubuh anda malah, ia turut disalurkan kepada bayi didalam kandungan jika ibu kepada bayi menggunakan steroid atau pernah menggunakan steroid sekaligus bayi anda akan terdedah dengan pelbagai risiko.

5) Proses TSW bukanlah proses yang mengambil masa terlalu lama atau selamanya.. dibandingkan dengan penyakit-penyakit lain yang diakibatkan oleh steroid dan toksin serta toksid dari bahan-bahan yang pernah digunakan dan dinikmati tubuh.

6) Anda akan mendapati dengan cara yang betul anda melalui proses TSW dan melalui penyembuhan dengan diet dan cara hidup yang sihat, kulit anda akan jauh lebih cantik dari sebelumnya malah tubuh anda juga akan lebih kuat dan sihat.. terdapat banyak kajian dan testimony dari mereka yang pernah melalui TSW yang menunjukkan kulit mereka kini jauh lagi cantik, bersih dan glowing dari sebelumnya. .malah ada yang terus menghentikan pelembab dan krim kulit tetapi kulit mereka lebih lembut dan lembab dari sebelumnya tanpa menggunakan apa-apa produk dan supplement.

7) Selain sembuh dari eczema, terdapat ramai dari mereka yang melalui TSW juga sembuh penyakit lain yang dihidapi mereka antaranya asma, kanser, buah pinggan, kencing manis dan lain-lain lagi.. Saya sendiri telah berjumpa 2 orang lelaki yang berusia lebih 65 tahun. .yang melalui proses TSW yang sembuh pelbagai penyakit, malah ada juga pesakit kencing manis juga sembuh, malah salah seorang dari mereka yang saya jumpa, kini boleh menikmati apa sahaja jenis lemak tanpa perlu mengawal makanan seperti kawan seusia mereka yang lain.

8) Dari segala komen-komen diblog dan diforum baik di Malaysia atau luar Negara, semua yang telah melaluinya… (dengan segala bukti gambar dan sebagainya).. menunjukkan peningkatan kecantikan kulit dan tubuh jauh dari sebelumnya.. malah banyak sekali masalah kesihatan telah dapat diselesaikan.. bonus bagi mereka yang melaluinya mereka tidak perlu membazir untuk memakai produk walaupun pelembab atau lotion kerana kulit mereka “glowing” dengan diet yang diamalkan selepas proses TSW.

9) TSW adalah fenomena dunia pengubatan semulajadi terbaru , malah jika anda mengikuti website ITSAN, anda akan melihat antara award yang diterima adalah NGO terbaik untuk tahun 2014.

10) TSW disokong oleh ramai doctor-doctor terkemuka dunia.. dah doctor-doktor yang pernah berkhidmat berpuluh tahun dibidang perubatan moden baik di Amerika , Europe mahupun Jepun.. malah didalam group NAAE Malaysia (Ekzema Malaysia) terdapat beberapa doctor yang telah berpuluh tahun berkhidmat dihospital moden dan mula mengamalkan perubatan alternative ini. 

11) Bonus untuk anda yang melalui TSW ini , insyaallah anda akan dikurniakan lebih banyak ilmu yang anda sendiri tidak terjangka nanti…trust me.. its happen to me.. dan ramai lagi.

Walaupun proses TSW ini menakutkan dan menyeksakan.. tetapi terbukti ramai yang Berjaya melaluinya… malah di Malaysia ini juga terdapat group EKZEMA CHAMPION bagi yang Berjaya melaluinya…  Anda tidak perlu risau jika mula memikirkan untuk melalui TSW ini.. selepas ini saya akan menulis entry selanjutnya perkara yang anda perlu bersedia dan sediakan untuk melalui proses TSW yang mencabar tetapi manis akhirnya ini…

Akhir kata, Salam sayang dari saya,  terima kasih kerana sudi membaca entry ini.. love, huge & kiss…