Jumaat, 30 Januari 2015

Kenapa Anda Perlu Melakukan Proses Topical Steroid Withdrawal (TSW) ??




antara bahaya steroid - gambar dari google



Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang.. Alhamdulillah kita semua masih diberi kesempatan untuk masih lagi bernafas pada saat dan tika ini.. 

Baiklah ini adalah sambungan entry sebelum ini mengenai Pengenalan Topical Steroid Withdrawal (TSW) dan Ekzema…

.Actually TSW telah pun diamalkan oleh ramai orang termasuk terutama di Amerika , Europe dan kini di Malaysia… tentu ramai dari anda tertanya-tanya kenapa penting untuk kita lakukan TSW?.. adakah TSW hanya dialami oleh mereka yang ada eczema dan menyapu @ menggunakan steroid sahaja?.. untuk makluman anda sesetengah vaksin juga menyebabkan eczema.. dan jika salah pengubatannya.. anda juga perlu melalui TSW ini.. selain itu banyak lagi factor lain yang anda boleh google.. tapi biasanya even jika anda pernah mengalami masalah jerawat yang teruk, sehingga terpaksa ambil krim steroid atau suntikan steroid, anda juga perlu menjalani proses TSW ini, malah adalah normal bagi manusia zaman sekarang terkena kurap binatang peliharaan atau panau atau cacar air dikaki yang pergi keklinik dan dibekalkan steroid.. jadi adalah agak mustahil anda terlepas dari penggunaan steroid.. malah steroid juga terdapat didalam pelbagai jamu dan ubat herba…. 

Kenapa anda perlu melakukan proses TSW?.. :-

1) Selain proses perkumuhan seperti pembuangan najis, tubuh kita juga mengeluarkan toksid dan toksin melalui kulit.. sebenarnya anda tidak perlu risau jika ada perubahan kulit naik ruam, jerawat atau sebagainya kerana itu menandakan telah berlaku proses detok dalam tubuh anda.. walaubagaimana pun jika anda menggunakan produk kecantikan kimia atau produk berasaskan kimia dan berlaku perubahan kulit.. ia , anda perlu risau dan hentikan penggunaannya. 

2) Proses TSW ini adalah juga proses dimana kulit anda yang telah biasa disapu steroid, inject steroid ( biasa digunakan untuk mencantikkan tubuh, untuk lengan dan otot yang menawan), jamu-jamu herba, vaksin dan pelbagai lagi.. akan menyebabkan Topical Steroid Addiction (TSA) @ ketagihan steroid.. dimana tubuh anda akan meminta-minta lagi steroid untuk disapukan ketubuh (tubuh meminta steroid, seperti ‘mat gian’ yang ketagih candu @ dadah.. dimana ia mat gian yang tidak dapat dadah akan mengeletar , mengigil dan mengambil masa berbulan @ bertahun untuk pulih, begitu juga dengan kulit @ tubuh kita yang telah ketagih steroid ini). Dengan melalui proses TSW masalah ketagihan steroid ini akan insyaalah akan berjaya diatasi sekaligus, kulit anda akan melalui proses pembaikian dan penyembuhan semulajadi yang telah direkabentuk oleh system tubuh kita sendiri. 

3) Jika toksin  dan toksid terus berada didalam tubuh anda dan tidak dikeluarkan, ia akan mengakibatkan pelbagai penyakit lain dimasa akan datang, malah anda akan mudah terkena selsema, demam malah toksin dan toksid juga menyebabkan masalah pencernaan serta stress.

4) Penggunaan steroid didalam jangka masa yang lama dan berterusan akan meninggalkan banyak kesan keburukan berbanding kebaikan kepada tubuh anda malah, ia turut disalurkan kepada bayi didalam kandungan jika ibu kepada bayi menggunakan steroid atau pernah menggunakan steroid sekaligus bayi anda akan terdedah dengan pelbagai risiko.

5) Proses TSW bukanlah proses yang mengambil masa terlalu lama atau selamanya.. dibandingkan dengan penyakit-penyakit lain yang diakibatkan oleh steroid dan toksin serta toksid dari bahan-bahan yang pernah digunakan dan dinikmati tubuh.

6) Anda akan mendapati dengan cara yang betul anda melalui proses TSW dan melalui penyembuhan dengan diet dan cara hidup yang sihat, kulit anda akan jauh lebih cantik dari sebelumnya malah tubuh anda juga akan lebih kuat dan sihat.. terdapat banyak kajian dan testimony dari mereka yang pernah melalui TSW yang menunjukkan kulit mereka kini jauh lagi cantik, bersih dan glowing dari sebelumnya. .malah ada yang terus menghentikan pelembab dan krim kulit tetapi kulit mereka lebih lembut dan lembab dari sebelumnya tanpa menggunakan apa-apa produk dan supplement.

7) Selain sembuh dari eczema, terdapat ramai dari mereka yang melalui TSW juga sembuh penyakit lain yang dihidapi mereka antaranya asma, kanser, buah pinggan, kencing manis dan lain-lain lagi.. Saya sendiri telah berjumpa 2 orang lelaki yang berusia lebih 65 tahun. .yang melalui proses TSW yang sembuh pelbagai penyakit, malah ada juga pesakit kencing manis juga sembuh, malah salah seorang dari mereka yang saya jumpa, kini boleh menikmati apa sahaja jenis lemak tanpa perlu mengawal makanan seperti kawan seusia mereka yang lain.

8) Dari segala komen-komen diblog dan diforum baik di Malaysia atau luar Negara, semua yang telah melaluinya… (dengan segala bukti gambar dan sebagainya).. menunjukkan peningkatan kecantikan kulit dan tubuh jauh dari sebelumnya.. malah banyak sekali masalah kesihatan telah dapat diselesaikan.. bonus bagi mereka yang melaluinya mereka tidak perlu membazir untuk memakai produk walaupun pelembab atau lotion kerana kulit mereka “glowing” dengan diet yang diamalkan selepas proses TSW.

9) TSW adalah fenomena dunia pengubatan semulajadi terbaru , malah jika anda mengikuti website ITSAN, anda akan melihat antara award yang diterima adalah NGO terbaik untuk tahun 2014.

10) TSW disokong oleh ramai doctor-doctor terkemuka dunia.. dah doctor-doktor yang pernah berkhidmat berpuluh tahun dibidang perubatan moden baik di Amerika , Europe mahupun Jepun.. malah didalam group NAAE Malaysia (Ekzema Malaysia) terdapat beberapa doctor yang telah berpuluh tahun berkhidmat dihospital moden dan mula mengamalkan perubatan alternative ini. 

11) Bonus untuk anda yang melalui TSW ini , insyaallah anda akan dikurniakan lebih banyak ilmu yang anda sendiri tidak terjangka nanti…trust me.. its happen to me.. dan ramai lagi.

Walaupun proses TSW ini menakutkan dan menyeksakan.. tetapi terbukti ramai yang Berjaya melaluinya… malah di Malaysia ini juga terdapat group EKZEMA CHAMPION bagi yang Berjaya melaluinya…  Anda tidak perlu risau jika mula memikirkan untuk melalui TSW ini.. selepas ini saya akan menulis entry selanjutnya perkara yang anda perlu bersedia dan sediakan untuk melalui proses TSW yang mencabar tetapi manis akhirnya ini…

Akhir kata, Salam sayang dari saya,  terima kasih kerana sudi membaca entry ini.. love, huge & kiss…


Tiada ulasan:

Catat Ulasan