Jumaat, 30 Januari 2015

PUNCA-PUNCA EKZEMA



contoh Ekzema - imej dari google




Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang.. untuk sambungan entry sebelum ini Kenapa Anda Perlu Melakukan Proses TOPICAL STEROID WITHDRAWAL (TSW) ? tentu ramai tertanya-tanya apakah factor @ triger yang  boleh menyebabkan eczema… .

Dibawah adalah factor @ trigger yang boleh menyebabkan eczema :-

1.Keturunan sakit kulit, lelah atau resdung.

2.ibu tidak cukup makan semasa mengandung atau terdedah pada makanan yang toxic atau diberi antibiotic semasa mengandung

3.Ibu mengalami stress semasa mengandung

4. Ibu mendapat demam virus yang ada gejala kulit semasa mengandung

5. Anak lahir secara caesarean

6. Anak diberikan antibiotic

7.Anak mendapat cirit birit dan semasa perut belum betul diberikan makanan protin.

8.Anak mengidap jangkitan virus yang ada gejala kulit

9.Anak terdedah kepada makanan berkimia atau suntikkan bertoksin, ini termasuk setengah vaksin.

10.Gula berlebihan dalam makanan anak, banyak makanan yang 'refined' ie berproses yang mana khasiat makanan sudah terlalu sedikit . Ini termasuk jajan.

11.Alahan pada susu formula dan lain lain

12.Konflik ahli keluarga pesakit yang menganggu emosi pesakit

13.Masaalah penghazaman, sembelit, berak cair, berak busuk

14.Mengidap cacing



Eczema can be caused and/or triggered by  - from NAAE

- Genetics (family history of Asthmas, Sinus, Allergies, Eczema) – Keturunan (asma, resdung, alergik dan eczema)

- Diet (lots of convenience food, fast food, snacks) – Diet yang tidak baik seperti makanan segera, manis dan proses

- Environment & Weather (hot & humid) – cuaca dan persekitaran panas atau kering

- Hormonal changes (esp woman after pregnancy)- perubahan hormone terutama selepas bersalin

- STRESS - KERUNSINGAN

- Insufficient Sleep/rest ( You should sleep 7-8hrs daily) – Tidur yang tidak mencukupi @ kurang tidur

- Major negative life events (e.g. death, divorces) – peristiwa pahit dalam hidup seperti kematian dan penceraian


KAITAN EKZEMA DAN MASALAH USUS

Dari blog medicalhomeopath.info: Sepertimana yang telah dihuraikan sebelum ini, usus memainkan peranan dalam kes eczema. Peranan usus berkait dalam dua cara :

1. Sistem immune: 80% ditempatkan di usus dan berkait rapat dengan microbiota (bakteria dan lain-lain ) manusia .

2. Keadaan usus itu sendiri, yang juga berkait dengan # 1 tadi, ia itu, sama ada usus ini dalam keadaan optima dan sihat serta menghazamkan makanan seperti yang sepatutnya, atau usus ini dalam keadaan radang dan tidak menghazamkan makanan dengan baik dan sebaliknya membenarkan bahan makanan yang belum hazam kedalam sistem darah ( circulation ) .

Keadaan kedua ini berkait dengan microbiota usus tadi sebab radang akan berlaku bila komposisi microbiota mempunyai bakteria yang patogen. Juga, ada sesetengah keadaan dimana radang usus menyebabkan bakteria yang bukan patogen menjadi patogen dan menyebabkan radang, maka menjadi sebuah pusingan yang tidak berkesudahan ( vicious cycle ) .

Dalam kes #2, bila usus membenarkan makanan terutama protin memasukki sistem darah, ini akan mencetuskan reaksi dari antibodi badan untuk melabelkan protin berkenaan sebagai musuh. Dari ini terhasil alergi.

Apa yang boleh mencetuskan radang usus ? 

1. Keadaan semasa ibu mengandung dimana pemakanan ibu tidak baik, banyak toksin yang menyebabkan ibu mempunyai usus yang juga tidak sihat dari segi kandungan bakteria baik . Sekarang kajian telah dapat menjangka bahawa ada kemungkinan bakteria akan sampai ke anak melalui uri dan jika ibu ada bakteria baik, anak juga akan ada bakteria baik dan sebaliknya .

2. Keadaan kelahiran ceasarean dimana bayi tidak dapat dos microbiota melalui birth canal


Baiklah ini sahaja entry yang saya boleh coretkan untuk kali ini, saya akan sambung tajuk entry seterusnya dientry akan datang. Terima kasih kerana membaca entry ini, salam sayang dari saya, love, huge & kiss..


*** Jutaan terima kasih keatas DATO ‘ DR. SURIYAKHATUN & EKZEMA GROUP MALAYSIA – NAAE atas segala ilmu yang dicurahkan didalam group yang diikuti oleh saya.. segala maklumat DIATAS ADALAH DARI PENULISAN DATO’ DR.SURIYAKHATUN.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan