9 RAHSIA AWET MUDA DAN SIHAT |
Assalammualaikum wbt dan
salam sejahtera.
Bagaimana cara bagi membantu
anda sihat dan awet muda?.
Anda boleh mencuba 9 CARA
MUDAH UNTUK AWET MUDA DAN SIHAT ini.
1. Nikmati
lemak sihat
Tambah lemak sihat dalam diet anda seperti
Avocado, minyak kelapa dara, minyak kelapa, vitamin E, minyak kelapa sawit
merah, minyak ikan, ikan salmon liar, mentega asli, minyak sapi asli, ikan laut
dalam, kacang walnut, minyak ikan dan pelbagai makanan yang mempunyai minyak
sihat lain.
2. Belajar
Menggunakan Minyak Pati Asli
Minyak pati tanpa tambahan kimia, berlabel ‘dietary
supplement’, organic dan 100% semulajadi amat sesuai digunakan untuk tubuh dan
kesihatan. Antara minyak pati terkenal
dunia organic dan bermutu tinggi serta selamat ialah jenama YOUNG LIVING
ESSENTIAL OILS. Anda boleh mendapatkan minyak pati ini dengan menghubungi atau
Whatapps KHADEEJA di 016 276 2636 untuk maklumat lanjut.
3. Tambah
kolagen asli dalam diet anda
Kolagen amat terkenal dalam kecantikan kulit,
pembentukan tulang dan pembaikan sendi. Amalkan pemakanan tinggi kolagen
seperti bone broth atau sup tulang, makanan yang melalui proses penapaian dan
fermentasi, minyak ikan, telur ikan, cendawan seperti cendawan chaaga, cendawan
reishi, fungus, buah-buahan citrus, limau, lemon, limau purut, rumpai laut dan
makanan tinggi vitamin C untuk membantu meningkatkan kolagen dalam tubuh anda.
4. Kurangkan
racun luar dan dalam tubuh
Racun ada dimana-mana tanpa disedari, diudara
dan didalam makanan serta produk penjagaan diri. Kurangkan penggunaan racun
dalam kosmetik anda, kurangkan penggunaan makeup, beri muka anda bernafas
sekali sekala, kurangkan penggunaan pewangi komersial dirumah, dipejabat juga
dalam kereta, nikmati sayur dan makanan organic tanpa semburan racun serangga.
5. Hindari
Stress atau tekanan
Elakkan stress sama ada mental dan fizikal.
Kurangkan kerja yang terlalu berat untuk tubuh serta berada dalam kawasan suhu
panas dalam jangka masa lama. Jangan terlalu kerap bersenam dalam jangka masa
lama. Jauhi stress emosi dan belajar untuk bertenang, amalkan penafasan
dalaman, hirup udara segar dan belajar bersyukur, redha dan berfikir positif.
6. Nikmati
Makanan mengandungi Asid Organik
Makanan yang ditapai seperti cuka epal
khususnya, makanan fermentasi lain seperti sayur jeruk, kambucha, kefir,
yogurt, kimchi, miso sup membantu untuk tubuh kembali seimbang. Ia bukan
mengenai tubuh harus berada dalam keadaan alkali namun keadaan seimbang kerana
setiap bahagian dalam tubuh mempunyai nilai PH berbeza.
7. Tambah
Makanan Tinggi Enzim Dalam Diet Seharian
Makanan yang mempunyai enzim yang sihat dan
segar kebiasaannya ialah makanan yang tidak terkena api, seperti buah-buahan
yang popular dengan kandungan enzim iaitu nenas yang kaya bromelain, betik yang
kaya papain, buah kiwi yagn kaya cyrtin, buah fig yang kaya serat, anggur,
halia yang kaya zinzabin dan anti radang serta madu manuka yang popular dari
New Zealand.
8. Berpuasa
dan kurangkan makan 4 kali kepada 2 kali sehari
Berpuasa mempunyai pelbagai manfaat kepada
tubuh dan kesihatan serta kecantikan. Untuk awet muda, tubuh harus berehat dari
sentiasa memproses membuang toksin yang kerap masuk ke tubuh terutama melalui
pemakanan. Kurangkan jumlah makanan yang anda makan. Snek atau hitea yang
sering diajar adalah tidak sihat jika diamalkan dalam jangka masa panjang.
Kajian menunjukkan lagi anda kurang makan dan lagi lama jangka masa makan anda
dari satu sesi ke satu sesi ia lebih bagus untuk tubuh terutama masyarakat
moden hari ini amat kurang aktif berbanding masyarakat 50 tahun lalu.
9. Belajar
berbekam
Bekam ialah satu cara untuk mengurangkan
toksin selain berpuasa. Pengeluaran darah kotor dikeluarkan terus dari tubuh. Namun
paling utama ialah menjaga pemakanan
anda. Tidak berguna anda berbekam kemudian terus menikmati makanan tidak sihat,
seperti juga berpuasa, andai anda berbuka puasa dengan sesuatu yang tidak sihat
anda hanya akan memberatkan kembali tubuh anda untuk membuang toksin yang telah
dinyah ketika anda berpuasa. Berpuasa selain mengajar mengawal nafsu ia
sewajarnya mengajar anda untuk memilih makanan halal dan toyib.
Selamat Mencuba 9 CARA BAGI MEMBANTU ANDA
AWET MUDA DAN SIHAT ini.
Terima Kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan