Selasa, 6 Mac 2018

12 CARA MENCEGAH DAN MENGELAKKAN DEPRESI ATAU KEMURUNGAN


kes kemurungan kini diklasifikasikan sebagai penyakit yang harus di ambil berat


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Depresi atau kemurungan ialah salah satu penyakit yang semakin menjadi-jadi beberapa tahun ini. Ia mungkin tidak kedengaran menakutkan seperti kanser namun ia adalah penyakit yang tidak boleh dipandang enteng.

Kajian menunjukkan satu dari 7 orang individu menderita penyakit depresi atau kemurungan. 150 juta manusia didunia menderita dan dibelenggu kemurungan. Penyakit depresi dan kemurungan menjadi semakin serius malah tanda-tanda menuju ke penyakit kemurungan semakin meningkat tidak kira golongan baik muda, remaja, dewasa, tua , professional atau bukan professional.

Antara tanda-tanda individu itu mengalami depresi atau kemurungan ialah:-

  • Mood swing atau mood yang berubah-ubah
  • Mudah rasa ‘down’
  • Kurang motivasi
  • Mudah tertekan
  • Sering kesunyian
  • Asyik kecewa dengan hidup dan pencapaian diri
  • Terasa tidak disayangi
  • Jiwa kosong
  • Sukar tidur lena


Berikut 12 perkara yang boleh membantu individu yang mengalami depresi dan kemurungan dan Mengurangkan risiko Depresi dan Kemurungan :-

1. Amalkan Menikmati Makanan Sebenar

Mereka yang kerap mengalami depresi atau kemurungan disyorkan untuk menikmati ‘real food’ atau makanan sebenar yang kaya sumber minyak baik seperti ikan yang kaya minyak baik dan omega 3 seperti ikan salmon liar, kekacang yang tinggi lemak baik seperti walnut, biji-bijian seperti flaxseed, chiaseed, basil seed.

2. Cukupkan Bekalan Vitamin D

Realitinya kebanyakan yang mengalami penyakit kemurungan ialah mereka yang kurang terdedah kepada cahaya matahari dan tidak aktif.

Kajian menunjukkan mereka yang sering mengalami kemurungan dan depresi sering berada dalam keadaan gelap dan mengelakkan cahaya matahari yang terkenal dalam memberikan vitamin D kepada tubuh.

Tahukah anda kekurangan vitamin D dan cahaya matahari akan menyebabkan anda berasa ‘malas’ dan sering berasa dukacita?.

Individu yang cenderung mengalami depresi atau kemurungan disyorkan mendapatkan bekalan vitamin D secukupnya dari matahari terutama pada waktu pagi. Vitamin D dari matahari adalah sumber vitamin D terbaik.

Di Semenanjung Malaysia, vitamin D seeloknya didapatkan dalam pukul 7 pagi ke  pukul 11 pagi. Elakkan sinaran matahari terik diwaktu tengah hari yang membahang.

3. Belajar Bersyukur dan Kira Nikmat Yang Anda Dapat

Tuhan Maha Adil dan Maha Penyayang.

Jika anda melihat seorang individu itu memiliki segalanya, percayalah ada sesuatu yang cukup berharga Tuhan ambil darinya yang anda tidak tahu.

Jika anda melihat individu itu cukup kasihan, percayalah ada hadiah yang lebih bernilai yang anda tidak Nampak diberi oleh tuhan kepadanya.

Apabila tuhan memberi anda sesuatu, tuhan menarik sesuatu dari anda. Ketika tuhan menarik sesuatu dari anda, Tuhan juga memberi sesuatu untuk anda.

Ketika anda sedih, rasa kecewa dengan diri dan hidup anda. Kira apa yang anda miliki yang tuhan beri dan insan lain tiada.

Kira berapa banyak nikmat yang tuhan berikan kepada anda yang tidak akan mampu dibeli dengan wang ringgit.

Sedarlah bahawa jika anda punyai tempat tinggal, boleh menikmati makanan, boleh menghirup udara yang percuma, boleh tidur, boleh berjalan dan boleh terus meneruskan hidup ia adalah nikmat yang paling utama.

Selagi anda boleh berfikir dan menggunakan otak anda percayalah banyak perkara yang anda boleh lakukan.

Hidup dan nikmati hari ini, masa lepas telah berlalu, masa depan belum tentu. Hargai masa sekarang dan apa anda ada sekarang. Anda tidak tahu bila masa tuhan akan Tarik nikmat itu dan gantikan dengan nikmat lain.

Tiada manusia yang sempurna, mereka menjadikan ia Nampak sempurna. Stress datang dari sifat tidak bersyukur, ketika anda jatuh pandang mereka yang dibawah anda dan ketika anda naik ingat waktu sukar anda. Anda akan lebih bersyukur.


4. Amalkan Herba Yang Menyihatkan

Antara herba yang amat membantu melawan depresi dan kemurungan ialah Hemp atau cannabis (di Malaysia anda boleh dapatkan hemp Seed,  kerana tidak semua negara membenarkan penggunaan hemp atau cannabis (ganja), Ashwaganda, Rhodiola yang terkenal dalam mengstabilkan hormone.

Realitinya hormone bukan sahaja bersangkut paut dengan pelbagai penyakit, ia turun bersangkut paut dengan emosi dan fikiran anda. Cuba cari dan amalkan herba yang membantu menstabilkan hormone seperti hemp, ashwaganda dan rhodiola.


5. Tambah Rempah Sihat dalam Diet Anda

Rempahan terbaik seperti kunyit, saffron dan nutmeg adalah antara rempah yang digalakkan ditambah dalam menu harian anda. Rempah ini terbukti membantu anda yang sedang tertekan dan depresi.

Bahan curcumin didalam kunyit terbukti membantu melawan keradangan dalam tubuh. Depresi atau kemurungan turut disebabkan oleh keradangan didalam tubuh. Saffron juga amat bagus ditambah dalam menu harian anda. Namun pastikan anda amalkan saffron berpada-pada. Saffron dalam jumlah yang sedikit sudah cukup menjadi ubat. Jauhkan dari menikmati saffron lebih dari kuantiti yang sepatutnya kerana saffron yang banyak akan menyebabkan toksid dalam tubuh. Bersederhanalah dalam mengamalkan saffron.

6. Amalkan Penggunaan Minyak Pati Asli

Minyak pati digunakan dalam peradaban dunia, Mesir, Ayurveda beribu tahun lampau.  Minyak pati terkenal dalam perubatan, rawatan dan kecantikan tubuh serta mencergaskan emosi.

Antara minyak pati terkenal untuk rawatan kemurungan dan depresi ialah vanilla, lavender, ylang-ylang, orange dan rosemary.

Pastikan anda memilih minyak pati asli dan organic. Terdapat pelbagai pilihan minyak pati di pasaran namun anda harus berhati-hati dalam memilih ketulenan minyak pati tersebut.

Untuk pembelian minyak pati jenama yang dipercayai YOUNG LIVING ESSENTIAL OIL, anda boleh terus whatapps ke 016 276 2636.

Konsultasi turut akan diberi oleh Khadeeja kepada anda dalam penggunaan minyak pati.


7.  Belajar menikmati Cendawan Dalam diet dan Perubatan.

Cendawan telah digunakan beribu tahun sebagai salah satu makanan sihat dan perubatan terutama oleh kaum china. Cendawan yang terkenal dalam mengubati kanser juga merupakan makanan sihat untuk otak sekaligus tubuh dan emosi. Cendawan seperti fungus, truffles dan pelbagai lagi digalakkan diamalkan dalam diet harian terutama mereka yang berisiko depresi dan kemurungan ini.

8. Elakkan Kekurangan Nutrien

Diet dan udara serta cara hidup zaman milenia ini menyebabkan kebanyakan individu kekurangan nutrient dan vitamin yang diperlukan tubuh.

Air dan udara yang semakin kotor, tanah yang semakin penuh dengan toksid, cara penyediaan makanan dan pelbagai lagi menyebabkan kekurangan nutrient dalam diet seharian sekaligus menyebabkan kesan buruk kepada tubuh sekaligus membawa ke otak dan emosi.

Kekurangan nutrient seperti vitamin D, folate, B12 dan magnesium antara yang paling kritikal dikalangan masyarakat hari ini, sila dapatkan nutrient ini dalam diet dan cara hidup anda.

9. Dapatkan Bantuan Supplement  Asli

Untuk individu yang kekurangan budget serta cara hidup yang terlalu sibuk. Anda disyorkan mendapatkan supplement asli bukan proses dari bahan semulajadi yang selamat. Antara supplement yang disyorkan ialah GABA dan EPA.

10. Bantu dan Beri Bantuan Kepada Makhluk Lain

Dalam setiap agama digalakkan anda tidak mementingkan diri. BANTU MAKHLUK lain dan tuhan akan bantu anda.

Anda bukan sahaja boleh membantu manusia, ini termasuk binatang yang lemah yang lansung tidak mampu membantu anda juga makhluk tuhan lain seperti alam dan tumbuh-tumbuhan.

Ubati binatang yang tercedera, sayangi kucing dan anjing terbuang. Buat baik pada mereka yang tidak mampu membalas jasa anda bukan mereka yang anda tahu boleh membalas jasa anda satu hari nanti.

Anda akan benar-benar melakukan keikhlasan dalam bantuan kepada makhluk tuhan yang terlihat tidak mampu membalas bantuan anda, ia akan membuatkan anda rasa jauh lega dan bahagia.

Jangan buang binatang belaan anda yang sakit seperti kucing atau anjing.  Ubati mereka dengan ikhlas, dengan izin tuhan otak dan minda anda akan jauh positif.

Bantu insan lain dengan menulis petua dan info kesihatan, motivasi , perkara ini juga akhirnya akan kembali kepada anda. Anda mungkin tidak melihat lansung kesan baik kepada anda kerana mereka yang membaca dan menggunakannya tidak memberi apa-apa kepada anda, namun setiap agama mengajar setiap kebaikan yang diberi akan mendapat kebaikan juga. Dalam islam ia mendapat pahala berpanjangan sekiranya diberi rezeki ilmu itu dipanjangkan sehingga kiamat.


11. Berjalan Diatas Tanah berkawan dengan Alam

Belajar berjalan diatas tanah yang bersih. Tanah dizaman ini ada bersih ada kotor yang boleh menyebabkan bakteria lain.

Antara tanah yang bersih tanah ditepi pantai yang bersih, tanah ditaman yang penuh rumput karpet. Berjalan diatas tanah dan berkawan dengan alam akan membantu hormone cortisol anda.

Berkawan dengan alam dengan menghidu udara segar, nikmati angin pantai, melihat burung terbang dan bergembira melihat mereka sekawan meneruskan hidup membantu anda gembira sekaligus menyembuhkan keradangan dalam tubuh anda.

Banyak perkara yang tidak boleh dibeli dengan wang. Ini termasuk kegembiraan dan emosi anda. Lakukan pernafasan dalaman, hidu udara segar ditaman atau pantai sedalam-dalamnya, lihat sekeliling anda bukankah ia jauh membahagiakan dari berada ditengah kota yang sesak dan penuh bangunan batu?.

Realitinya alam ialah sumber ubat bagi tubuh dan emosi, kemusnahan alam akan memusnahkan mereka yang memusnahkan alam itu sendiri. Berkawan dengan alam, alam sendiri akan membantu menyembuhkan anda.

12. Bertafakur, meditasi atau membaca Al-Quran juga berzikir untuk mereka yang beragama islam

Dalam agama lain bertafakur atau meditasi disyorkan dalam merawat keseimbangan tubuh, otak , zahir dan batin.

Dalam agama islam, membaca dan mendalami Al- Quran, sembahyang hajat dan tahajud antara satu cara meluah rasa dan mendekatkan diri dengan tuhan.

Bertafakur dan membaca Al Quran terbukti membantu mengurangkan tekanan dan stress, memberi anda kelegaan untuk emosi dan menerukan hidup.

Sentiasa berfikir positif, percaya tuhan sayangkan anda, ada hikmah dan hadiah besar menanti anda, percayalah insyaallah otak dan fikiran mereka yang mempunyai risiko depresi dan kemurungan akan bertambah baik.

Percayalah selagi bernama manusia akan ada ujian, ada jatuh dan bangun, ada sihat dan sakit dan pelbagai cabaran lain.

Insan yang kuat dan Berjaya ialah insan yang tidak gentar dengan apa yang dilalui dihadapan mata dan tidak takut dengan setiap cabaran yang melanda.

Berhenti melihat individu lain, tumpukan pada hidup dan perjalanan anda sendiri.
Semoga 12 cara ini membantu anda atau individu yang berisiko untuk mengalami depresi atau kemurungan, mahupun individu yang sedang mengalaminya.


Terima kasih.













Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...