8 Cara Yang Membantu Meningkatkan Hormon Testosteron Anda |
Assalammualaikum wbt dan salam
sejahtera.
Hormon amatlah penting dalam
operasi tubuh manusia, ia mempunyai hubungkait antara kesihatan mental,
fizikal, seksual malah emosi.
Antara hormone penting yang
sering dibincangkan ialah hormone testosterone untuk lelaki dan wanita. Hormon
Testosterone di katakan penting dalam fungsi otot, mewujudkan emosi yang baik,
membakar lemak, menggurangkan kedut, mengelakkan sembab malah membantu mereka
yang mengalami emosi yang sering berubah-ubah. Jika terdapat individu yang
mempunyai isu kulit kering dan berkedut, mudah baran dan mood yang berubah-ubah
dengan cepat, ia perlu membuat ujian hormone testosterone dan kebiasaannya ia
berkaitan rapat dengan hormone testosterone.
Antara 8 Perkara dan Rahsia yang
boleh anda lakukan untuk meningkatkan HORMON TESTOSTERON sekaligus mengurangkan
risiko mood mudah berubah-ubah, mood swing, menambah otot tubuh, mengurangkan
kedutan dan kulit serta tubuh yang cepat tua, adna boleh melakukan 8 PERKARA INI YANG MEMBANTU MENINGKATKAN
HORMON TESTOSTERON BAGI LELAKI DAN WANITA.
1. Latihan Fizikal Yang Sistematik Dan Tersusun
Anda sudah pergi ke gymnasium setiap
hari, namun emosi dan kesihatan anda masih tidak berubah. Maka anda kena
melihat kembali latihan yang anda lakukan. Waktu bila dan latihan apa. Tidak
semua latihan sesuai dengan tubuh anda dan bukan semua waktu sesuai untuk
melakukan latihan.
Jangan hanya melakukan satu jenis
latihan, pelbagaikan. Hari ini anda boleh melakukan yoga, hari esok kardio, kemudian angkat berat pada
hari lusa, latihan regangan, berlari, berenang, berjalan laju dan pelbagai
latihan fizikal lain termasuk memanjat bukit. Terdapat pelbagai latihan fizikal
popular dari tabata, lifting weight, burst training dan sebagainya. Anda boleh
belajar satu demi satu latihan ini untuk mengelakkan tubuh anda ‘tepu’ dengan
latihan yang sama.
2. Belajar Mengamalkan Herba Ashwaganda
Herba Ashwaganda semakin terkenal
dalam dunia perubatan holistic. Herba yang terkenal dalam perubatan India ini
terkenal untuk mengurangkan hormone kortisol, mengurangkan perasaan tertekan,
mengstabilkan emosi , bagus untuk mereka yang mempunyai isu berkaitan tiroid,
malah adalah satu remedy berkesan untuk individu yang mengalami sukar tidur
atau sukar mendapatkan tidur nyenyak dan berkualiti.
3. Amalkan Biji Halba
Terdapat beberapa hadis mengenai
keistimewaan halba. Masyarakat Malaysia beruntung kerana mudah mendapatkan
halba termasuk di kedai runcit dan harganya juga dikategorikan murah. Jika anda
google anda akan mendapat pelbagai keisitimewaan halba dalam islam dan
perubatan yunani. Halba terkenal dalam perubatan usus atau penghadaman,
memanaskan badan, menambah susu badan untuk ibu menyusu, membantu meningkatkan hormone
testosteron, bagus untuk mereka yang alah laktasi. Anda boleh membancuh sendiri
teh halba dan campurkan ia dengan perahan lemon untuk rasa lebih enak. Pilihan
lain anda juga boleh membuat sprouted fenugreek seed atau biji halba tercambah
sebagai menu makanan anda sama ada dalam biskut atau masakan nasi goreng dan
sebagainya.
4. Cendawan Truffle
Cendawan terkenal lama dalam
perubatan sebagai makanan dan perubatan anti kanser juga untuk antioksidan juga
awet muda. Cendawan terkenal dalam diet cina lama terutama sup cendawan bersama
stok ayam. Amalkan cendawan dalam diet anda, cendawan jenis truffle digalakkan
untuk dijadikan amalan dan menu harian anda bagi membantu anda meransang hormone
testosterone anda. Pilihan lain anda juga boleh mencuba minyak pati ‘Truffle’. Selain cendawan truffle, cendawan butang dan jenis cendawan lain juga bagus untuk hormon testosteron. Anda juga boleh menikmati kobis, brokoli dan saderi untuk meningkatkan hormon testosteron ini.
5. Himalayan Shilajit
Bahan toksid logam berat @ heavy
metal seperti aluminum, mercury, plumbum terbukti menganggu hormone sekaligus
kesihatan fizikal, mental dan emosi manusia. Semakin tinggi bahan logam (heavy
metal) dalam tubuh, semakin ia mengakibatkan ketidakseimbangan hormone dalam
tubuh manusia
Himalayan shilajit, satu lagi
herba terkenal yang membantu membuang dan menyahkan toksin logam berat ini.
Himalayan shilajit membantu proses detoks tubuh dan mengurangkan toksin didalam
tubuh. Tubuh yang kurang toksin dan bersih akan menjadi lebih ringan, kurang
keradangan dan sekaligus mewujudkan emosi yang lebih stabil sekaligsu membantu
meningkatkan hormone testosteron.
6. Keperluan Mineral seperti Zink, Magnesium Dan Boron
Masyarakat hari ini terbukti
kekurangan pelbagai mineral penting seiring diet dan udara yang tidak sihat. Kekurangan
Mineral dan galian penting seperti zink, magnesium dan boron antara punca yang
menyebabkan ketidak seimbangan antara hormon estrogen dan hormone testosteron.
Pastikan anda mendapat cukup keperluan mineral dan galian ini. Dapatkan ia dari
makanan sebenar atau pun supplement semulajadi bukan sintetik.
7. Biji Dan Kulit Anggur
Dalam islam, anggur dan biji
anggur adalah antara makanan yang sering digalakkan diamalkan. Biji anggur dan
kulit anggur juga antara makanan yang digalakkan untuk meningkatkan hormon testosteron.
Pastikan anda mendapatkan anggur organic, jika sukar rendam dahulu anggur yang
anda beli dalam air garam dan cuka sebelum cuci dan makan.
8. Sup Tulang atau Bone Broth
Bone Broth atau sup tulang terkenal
zaman berzaman dalam perubatan cina dan kini ia semakin digemari ramai atas
khasiatnya yang tinggi vitamin, mineral, galian dan kolagen.
Sup tulang dipercayai membantu
usus yang bocor dan mencantikkan kulilt sekaligus meningkatkan hormone testosteron.
Pastikan anda memilih binatang yang dibela secara liar atau lepas bebas, tanpa antibiotik
dan tanpa GMO.
Selamat Mencuba 8 Cara Bagi
Meningkatkan Hormon Testosteron Untuk Lelaki Dan Wanita ini.
Terima Kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan