43) Nasi Kukus Mama (Indera Mahkota 7, Teluk Chempedak, East Cost Mall dll)
Inilah restoran Nasi Kukus paling famous di Kuantan.. siap ada signboard besar lagi dibandar Kuantan yang menulis NASI KUKUS NO.1 DI KUANTAN... serius inilah nasi kukus paling best di Kuantan, walau ada ahli keluarga dan rakan-rakan saya mengatakan no. 1 Nasi Kukus Juna , no.2 baru Nasi Kukus Mama. Tapi majoriti dari mereka mengundi inilah Nasi Kukus Paling Best di Kuantan. Anda boleh like facebook restoran ini disini untuk keterangan lanjut
https://www.facebook.com/NasiKukusMamaIm8.
Diringkaskan entry ini berikut adalah gambar restoran Nasi Kukus Mama dan pemandangan serta gambar menu popular nasi kukus ayam goreng berempah yang paling famous di Kuantan ini.
|
Restoran Nasi Kukus Mama |
|
kaunter pembayaran |
Actually ketika lunch hour, memang ramai pelanggan yang beratur menunggu giliran ,so sila bersabar ye.. ayam disini digoreng panas.. rasanya memang crunchy dan sedap... jadi tidak hairanlah ia memang digemari semua golongan. Harga nasi kukus ayam goreng berempahnya juga murah, hanya RM5.50.
|
Pelanggan beratur menunggu giliran- ketika ini saya datang awal, pun sudah ramai yang beratur |
Berikut adalah pemandangan didalam restoran Nasi Kukus Mama Indera Mahkota 8 ini...
|
jika anda ingin asingkan kuah anda akan dikenakan tambahan 50sen caj ye |
|
ayam goreng berempah crunchy yang sedap.. selain ayam goreng berempah terdapat juga pilihan lauk lain seperti ayam masak merah |
|
bahulu turut dijual disini |
Dibawah ini pula gambar nasi kukus ayam goreng berempah yang saya beli... serius sedap. .RM5.50 sahaja satu.. saya amat menyukainya. so sila datang beli segera.
|
nasi kukus mama |
|
kuah telah disi sekali dan dibungkus terus.. serius best sangat.. |
|
nasi kukus paling famous di Kuantan |
|
sila try asap.. |
So, sekiranya anda peminat nasi kukus ayam goreng berempah.. sila try asap.. dan jika berada di Kuantan.. ini antara tempat yang anda harus cuba masakannya.
44) Restoran EdDe , Indera Sempurna
Bagi saya masakan disini serius biasa sahaja.. tetapi yang pasti ketika saya sampai kira ramai jugalah pelanggan direstoran ini.. jadi conclusionnya citarasa orang berbeza-beza termasuklah saya ye.... maybe bagi saya rasanya terlalu biasa dan bukan taste saya.. tetapi bagi anda.. sedap yang amat.. hehehhe
So, sila enjoy gambar yang telah diambil oleh saya ini untuk tatapan anda..
|
pemandangan hadapan restoran edDe |
|
banner support GAZA |
Di penjuru pintu masuk Restoran ini disediakan tempat permainan bagi kanak-kanak, anak saudara saya Ilham dan Irfan terus meluru bermain di mainan ini walaupun kami baru sahaja balik dari bermain dikolam renang di Sempurna Resort.
|
kusyuk anak saudara saya bermain |
Dibawah ini pula pemandangan dan menu yang ditawarkan di restoran ini.. sebelum terlupa di restoran ini juga disediakan perkhidmatan wifi free... laju ye wifi dia.. heheheh
|
kaunter pesanan untuk order |
|
antara menu yang dijual disini |
|
senarai menu makanan dan harga |
|
senarai harga minuman dan menu minuman disni |
So, dibawah ini menu yang kami order ...
|
Lamb Chop RM18 untuk saya ye... |
|
Chicken Chop RM9.50 |
|
Bubur nasi ayam RM2.50 |
|
Air Suam free of charge |
|
Orange juice RM2.50 |
Dibawah ini pemandangan didalam restoran ini
Dibawah ini gambar betapa kusyuknya anak saudara saya makan.. walau bagi kami masakan disini biasa sahaja.. nothing special.. dan bagi saya , saya dan anak saudara saya tidak mengemari sos blackpepper untuk my lamb chop dan chicken chop Irfan.. walaubagaimanapun taste setiap orang berbeza ye...
Jika anda inginkan tempat yang cantik , selesa, Wifi yang serius laju ,staff yang very helpful dan tempat yang anak anda boleh bermain. Sila pergi ke restoran edDe ini. Jangan lupa datang bersama anak anda atau kanak-kanak. Sekian sahaja entry untuk kali ini. Terima kasih kerana membaca entry ini salam sayang dari saya.. love, huge & kiss..
**** ini adalah sambungan entry ini
http://little-queen-qkhadeeja.blogspot.com/2014/10/tempat-makan-best-di-kuantan-part-16.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan