Selasa, 30 September 2014

Aktiviti Hari Cuti : Jaga Anak Saudara


Assalammualaikum wbt dan hai kepada semua pembaca blog saya yang tersayang... 

Fuhhh!! minggu lepas bermula hari Jumaat saya diminta untuk menjaga kedua-dua anak saudara lelaki saya Irfan dan Ilham kerana mamanya, kakak saya berkursus di Penang sehingga Ahad. So, ke 2-2 anak saudara saya itu tidak bersekolahlah pada hari itu. hehehehhe.

Pagi-pagi lagi saya memasak flakes untuk dihantar ke agent sekitar Kuantan dan tepat pukul 10.30am barulah saya sampai di pejabat bersama-sama anak saudara saya kerana saya terpaksa mengirim kepada kawan pejabat saya 2 policy untuk dihantar kepada seorang client di Kerteh dan seorang lagi di Dungun , Terengganu bersama souvenier Crunchy Flakes by Qisya Khadeeja sekali.

Seperti biasa kerana menjaga 2 anak saudara lelaki, tidak sampai sejam saya terpaksa keluar pejabat kerana "keagresiffan" mereka di pejabat saya.. habis segala telefon di"kerjakan"nya sehingga terkejut kerani syarikat saya  ditingkat bawah.. heheheheh


Saya terus membawa mereka brunch cum lunch di Secret Recipe Kuantan... dekat Secret Recipe Kuantan, ke 2-2 mereka seperti biasa bergelak ketawa makan sambil guling-guling.. aduila.... standard anak lelaki ye... so kami hanya memesan 2  slice Choc Indulgence Cake, 1 air suam , 3 Cheese spinach lasagna dan Orange Apricot Sluchie Juice



Irfan kusyuk minum air suam

favourite Ilham Choc Indulgence dan Orange Slushie

3 Cheese Spinach Lasagna







Irfan dengan gaya-gayanya keboringan tunggu saya menghabiskan makanan, selepas itu saya terus membawa mereka berdua bershopping mainan di Pasaraya Cowboy berdekatan disamping membeli balang untuk Crunchy Flakes saya.

Seterusnya esok Sabtu petang, adik lelaki saya menjaga mereka berdua dan membawa mereka bermain di Teluk Chempedak Kuantan...  lihatlah betapa gembiranya gambar mereka berdua bermain mainan yang terdapat di Teluk Chempedak Kuantan.



Ilham bermain bola dalam air

muka "happy"

Irfan bermain dengan kawannya didalam bola air

yuuhuuuu!!1

yipppiee!!

main motor plak.. keseronokkan sungguh Ilham

Irfan dengan motor mainannya


Ilham kegembiraan
Seterusnya masa untuk mandi pantai di Teluk Chempedak, rugi datang kalau tidak mandi...


bestnyaaa!!!


adik lelaki saya, Yaseer bersama anak saudara dan adik kawannya
Penat bermain di Teluk Chempedak singgah makan di Satay Zul dan Ilham seperti biasa dengan nasi lemak ayam kegemarannya berserta air oren juice.

lapar....

Esoknya hari Ahad, saya ingin membawa mereka ke Petrosains, Kuantan, tetapi sampai sahaja di Kompleks Yayasan Pahang, guard disitu memberitahu Petrosains tutup pada hari itu kerana ada program lain yang bertindih.. so, saya decide untuk membawa mereka bermain di kolam renang, Sempurna Resort sahaja petang itu.

anak saudara saya bermain di Kolam Renang , Sempurna Resort


muka kegembiraan


Penat bermain kami dinner di restoran berdekatan sahaja.. Irfan memilih Chicken Chop ,Ilham bubur nasi ayam dan saya Lamb Chop.

dinner kami


Esoknya Isnin, kami lunch di Al-Dallah , Kuantan.. makan masakan arab bersama-sama mama mereka.

Ilham dengan makanannya


i pilih lamb kebab, my sis lam mandy dan ilham roti mulawwah




Irfan tidak join sekali lunch kerana bersekolah...dan mamanya hanya membungkus sahaja roti malawwah untuk Irfan nanti...


Sekian sahaja entry untuk kali ini. Terima kasih kerana membaca entry ini, salam sayang dari saya.. love, huge & kiss..



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...