Assalammualaikum wbt...
Oleh kerana saya dah berkongsi dengan anda 2 entry tentang motivasi yang saya baca pada hari ni.. so, untuk entry last yang saya kongsikan dengan anda pada hari ini.. saya ambil dan baca dari link ini http://shafiqolbu.wordpress.com/2013/08/05/35-amalan-sunat-ketika-kaum-hawa-haid-dan-nifas/
Ini adalah blog berunsur keagamaan , so digalakkan anda untuk membaca blog ini untuk menambah ilmu..heheheheh.. so berikut entry yang juga dicopy seratus peratus dari link diatas... sila baca dan fahamkan... huhuhu...
35 Amalan Sunat Ketika Kaum
Hawa Haid Dan Nifas | Islam tidak membataskan muslimah untuk berhenti beramal
ketika didatangi haid dan nifas. Malahan wanita beruntung kerana diberi cuti
tanpa rekod tapi dapat bonus pahala berganda walaupun tanpa melakukan ibadah
solat, puasa dan tawaf.
Atha’ berkata mengenai apa
yang diterimanya dari Jabir, iaitu, “Aisyah haid
dan dia melaksanakan semua ibadah haji kecuali tawaf sekitar Kaabah dan tidak
solat.”
.
.
Amalan Ketika Haid Dan
Nifas
Terlalu banyak amal-amalan
yang boleh kaum hawa lakukan ketika datang haid dan nifas atau dalam berhadas.
Antara amalan tersebut adalah:-
.
1) Berdoa ~ berdoalah untuk apa saja tujuan
2) Memperbanyakkan beristighfar dan
bertaubat
3) Memperbanyakkan zikir kepada Allah
سبحانه وتعالى.
4) Berselawat ke atas Nabi, seperti Selawat Taisir, Faith dan Nariyah.
5) Qiamullail menghidupkan
malam dengan;
a. Bermunajat
b. Bertafakur
c. Berzikir; bertahlil,
bertahmid, bertasbih dan sebagainya.
6) Memuhasabah dan menghitung diri
7) Membaca zikir Asmaul Husna
8) Bersujud ketika mendengar
ayat sejadah
9) Membaca dan menghafal kitab-kitab Hadis
10) Membaca buku, majalah dan risalah agama.
11) Mengulangi surah-surah yang biasa diamalkan
12) Mengkaji dan memahami terjemahan al-Quran
13) ‘Tolabul Ilmi’ (menambahkan ilmu pengetahuan)
14) Membaca Al-Ma’thurat (niatkan untuk berzikir)
15) Mendengar ceramah melalui tv, dvd, youtube dsb.
16) Mendengar bacaan al-Quran dari qari dan qariah yang baik
17) Menghadiri/mendengar majlis-majlis ilmu yang diadakan
18) Membasuh pakaian beribadat seperti telekung dan sejadah
19) Membantu juga mencuci peralatan solat surau dan masjid
20) Bersabar dan menjaga tutur kata serta kebersihan diri
21) Berkhidmat dan membantu suami dan keluarga
22) Melaksanakan urusan rumah dan keluarga
23) Sediakan makanan untuk orang bersahur
24) Memberi makan orang yang berpuasa.
25) Melakukan kerja-kerja rumah
26) Berbakti kepada Orang Tua
27) Perbanyak infaq dan sedekah
28) Melakukan khidmat masyarakat.
29) Melakukan perbincangan ilmiah
30) Menjalankan kerja-kerja dakwah
31) Belajar dan bekerja dengan sabar dan tekun
32) Menjalin dan mempereratkan tali silaturahim
33) Melafazkan ucapan takbir ketika hari raya
34) Menghadiri Solat Hari Raya (Aidil
Fitri dan Aidil Adha)
35) Mengerjakan segala ibadah haji dan umrah kecuali tawaf dan
solat.
.
Ketika membaca dan
menghafal surah-surah, berdoa, istighfar dan zikir yang diambil dari al-Quran hendaklah dibaca dengan niat untuk
berdoa, berzikir dan beristighfar, bukan dengan niat membaca al-Quran.
Menurut pandangan Jumhur
ulamak termasuk Imam-Imam mazhab empat;
Diharamkan ke atas orang yang berhadas besar membaca al-Quran dengan lisannya
sekalipun satu ayat. Mereka berdalilkan hadis dari Ibnu Umar yang menceritakan
Rasulullah ﷺ bersabda; “Janganlah wanita dalam haid
dan orang yang berjunub membaca sesuatupun dari al-Quran.” (HR
Imam at-Tirmizi dan Ibnu Majah).
Berdasarkan hadis ini,
jumhur ulamak memutuskan; orang-orang yang berada dalam haid dan junub dilarang
membaca al-Quran dengan bersuara. Adapun membaca dengan hati (tanpa
menggerakkan lidah), diharuskan.
Imam Malik pula
berpandangan; Diharuskan wanita dalam haid dan nifas membaca al-Quran dari ayat-ayat yang dihafalnya
jika dibimbangi dan takut hilang dari ingatannya jika tidak dibaca sepanjang
tempoh haid atau nifasnya. Namun, orang berjunub dilarang sama sekali membaca
al-Quran.
.
.
Selain dari 35 amalan sunat
di atas, pada hari pertama ‘keuzuran’ boleh juga dibaca ‘Doa Wanita Ketika Datang Haid’
berikut:
بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
وَالْعَصْرِ ﴿١﴾ إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ ﴿٢﴾ إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ ﴿٣﴾
“Ðemi masa,
sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali
orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan mereka pula
berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.”
(Surah al-‘Asr 103: Ayat 1-3)
.
.
والله أعلم بالصوابWallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
Sekali lagi, jika anda berminat dengan entry keagamaan yang lain, anda boleh pergi ke blog ini
Terima kasih kerana membaca entry ini. ... jumpa lagi pada entry akan datang . Selamat beramal dan menyambut Ramadhan... Salam sayang dari saya... luv!!! muahhzzz...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan