Isnin, 14 Julai 2014

Ramadhan : Amalan Wanita Yang Boleh dilakukan Ketika Dalam Haid Dan Nifas


Assalammualaikum wbt...

Oleh kerana saya dah berkongsi dengan anda 2 entry tentang motivasi yang saya baca pada hari ni.. so, untuk entry last yang saya kongsikan dengan anda pada hari ini.. saya ambil dan baca dari link ini http://shafiqolbu.wordpress.com/2013/08/05/35-amalan-sunat-ketika-kaum-hawa-haid-dan-nifas/

Ini adalah blog berunsur keagamaan , so digalakkan anda untuk membaca blog ini untuk menambah ilmu..heheheheh.. so berikut entry yang juga dicopy seratus peratus dari link diatas... sila baca dan fahamkan... huhuhu...

35 Amalan Sunat Ketika Kaum Hawa Haid Dan Nifas | Islam tidak membataskan muslimah untuk berhenti beramal ketika didatangi haid dan nifas. Malahan wanita beruntung kerana diberi cuti tanpa rekod tapi dapat bonus pahala berganda walaupun tanpa melakukan ibadah solat, puasa dan tawaf.

Atha’ berkata mengenai apa yang diterimanya dari Jabir, iaitu, “Aisyah haid dan dia melaksanakan semua ibadah haji kecuali tawaf sekitar Kaabah dan tidak solat.”
.
.
Amalan Ketika Haid Dan Nifas

Terlalu banyak amal-amalan yang boleh kaum hawa lakukan ketika datang haid dan nifas atau dalam berhadas. Antara amalan tersebut adalah:-
.
1)      Berdoa ~ berdoalah untuk apa saja tujuan
2)      Memperbanyakkan beristighfar dan bertaubat
3)      Memperbanyakkan zikir kepada Allah سبحانه وتعالى.
4)      Berselawat ke atas Nabi, seperti Selawat Taisir, Faith dan Nariyah.
5)      Qiamullail menghidupkan malam dengan;
                                               a.      Bermunajat
                                               b.      Bertafakur
                                               c.      Berzikir; bertahlil, bertahmid, bertasbih dan sebagainya.
6)      Memuhasabah dan menghitung diri
7)      Membaca zikir Asmaul Husna
8)      Bersujud ketika mendengar ayat sejadah
9)      Membaca dan menghafal kitab-kitab Hadis
10)  Membaca buku, majalah dan risalah agama.
11)  Mengulangi surah-surah yang biasa diamalkan
12)  Mengkaji dan memahami terjemahan al-Quran
13)  ‘Tolabul Ilmi’ (menambahkan ilmu pengetahuan)
14)  Membaca Al-Ma’thurat (niatkan untuk berzikir)
15)  Mendengar ceramah melalui tv, dvd, youtube dsb.
16)  Mendengar bacaan al-Quran dari qari dan qariah yang baik
17)  Menghadiri/mendengar majlis-majlis ilmu yang diadakan
18)  Membasuh pakaian beribadat seperti telekung dan sejadah
19)  Membantu juga mencuci peralatan solat surau dan masjid
20)  Bersabar dan menjaga tutur kata serta kebersihan diri
21)  Berkhidmat dan membantu suami dan keluarga
22)  Melaksanakan urusan rumah dan keluarga
23)  Sediakan makanan untuk orang bersahur
24)  Memberi makan orang yang berpuasa.
25)  Melakukan kerja-kerja rumah
26)  Berbakti kepada Orang Tua
27)  Perbanyak infaq dan sedekah
28)  Melakukan khidmat masyarakat.
29)  Melakukan perbincangan ilmiah
30)  Menjalankan kerja-kerja dakwah
31)  Belajar dan bekerja dengan sabar dan tekun
32)  Menjalin dan mempereratkan tali silaturahim
33)  Melafazkan ucapan takbir ketika hari raya
34)  Menghadiri Solat Hari Raya (Aidil Fitri dan Aidil Adha)
35)  Mengerjakan segala ibadah haji dan umrah kecuali tawaf dan solat.
.
Ketika membaca dan menghafal surah-surah, berdoa, istighfar dan zikir yang diambil dari al-Quran hendaklah dibaca dengan niat untuk berdoa, berzikir dan beristighfar, bukan dengan niat membaca al-Quran.

Menurut pandangan Jumhur ulamak termasuk Imam-Imam mazhab empat; Diharamkan ke atas orang yang berhadas besar membaca al-Quran dengan lisannya sekalipun satu ayat. Mereka berdalilkan hadis dari Ibnu Umar yang menceritakan Rasulullah bersabda; “Janganlah wanita dalam haid dan orang yang berjunub membaca sesuatupun dari al-Quran.” (HR Imam at-Tirmizi dan Ibnu Majah).
Berdasarkan hadis ini, jumhur ulamak memutuskan; orang-orang yang berada dalam haid dan junub dilarang membaca al-Quran dengan bersuara. Adapun membaca dengan hati (tanpa menggerakkan lidah), diharuskan.

Imam Malik pula berpandangan; Diharuskan wanita dalam haid dan nifas membaca al-Quran dari ayat-ayat yang dihafalnya jika dibimbangi dan takut hilang dari ingatannya jika tidak dibaca sepanjang tempoh haid atau nifasnya. Namun, orang berjunub dilarang sama sekali membaca al-Quran.
.
.
Selain dari 35 amalan sunat di atas, pada hari pertama ‘keuzuran’ boleh juga dibaca ‘Doa Wanita Ketika Datang Haid berikut:






Allah سبحانه وتعالى berfirman:

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

وَالْعَصْرِ ﴿١﴾ إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ ﴿٢﴾ إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ ﴿٣

“Ðemi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.”
(Surah al-‘Asr 103: Ayat 1-3)
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)


Sekali lagi, jika anda berminat dengan entry keagamaan yang lain, anda  boleh pergi ke blog ini



Terima kasih kerana membaca entry ini. ... jumpa lagi pada entry akan datang . Selamat beramal dan menyambut Ramadhan... Salam sayang dari saya... luv!!! muahhzzz...







Tiada ulasan:

Catat Ulasan