Rabu, 13 Mac 2013

Petua Wanita : Untuk Wanita Dalam Pantang - Part 3

menu ibu dalam pantang yang glamer.. ikan selor di cicah dengan lada hitam dan garam serta pucuk pegaga.. make sure semua dimakan panas @ baru di masak.
Darling!! oklah seperti yang i janjikan... so this entry sambungan dari entry yang lepas ,http://little-queen-qkhadeeja.blogspot.com/2013/03/petua-wanita-untuk-wanita-dalam-pantang.html

Seperti sebelumnya i  hanya ringkaskan sahaja ye...

1. Ramai ibu muda yang pertama kali bersalin terlupa untuk mengikat rambut ketat-ketat ke atas ala pokok kelapa, so sila ingat lepas ini ye bagi mereka yang bakal bersalin sila simpan rambut panjang sikit , janji boleh di ikat...supaya dijauhkan dari masuk angin atau bentan atau meroyan..

2. Jangan lupa mandi air panas, tapi kalau dah bersalin kat hospital atau hospital government.. redha je lah ye... nevermind.. lepas tuhz uols leh start mandi air panas...

3. Ibu baru bersalin boleh lumurkan asam dan jadam ke perut , untuk mengelakkan perut buncit dan mengurangkan kedutan.

4. Memang agak pelik sedikit mendengarnya.. tapi jururawat yang merawat anak saudara i berkata bayi perempuan yang vagina keluar darah adalah perkara biasa. .so dont worry.. ia hanya berlanjutan dalam tempoh sementara sahaja.

5. Ulam paling senang didapati di pasaraya dan pasar untuk ibu bersalin adalah pucuk pegaga... make sure pucuk pegaga itu tidak disimpan di dalam peti.. just rendam dalam air sahaja.. pucuk pegaga khasiatnya yang paling banyak terdapat di akarnya.. so sila jangan buang akar pegaga itu ye.. makan ok.. coz akar pegaga turut memanaskan badan..

6.Jangan lupa untuk memakaikan barut kepada bayi anda, supaya bayi anda tidak kembung, selain itu barut turut membantu bayi anda supaya tidak buncit (ramai ibu moden kini melupuskan amalan ini), jangan lupa ikat@balut sekali kaki bayi anda dengan lampin..supaya bila besar tidaklah bayi anda senang jalan mengengkang...jangan lupa ikat@balut sekali tangan baby (orang tua-tua panggil "bedung"), nanti tangan baby tuh pulak "mengengkang" sekali heheheh..

7. Selain menu ikan selor bakar dan nasi putih, (make sure ke2-2nya di makan panas ye), jika ibu dalam pantang bosan, sesekali boleh menukarkan menu kepada ikan tenggiri bakar@panggang, sungguh sedap dicicah lada hitam dan garam...
makan ikan rebus je ye.. jangan ambil kuahnya.. kecuali jika ibu dalam pantang sembelit teruk, barulah better makan nasi sedikit saja dengan kuah.
antara menu ibu bersalin yang boleh di makan, ikan singgang itu ambil ikan saja, jangan ambil kuah, kecuali jika sembelit teruk makan dengan nasi sikit saja kuah.. jangan lupa makan halia sekali..hehehehe

8. Setelah 2 minggu bersalin, ibu dalam pantang di galakkan untuk minum air akar kayu, jangan minum dalam minggu pertama kerana ditakuti bayi diserang demam kuning. Digalakkan membeli akar kayu segar.. dan make sure akar kayu yang tak banyak steroid.. seperti kes adik ipar saya.. akar-akar kayu ini dikutip oleh nenek dan datuk beliau didalam hutan.. berikut adalah nama akar-akar kayu yang dikutip oleh nenek dan datuk beliau...(i faham zaman sekarang susah nak dapat akar kayu..so boleh try cari penjual akar kayu dekat mana..just google saja ye...)..untuk menyenangkan.. i gunakan video sekali untuk uols tengok rupa akar kayu ini dari dekat...supaya next time uols senang untuk membezakan..terima kasih kepada nenek adik ipar i kerana menunjuk ajar jenis-jenis akar kayu kepada i... (actually akar kayu ini dipetik dan dicari oleh nenek dan atuk kepada adik ipar i di dalam hutan lagi ye.. Pahang kan kaya dengan hutan..heheheh)

***sorry berjam i upload video ni tapi tak berjaya kerana line internet slow.. so i akan kemaskini upload video ini akan datang.. sila bersabar ye...hehehhe



untuk mereka yang tidak boleh melihat video diatas, uols boleh tengok gambar-gambar yang i ambil untuk rujukan dan nama akar-akar kayu ini..
akar selawang

rempah gunung

akar selawang

moyang selada

rempah gunung
halia bara yang hiris dan dikeringkan

akar-akar kayu ini diasingkan bila direbus barulah di campurkan sekali

Koleksi akar-akar kayu untuk dicampurkan dan direbus untuk minuman ibu dalam pantang
air akar kayu yang telah direbus , sedia untuk diminum
i dah try ye minum air akar kayu ini.. maybe coz akar kayu ini "fresh" yang baru dipetik.. so rasa air ini pun sedap sangat.. macam sarsi.. hehehe...elok jika uols rebus dalam cerek dan diminum panas, jika tak habis dan nak minum lagi just rebus balik saja.. dont worry air akar kayu ini tak basi ye...huhu

9. Ibu dalam pantang juga digalakkan untuk mandi air daun pandan atau pun boleh juga mandi  air daun atau batang serai wangi.. just rebus jek...tapi lagi digalakkan mandi air batang serai wangi (lagi banyak khasiat dari daun) dari daun serai wangi.. tapi bagi mereka yang tidak tahan.. air batang @ serai wangi ini boleh menyebabkan gatal atau pun miang.. (sila mandi time air masih suam @ panas sikit ye...boleh dicampur dengan air paip untuk meredakan kepanasan air yang baru direbus, untuk dibuat mandian)

daun serai wangi yang di rebus, tapi tak elok sgt guna daun serai wangi, coz boleh menyebabkan miang @ gatal-gatal better lagi guna batang serai wangi untuk mandi
air daun serai wangi yang telah siap direbus

Bidan yang mengurut adik ipar saya menyediakan pelbagai jenis daun-daun yang terdiri daripada daun lada pahit, daun mengkudu, daun balik angin, daun limau purut , daun lengkuas , daun siti balkis , daun pandan, daun jambu batu... daun sembong (juga elok untuk orang yang mengidap buasir, just basuh sahaja dekat bawah tempat itew ye..huhu), sila mandi ketika air daun-daun ini masih panas sedikit @ suam (digalakkan campur air rebusan daun dengan air biasa untuk menjadikannya suam) . Sebelum mandi air daun-daun ini, uols kena mandi bersih-bersih dulu dengan sabun segala bagai. .lepas itu bilasan terakhir adalah air daun-daun rebusan ini (lepas mandi air rebusan ini, tidak perlu bilas, just biarkan saja dekat badan) . Bau air daun-daun ini serius memang wangi sangat.. i dah try sekali mandi air daun ini, memang rasa sangat badan best dan badan pun berbau wangi.. sungguh segar ye... 
air rebusan pelbagai jenis daun yang i sebut diatas.. mandi time masih panas atau suam ye..
10.  Ibu dalam pantang juga tidak digalakkan untuk mandi lama didalam tandas bimbang jika bentan, masuk angin atau sejuk.. so sebolehnya segerakan masa mandi uols dan habis mandi cepat ye...

Oklah darling, i akan sambung lagi entry ini untuk last entry for Petua Wanita :Petua Wanita Dalam Pantang Part 4, dalam entry itu i insyaalah i akan menerangkan bagaimana terjadi bentan, jenis-jenis bentan, apa yang perlu dibuat jika sudah terlanggar pantang.. dan pengalaman mereka yang melanggar pantang.. so, tqvm kerana sudi membaca my blog.. see uols next entry.. Luv!!!

*** INI  ARTIKEL RESEPI KHAS UNTUK BUAT JAMU SENDIRI . SELAMAT MENCUBA  RESEPI JAMU BUATAN SENDIRI


8 ulasan:

shafabinami berkata...

Salam sis..... boleh tak mintak tolong jualkan akar2 kayu ni pada saya.. sis mesej saya 0173631327
Mintak sgt2 tolong

Deeja berkata...

Assalam shafa, i dh tnya my mum, ayah adik ipar i dgn nenek dia xmasuk hutan... Dulu pun msk cz cari akar kayu utk ank nya... Sorry bebyk ye...

Tanpa Nama berkata...

Assalam..kat mana boleh cari daun balik angin??

Deeja berkata...

Maaf tanpa nama... Sy mmg tak tau...

Unknown berkata...

Assalamualaikum..saya dari Taman Negara pahang..disini masih byk akar2 kayu seperti akar selawang,rempah gunung dan byk lagi..jika ada yg masih mencari boleg hubungi di nombor 0179577914

Deeja berkata...

Assalamualaikum puan...saya ada membekalkan herba mentah kering untuk ubat periuk...akar seperti tengkuk biawak,gajah beranak,kacip fatimah,nenas batu, mandian herba dll herba...kalau berminat cntc saya 0175984085.

Boleh try penjual ini atau penjual di bawah.

Unknown berkata...

Herba yang bagus

Nur haura afeeya berkata...

Salam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...