Selasa, 19 Mac 2013

Falling in luv with Cleopatra & Pyramid @ Cairo , Egypt !

Darlinggzzz!! seriusly..tempat yang i nak sangat pergi lagi walau sudah menjejakkan kaki, selain Mekah dan Madinah sure Cairo , Egypt.. from my bottom of my heart... memang i suka sangat Cairo yang penuh dengan tinggalan sejarah yang menakjubkan okey... kat sinilah terdapatnya .. Sungai Nil yang famous sesangat itew.. 7 keajaiban dunia yang agung. .Piramid Giza dan The Sphinx yang asyik masuk National Geographic , hatta filem Sex & The City 2 pun.. betapa curlassnya Egyptt uols... oh jangan lupa.. sini juga terdapatnya kisah 2 jelitawan Egypt... Cleopatra dan Ratu Nefferati yang famous seluruh pelusuk dunia itew....

Alhamdullilah i sungguh bernasib baik kerana terpilih antara staff sales Cimb Bank yang layak untuk melancong ke Cairo ,Egypt bersama Reliance Travel pada March 2008 ketika mild winter.. serius best ye.. trip ini.. kalau cukup duit rasanya memang i pergi lagi dengan Reliance guna duit sendiri pulak jika di izinkan Allah.. 

Antara tempat yang sempat i melawat sah-sah Muzeum Egypt yang menempatkan Mumia-mumia termasuk mumia Firaun , isterinya, puterinya dan binatang-binatang kesayangan Firaun dan puterinya yang telah di mumiakan.. tetapi dalam muzeum ini tidak dibenarkan ambil gambar kerana bimbang berlaku kerosakan kepada tinggalan sejarah ini.. (sorry tak ingat berapa kena bayar masuk Muzeum ini ye.. tapi pihak Reliance yang bayarkan) .I juga sempat melawat pelbagai Masjid-masjid disini termasuk Masjid Pertama dan Gereja Pertama , sorry ye tak ingat plak nama ye.. yang pasti memang saling berdekatan ye...yang pastinya i tak sempat nak ambil gambar-gambar kat tempat ini kerana bateri kamera i habis..heheheh

bergambar di hotel pertama tempat i menginap di Cairo , Egypt.. kami menginap di 2 buah hotel berlainan ketika trip ini
Cairo, memang terkenal dengan pelbagai Masjid dan mengikut kata my frenz yang masih menuntut di Universiti Al-Azhar Mesir (Universiti Islam Paling Terkenal yeee) , memang terdapat banyak masjid yang didalamnya terdapat Makam orang berpengaruh yang dikuburkan di masjid-masjid itu.. so i berpeluang melihat 2 -3 biji masjid ye.. yang pasti i tak ingat nama masjid-masjid itu coz i pergi trip ini pada March 2008.. so serius banyak yang i tak ingat hehehe...
antara Masjid glamer yang i lawati di Cairo Egypt tak silap i nihz masjid Muhammad Ali yang glamer itew...
sempat lagi i bergambar di depan masjid
For info jejaka-jejaka Egypt nihz uols.. serius amat gentleman dan berani menegur wanita, walau wanita itu pelancong asing..  Selain mengalami pengalaman dilamar di hotel tempat i menginap dan breakfast.. i juga merasa pengalaman di beri bunga mawar merah oleh salah seorang jejaka egypt di salah sebuah Masjid di Egypt... heheheh
bergambar dengan jejaka-jejaka Egypt.. i merasa dapat bunga dari jejaka yang tinggi itew ye..heheheh

Pemandangan di dalam masjid-masjid di Cairo , Egypt ini serius mempersonakan.. i memang suka melihat ukiran-ukiran di masjid-masjid disini.. memang jauh berbeza dengan masjid di Malaysia.

bergambar di dalam Masjid nih ye..nihz ruang mimbar Masjid Sultan Muhammad Ali
juga antara masjid yang famous di sini

juga pemandangan di dalam masjid.. 
Dibawah ini pun semua pemandangan di dalam masjid..



Masjid ini juga antara masjid yang terdapat Makam di dalamnya .. tapi i tak ingat nama masjid ini dan makam ini makan siapa ye.. sadis....tapi sekali lagi i rasa masjid ini Masjid Muhammad Ali.. boleh? hehhe
Dekat Belakang i nihz terdapat makam di dalamnya ye.. kira nihz bilik makam lah..
nampak tak makam dalam tu???
i ambil gambar makam ini dari celah lubang-lubang kayu di atas
Sebelum i keluar dari masjid i sempat bergambar dengan gadis-gadis Egypt.. tak sangka ramah tamah rupanya orang Egypt nihz ye... mereka yang tegur i dulu ye...heheheeh (lupa ramai kawan-kawan lelaki i bagitahu dekat Egypt ini jika nak bergambar dengan diaorang, diaorang akan minta duit.. kat mana-mana pun.. tapi i tak kena la plak..heheheh)

bergambar dengan gadis-gadis Egypt
Selesai melawat pelbagai masjid dan gereja yang famous di Egypt we ouls terus pergi lunch di restoran terkenal berhampiran Sg. Nil... bagi i honestly makanan yang dihidangkan selama i bercuti di Cairo ,Egypt.. memang sedap-sedap.. sampai sekarang bila i teringat i still terliur ye.. .hatta dah berlambak Restoran Arab dibuka di KL...
bergambar di luar restoran.. sorry gambar makanan i malas nak cari dalam camera semua pic i kebas dari facebook je..hehehe
bergambar di depan pintu gerbang untuk masuk ke restoran
pemandangan dari jalan raya yang i ambil di Cairo ,Egypt.. serius cantik.. i suka sangat
Banyak sangat tempat yang i lawati dalam trip ini termasuklah tempat-tempat shopping glamour termasuklah di Bazaar Khan El Khalil iaitu bazar paling tua dan terbesar di Timur Tengah yang menjual pelbagai barang termasuk perfume dan leather dengan harga yang murah...(sorry pic bazaar nihz pun dalam camera yang i tak tau simpan dekat mana ye...).. dekat bazaar ini barang perhiasan rumah, botol perfume cantik dan barang hiasan diri dijual dengan harga borong , beg-beg anyaman pun murah.. sila datang beli.. dan please berhati-hati peniaga disini walau rajin memuji tetapi cukup gatal.. kes raba meraba memang banyak terdapat disini.. iskhhh!! orang arab memang gatal ye... hehehheheh. 

Selain melawat bazar glamer itew kami juga di bawa ke kedai @ kilang perfume glamour di Cairo.. dekat sini kami dibenarkan mencuba dan bau perfume-perfume famous di Cairo, Egypt dan kegunaan-kegunaan perfume disini.. yang pepermint siap diajar diisi dalam air panas dan dihidu untuk menyembuhkan hidung tersumbat dan selsema.. kami turut dihidang "mint tea" lagi..sedap ye mint tea kat sini.. ohhh!!! sebelum terlupa, tak tahu la hidung kami semua yang problem atau produk perfume dekat sini yang problem. .ketika kami test untuk beli serius semua perfume sedap baunya.. kuat dan tahan lama la.. tapi bila kami beli dan bawa balik hotel.. serius.. baunya tak sesedap dan tak sekuat seperti di kedai.. "kecoh" sekejap beberapa orang rakan i cakap penjual menipu..heheheh.. so i no comment ye..so sila berhati-hati jangan ditipu jika anda shopping di sini ok...

kilang atau kedai perfume yang kami pergi dan shopping
Ketika bercuti disini i sempat merasa dinner diatas cruise yang berlayar diatas Sungai Nil.. serius indah sangat pemandangan malam disini.. dan rasa teruja dan gembira kerana dapat melihat Sungai Nil didepan mata, kami juga turut dihiburkan dengan persembahan kebudayaan Egypt, termasuklah bally dancing...

bergambar diluar cruise yang bakal di naiki
inilah cruise yang i naik
antara hiasan yang terdapat dalam cruise ini
anging malam dari Sungai Nil
persembahan bally dancing


penari bally dancing dalam cruise ini memang peramah dengan tetamu-tetamu ye..
salah satu persembahan terkenal Egypt

Keluar saja daripada kapal setelah puas menikmati makan malam dan persembahan serta keindahan Sungai Nil , i sempat bergambar dengan pengantin wanita yang bakal melangsungkan perkahwinan diatas kapal mewah tadi ye.. muda belia penggantin wanitanya tapi penggantin lelaki agak tua..heheheh..lawanya baju pengantin nihz.. berkelip-kelip if uols tengok kat luar ye...


Esoknya kami meneruskan aktiviti , pelbagai tempat lagi yang dilawati tapi i pun dah tak ingat.. yang pasti we ouls lunch dekat TGI Friday Cairo, makanan kat sini pun best.. hari ketiga we ouls lunch kat Hard Rock Cafe (pic tak ada ye..)
bergambar di depan TGI Friday Cairo, Egypt
makanan dekat sini pun best sesangat

Hotel kedua kami adalah lebih kearah moden sedangkan hotel pertama kami menginap more ke egypt style yang penuh dihiasi dengan kebudayaan Egypt.. .i suka lagi first hotel yang kami menginap..heheh

bergambar dihadapan hotel kedua kami menginap
Seterusnya kami meneruskan lawatan percutian kami ketempat-tempat bersejarah lain di Egypt.. banyak sangat tempat bersejarahnya ye...antaranya Alabaster Sphinx. .tempat lain yang i lawat serius i tak ingat ye nama apa.. heheheh...sorry bebanyak.. cukuplah gambar berbicara ye...

bergambar di Alabaster Sphinx

dekat bawah i ini , jika tidak silap i lah, salah sebuah patung tinggalan firaun yang menjadi sembahan rakyat dia satu waktu dulu.. jika tak betul info ini.. please uols bagi komen ye kat bawah..hehehe




disini juga banyak dijual souvenier dari Egypt ye..



inilah pintu masuk untuk melihat patung firaun besar didalam.. (picture patung firaun kat atas tuhz)

seterusnya i bergambar dengan tinggalan sejarah patung-patung dizaman firaun yang lain.. semua dah patah-patah ye.. tapi dah berusia beribu tahun ye...


ini kerusi firaun ye tak silap.. i plak tak perasan ingat batu biasa.. hahahaha, tu selamba posing..hehehee
Tempat yang wajib uols lawati jika ke Cairo sure tempat terletaknya 3 Piramid Giza dan piramid Sphinx (pic pun dalam kamera yang i tak ingat kat mana i letak ye.. pic nihz semua i ambil dalam my FB).

ini pintu gerbang untuk masuk melawat Piramid Giza dan Sphinx di daldam..
bergambar di kawasan nak masuk di piramid
I sempat ye uols merasa masuk dalam piramid.. serius panas dan sesak nafas la bagi sesiapa yang tak berapa bagus kesihatan jantungnya.. agak jauh kedalam nak masuk piramid itu.. tapi puas hati bila masuk ke dalam melihat segala tinggalan sejarah termasuk keranda firaun... (tak silap i la.. i sebenarnya pun ingat-ingat lupa keadaan dalam piramid tuhz..)
sempat menaiki unta di kawasan piramid Giza
bergambar di depan 3 piramid GIZA paling famous didunia
Terdapat 120 biji piramid di sini.. dikatakan konon-kononnya sebiji piramid itu mewakili makam firaun atau anak firaun yang telah meninggal dunia... ada dongeng mengatakan apabila seorang firaun atau anak firaun mati so, sebatang lilin beracun akan dinyalakan dan semua isteri ,dayang, pengikut, hulubalang serta binatang-binatang peliharaan dan kesayangan firaun akan dikuburkan bersama didalam sebiji piramid itu..wallahualam.... ye.. kerana banyak sangat versi yang i dengar..so i sendiri pun tak tahu yang mana satu betul ye...wakakaka...
bergambar bersama-sama my group sebelum pulang didepan salah sebuah daripada 120 biji piramid disini
Setelah berada hampir satu minggu disini, we ouls pun berangkat pulang ke Malaysia...

bergambar di dalam hotel ke 2 tempat kami menginap.. i suka sangat hotel-hotel kat Cairo nihz ye
pemandangan didalam hotel ke 2 kami
So seperti sebelumnya kami transit dulu di Airport Dubai dan sempat shopping chocolate dan pelbagai perfume murah  di Airport ini... segala kenangan i di Cairo, Egypt memang takkan pernah i lupakan..dekat sini juga i start jatuh cinta dengan kisah Cleopatra yang menyayat hati... so lepas nihz i akan ceritakan dalam next entry mengenai kemasyuran Cleopatra dan kisah percintaannya itew.... luvvvv!!!! ..

*** ini entry tentang kisah Cleopatra yang menyayat hati.. http://little-queen-qkhadeeja.blogspot.com/2013/03/kemasyuran-yang-menyakitkan-cleopatra.html
ini salah satu pemandangan dekat airport dubai ye...

2 ulasan:

norhanita berkata...

terima kasih atas perrkongsian.. insyaAllah bulan 5 ni nak ke sana..

qisya khadeeja berkata...

Sama2 norhanita. Semoga anda gembira dengan percutian anda ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...