I think ramai parent yang
menghadapi problem anak susah nak makan, especially kalau yang dihidang itu
adalah makanan yang berkhasiat… tentu ramai parent yang di hujani kebimbangan
dengan masalah selera makan anak-anak kerana bimbang penurunan berat badan dan
kesihatan anak-anak.. yelah uols.. sedangkan I yang tak ada anak, setakat ada
anak bulus meow manja pun… jika tak makan atau tiada selera makan atau semakin
kurus pun I risau dan bimbang , siap sedih dan hilang mood.. apalagi uols yang
ada anak kandung sendiri.. oklah uols.. so kali ini I akan beritahu antara
sebab anak hilang selera makan yang I baca dalam majalah Keluarga September
2012… ok berikut antara sebab anak hilang selera makan, so please take note
supaya ia tidak terjadi kepada anak-anak kesayangang uols….
1. Anak-anak uols terlalu banyak
bermain aktiviti lasak terutamanya, kerana kepenatan bermain mereka akhirnya
hilang selera makan walau juadah yang disediakan cukup menyelerakan. So uols
cuba pantau dan kurangkan aktiviti bermain anak-anak uols…
2. Anak-anak uols maybe tiada kawan
menemani untuk makan, atau uols pun busy bekerja dan tinggalkan dengannya orang
gaji, so kerana keseorangan mereka tiada selera makan, ialah budak-budak lebih
suka jika ada orang melayan karenah mereka di meja makan. So sila luangkan masa
uols menemani anak makan ye…
3. Mungkin juga kerana factor
kesihatan menyebabkan anak-anak uols tiada selera makan, so uols boleh sediakan
makanan kegemaran anak-anak uols macam bubur atau sesuatu yang manis dan
berwarna warni. Sila gunakan psikologi dengan memberitahu jika tidak makan,
tidak boleh pergi bermain di tempat kegemaran atau tidak mahu membelikan
hadiah.
4. If tiap hari uols hidangkan
hidangan yang sama sajork tiap hari.. memang sukar memancing selera anak-anak
ye…ada anak-anak yang suka ikan dan ada yang suka ayam. Ada yang suka sayur dan
ada anak yang tidak suka sayur,so uols kenalah kreatif, sediakan pelbagai
hidangan tapi dalam kuantiti yang sikit..
5. Please hadkan pengambilan snek
ringan yang tidak elok untuk kesihatan ,seperti keropok atau gula-gula kepada
anak-anak uols..Rasanya yang sedap mampu menambat selera anak-anak dari
hidangan berkhasiat seperti nasi. Sila gantikan snek ringan ini dengan makanan
yang lebih berkhasiat seperti roti, biskut, madu atau coklat. Boleh juga
mengantikan manisan kurma yang dibaluti coklat.
6. And lastly please make sure yang uols tidak memarahi anak-anak uols ketika mereka makan. Ini akan menyebabkan anak-anak uols terus hilang selera makan.. silap haribulan anak-anak akan hilang selera makan sehingga beberapa hari jika uols tak pandai memujuk ye... so sebolehnya .. please dont do this...
So itu adalah antara sebab kenapa
anak-anak uols tiada selera makan, please take note. Sebagai parent uols kena
peka dengan situasi ini dan berusaha mencari jalan penyelesaian jika hal ini
terjadi kepada anak-anak uols.. ok see uols next entry.. luvvv!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan