Khamis, 21 Mac 2013

Bapa Kucing : ABU HURAIRAH R.A




Sebut saja nama Abu Hurairah R.A , tentu ramai umat islam yang kenal kerana beliau banyak menghafaz hadis Rasullah SAW.. So , kali ini saya ingin bercerita mengenai Abu Hurairah R.A pula.. tetapi kerana awal-awal penulisan saya, saya dah start mengantuk jadi saya decide untuk copy seratus peratus dari majalah ye.. tak mampu nak menggunakan ayat sendiri dan tambah dari pengetahuan sendiri.. (tak boleh berfikir dah nihz ye huhu)....kerana "mengguap" yang melampau-lampau ini.. heheh.. so artikel dibawah ini saya tidak tahu siapa penulisnya kerana saya tak jumpa plak nama penulis , yang pasti ia dari Ruangan Maskulin Sejati dari Majalah Maskulin Febuari 2013..

Abu Hurairah begitu dikenali kerana banyak merekodkan hadis Rasullah SAW. Lelaki dari kabilah al-Dusi di Yaman, dilahirkan 19 tahun ssebelum Hijrah. Namanya sebelum Islam, Abd Syams dan selepas memeluk Islam, namanya Abd al-Rahman. Abu Hurairah, nama gelarannya kerana dia gemar bermain dengan anak kucing. Suatu ketika, dia bertemu Rasullah SAW dan Rasullah SAW bertanya apabila sesuatu bergerak-gerak di dalam lengan bajunya. Dia menunjukkan anak kucing yang dibawanya, dan sejak itu Rasullah SAW memanggilnya Abu Hurairah, menjadikan dia terkenal dengan gelaran itu.

Abu Hurairah memeluk Islam pada tahun ke-7 Hijrah. Dia selalu sedih kerana ibunya yang belum Islam selalu menghina Rasullah SAW lalu dia pergi bertemu Rasullah SAW meminta baginda mendoakan agar ibunya mendapat hidayah. Selepas itu dia balik menemui ibunya dan mengajaknya masuk Islam. Subhanallah, ibunya terus bersedia mengucapkan dua kalimat syahadat!

Abu Hurairah lelaki miskin dan selalu kelaparan. Dia bekerja mengambil upah daripada orang yang sudi memberinya kerja. Suatu hari, dia duduk di laluan orang ramai dengan mengikat batu di perut. Abu Bakar As-Sidek melintas dihadapannya dan dia menegur sambil meminta diajarkan ayat Al-Quran. Sebenarnya dia berharap Abu Bakar memberinya kerja supaya dia mendapat makanan, sebaliknya Abu Bakar hanya membaca sepotong ayat dan kemudian berlalu.

Kemudian Umar  Al-Khatab melintas, Abu Hurairah menegur tetapi mendapat reaksi yang serupa daripada Umar Al-Khatab. Tidak lama kemudian, Rasullah SAW pula melintas. Melihat Abu Hurairah, baginda memahami keadaan sahabat itu lalu mengajak ke rumah. Rasullah memberikannya semangkuk susu dan menyuruhnya berkongsi dengan ahli suffah yang lain. Sejak itu, Abu Hurairah sering berdampingan dengan Rasullah SAW. Dikatakan dia mendamping Rasullah selama tiga tahun selepas memeluk Islam dan sebab itu dia banyak meriwayatkan hadis Rasullah SAW.

Rasullah pernah mengamanahkan Abu Hurairah sebagai penjaga gudang hasil zakat. Suatu malam, dia menangkap seseorang yang cuba mencuri di gudang. Orang itu merayu minta dikasihani kerana dia mencuri untuk keluarganya, lalu Abu Hurairah melepaskannya dengan amaran. Esoknya dia melaporkan hal itu kepada Rasullah tetapi kata baginda, pencuri itu pasti kembali. Benar dugaan baginda, malam itu pencuri datang semula dan ditangkap  lagi. Kerana kasihan, pencuri itu di lepaskan tetapi malam esoknya, sekali lagi pencuri itu muncul dan ditangkap lagi.

Abu Hurairah mengancam akan membawa pencuri menghadap Rasullah SAW, tetapi pencuri itu minta dilepaskan lagi dan berjanji akan mengajarkan sesuatu yang baik jika dibebaskan. Pencuri itu mengajar, jika seseorang menbaca ayat kursi sebelum tidur, syaitan tidak akan mengganggunya.

Abu Hurairah tersentuh mendengar ajaran pencuri itu lalu melepaskannya pergi. Keesokan harinya dia melaporkan peristiwa tersebut kepada Rasullah SAW. Rasullah SAW berkata , pencuri yang ditemuinya itu pembohong besar, tetapi segala yang diajarkannya adalah benar belaka. Sebenarnya pencuri itu adalah syaitan.

Rasullah juga pernah mengutus Abu Hurairah berdakwah ke Bahrain bersama Al-Ala ibn Abdillah Al-Hadrami. Dia pernah dihantar bersama Quddamah untuk mengutip cukai di Bahrain dan membawa surat ke Amir Al-Munzir ibn Sawa At-Tamimi. Mungkin disebabkan oleh itu, Umar Al-Khatab melantik Abu Hurairah sebagai gabenor Bahrain ketika Umar Al-Khatab menjadi Khalifah.

Pada tahun 23 Hijrah, Umar Al-Khatab memecatnya atas alasan Abu Hurairah menyimpan wang mencecah 10,000 dinar. Bagaimanapun dia berjaya membuktikan bahawa harta itu diperolehi dari berternak kuda dan pemberian orang. Khalifah Umar menerima penjelasan itu dan memaafkannya. Dia ditawarkan jawatannya semula tetapi Abu Hurairh menolak.

Dia memberikan lima alasan. "Saya takut berkata tanpa pengetahuan; saya takut memutuskan urusan bertentangan dengan hukum (agama); saya tidak mahu disebat; saya tidak mahu harta pencarian saya disita  dan saya takut nama baik saya tercemar". Abu Hurairah menetap di Madinah dan menjadi rakyat yang setia pada khalifah dan pemimpin selepas itu.

Abu Hurairah R.A meninggal dunia pada tahun 57 Hijrah (pendapat lain ; 58 Hijrah) dalam umur 78 tahun. Beliau merekodkan 5,374 hadis Rasullah yang kemudian diambil oleh imam hadis lain. Hadis yang diriwayatkan Abu Hurairah R.A disepakati Imam Bukhari dan Muslim berjumlah 325 hadis, oleh Bukhari sendiri sebanyak 93 hadis, dan oleh Muslim pula 189 hadis. Hadis yang diriwayatkan Abu Hurairah R.A juga terdapat dalam kitab-kitab hadis lainnya.. - sumber Majalah MASKULIN , Feb 2013




1 ulasan:

Dibah Shokri berkata...

Assalamualaikum :) Jom jom visit blog Dibah, nak introduce satu produk best punya. Hihihi.

http://dibahspa.blogspot.com/2013/03/natural-aqua-cure-gel-best-exfoliater.html


Thank you Cik Qisya :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...