Jumaat, 29 Mac 2013

AKU MAHU DIA



Gambar Hiasan - Pic Open House Raya 2012.... ketika i beraya di rumah my fren yuyu

Aku Mahu Dia (Hazama)

Sejak aku kenali dia
hati ini selalu gundah
selalu ingin dekati
dan menghampiri dia

aku mahu dia milikku
ku harap semua pun tahu
bahagia terasa bila ku melihat senyumannya..


aku sedar ku telah jatuh cinta
dengannya hatiku terasa luar biasa
aku tahu kau selalu curi lihat aku
matamu jelaskan kau mahu

katakanlah pada ku kasih
andainya kau punya perasaan sepertiku
agar kita bisa bersama
tolong jawablah kasih
jawablah perasaan hatiku yang menebal
ku selalu terbayang senyum mu


pernah tak anda dengar lagu diatas ini?.. tentu pernah kan.. sakitnya jiwa jika kita suka kan seseorang itu tetapi tidak berani menegur atau memberikan "respons".. adui.. nak senyum pun susah.. bertentang mata pun susah.. apalagi nak menegur... sakit... sungguh sakit...

dont worry.. jangan risau itu bukan sejenis penyakit yang membahayakan kesihatan anda ye.. just bahaya untuk hati anda dan diri anda jika tidak boleh tidur atau berangan perkara yang mustahil terjadi jika anda masih tidak bersungguh-sungguh untuk mencuba.. tapi berita baik untuk anda.. anda tidak menghadapi penyakit hati ini seorang diri.. memang ramai di muka bumi ini.. apa bila menghadapi penyakit "gila bayang" atau pun "suka tapi malu"... malah kajian menunjukkan 90%  insan yang jatuh hati atau suka seseorang hanya mampu memandang.. tetapi hanya 10% sahaja berani menegur. ..malah ada juga insan yang lebih malang menyukai orang yang disukai hampir 3 tahun.. tetapi hanya mampu saling berpandangan sesama sendiri tetapi tidak memulakan perkenalan akhirnya terpisah sendiri...walaupun kedua-duanya ada menunjukkan respon "suka sama suka".. sadis ye....

Jangan risau darling.. antara sebab 'kekasih diam @ bayang" anda setakat memandang. .baik lelaki atau perempuan antara sebabnya adalah : -

1. Maybe sidia yang anda suka itu sudah ada bf / gf ye... tapi dia suka memandang anda setakat suka saja...tak adalah sampai nak ber"dating" atau buat bf / gf .

2. Wajah anda seiras "chenta hati" sidia.

3. Tidak berani menegur kerana takut "cinta" tidak berbalas..

4. Segan kerana merasa diri lebih "rendah" dari anda.

5. Menunggu anda dahulu menghulurkan perkenalan.

6. Malu atau segan kepada rakan-rakan sidia atau rakan-rakan anda.

7. Merasakan anda layak mendapat yang lebih baik dari mereka.

8. Belum bersedia untuk "komitmen".

9. Lelaki merasakan perempuan yang di minati lebih tua dan perempuan pula merasakan lelaki itu jauh lebih muda darinya... hanya dari keadaan fizikal.. (kekadang anda tidak sedar mereka sebaya sahaja dengan anda jika masih tidak cuba saling mengenali)

10. Terlalu suka atau obses kepada anda dan merasakan diri terlalu banyak kekurangan dan tidak mahu anda terlibat di dalam masalahnya.. (mungkin mereka ada rahsia dan alasan sendiri).

11. Untuk keselamatan hati anda..mungkin juga sidia mata keranjang ye... playboy @ playgirl.. yang suka bermain mata... heheheheheeh,,,

Apa sekalipun memang simpati dengan mereka yang terlibat dalam perasaan ini.. yelah.. mesti jika teringat dah rindu tidak boleh buat apa-apa kan? hanya terpaksa bersabar menunggu hari esok datang menjelma.. agar boleh berjumpa "pujaan hati" yelah.. no. telefon, nama pun kadang-kadang tidak tahu.. (ada ye kes macam ini).. tetapi tidak boleh melakukan apa-apa..  

Ada juga kes mereka yang berkejaran menyiapkan kerja untuk keluar lunch, hi-tea.. atau mengejar lrt... utk ke cafe atau restoran or gerai hanya ingin melihat "pujaan hati;... malah siap ada kes.. duduk meja dan kerusi yang sama setiap hari, sanggup meng"cop" demi melihat pujaan hati.. tak kiralah kerusi di gerai atau didalam lrt.. atau di hentian bas sekali pun.. oh ! suka dan cinta itu memang pelik !

Walau bagaimana pun seiring masa. .akhirnya anda akan berpisah jua dengan "pujaan hati".. maybe mereka berpindah tempat kerja, berpindah rumah atau menyambung pelajaran.. Tentu sedih sekali... bila satu hari, anda mencari-cari "pujaan hati" tetapi sidia tidak kunjung tiba.. menunggu berhari-hari di tempat yang sama akhirnya masuk berbulan-bulan.. dan ketika itu barulah anda sedari "pujaan hati" telah pergi samaada pergi selamanya (meninggal dunia) atau meninggalkan segala memori anda untuk berhijrah ke tempat lain atau memulakan hidup baru di tempat lain.. so, jika anda menghadapi perkara ini.. sila tabahkan hati ye... heheheheheh

Seperti biasa seiring masa perasaan itu akan hilang.. tetapi jika melalui kawasan kenangan.. memang memori itu akan datang...bagi mereka yang pernah atau sedang menghadapi hal ini.. jika "sidia' masih dihadapan mata... beranikan diri.. jika tidak mahu perkara diatas menimpa ye... tetapi percayalah. ..kekadang kita maybe terlalu "obses" pada sidia kerana kita masih tidak menegur atau memilikinya.. mungkin apabila kita sudah berkenalan, berkawan baru kita sedar.. sidia tak seperti "obsesi" kita.. maybe kita akan rasa.. kecewa.. jadi atleast bagi mereka yang sudah terlepas sidia yang diidam.. lebih baik fikir positif. .atleast anda didalam kenangan sidia tetap ''istimewa" dengan cara tersendiri...

Bagi mereka yang tidak mampu mengawal perasaan ini... saya tidak kata " tepuk dada tanya selera".. tetapi saya advice anda untuk Istikharah jika anda orang islam bagi menjawab segala persoalan dihati.... salam sayang dari saya.. luvvvv!!!!



"saya pasti akan jumpa ramai lagi orang.. tapi takkan sama dengan awak..."


*** gambar diatas saya perolehi dari Facebook.. kepada pemilik gambar ini.. jika anda tidak membenarkan ia berada di entry ini.. sila maklumkan dan saya akan remove dari entry ini.. terima kasih.



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...