Jumaat, 29 Mac 2013

BILA Kisah Lalu MENJELMA


Islamic Fashion Show MIFA , Pavillion 2011

Pernahkah anda memohon berdoa agar insan yang pernah anda sayang kembali? anda bertemu lagi dengan dia dengan harapan terjalin kembali perhubungan istimewa dulu?.. setelah bertahun melalui duka lara..anda pun terus lupa kewujudannya yang melukakan hati.. seiring masa berjumpa dengan insan yang lebih baik dan lebih kejam darinya.. akhirnya kisah duka itu.. hanya memori....

Setelah bertahun berlalu.. tiba-tiba anda dikejutkan dari panggilan dari "Dia" yang pernah melukakan dan meyakitkan hati.. yang mengecewakan yang mengkhianati... alangkah "stress"nya hati.. kerana dihubungi oleh insan yang memang telah kita lupakan dan mahu lupakan (sedangkan dahulunya kita sendiri yang berdoa dan memohon pada tuhan agar Dia kembali)...

Soal hati memang "misteri".. walau anda masih tidak mempunyai pengganti "rasmi" dihati.. hanya menyimpan perasaan didalam diam kepada insan lain.. yang masih tidak menghulurkan salam perkenalan.. tetapi insan-insan yang pernah bertahta dihati.. berlumba-lumba menghubungi... sedihkan??? siapa kata insan yang pernah kita sayang dahulunya.. setelah bertahun dilupakan..akhirnya menghubungi kita "membahagiakan"?... oh!!! itu mungkin bagi mereka yang mengharapkan 'kembali terjalin" atau yang berpisah kerana keadaan memaksa bukan kerana dikhianati?...

Setiap insan ada prinsip sendiri.. punyai kisah luka dihati.. bagi yang terpisah kerana waktu dan keadaan hidup yang memaksa mungkin berjumpa @ dihubungi secara tiba-tiba adalah saat paling ditunggu dan membahagiakan walau 10 tahun sekalipun ia telah berlalu... tapi bagi mereka yang dikhianati.. yang memang nekad untuk melupakan segalanya.. .panggilan dan nama insan itu pun sudah "menyakitkan"....

Bukannya kami yang menghadapi kisah ini tidak "kuat" tetapi kami sungguh dan bersungguh nekad.. untuk tidak memandang kebelakang lagi.. memang tidak mahu mempedulikan lagi.. siapakah mereka untuk menghukum kami tidak menerima qadha dan qadar?.. siapa mereka yang tidak pernah tahu kisah derita yang kami lalui.. cerita kita berbeza.. tolonglah jangan hukum kami... dan untuk insan yang masih menggangu dan masih tidak serik-serik menyakiti..tolonglah pergi dari hidup kami yang memang tak ingin kalian menghubungi dan mencari kami lagi.. pergilah... kerana hati kami sungguh.. jika ditanya.. hanya ingin menjawab "saya tidak pernah kenali dia... maaf....".. walau anda atau satu dunia pun tahu kami dulu pernah rapat sekali....

oh hati! maafkan aku sekali lagi kerana mengizinkan "Dia" menyakitimu, melukakanmu.. bagaimana hati ini tidak derita?.. jika dulu menerima dia tanpa ada apa-apa, sedangkan yang menghulur cinta kasih sayang bukan sembarangan insan?... memang sakit pedih sekali....

Aku hanya mohon padamu tuhan.. berikan aku kekuatan... untuk mengharungi sekali lagi dugaan ini.. hatiku sungguh sedih.. hanya kau saja yang memahami.. tolong kuatkan aku... untuk bangun dan bangkit kembali... mengejar insan yang memang aku ingini.. dan tolong.. simpankan hati dia hanya untuk aku.. dan tolong kuatkan aku lupakan dia yang pernah menyakiti.. jauhi dirinya dari aku supaya aku tidak disakiti dan sedih terluka lagi..... Aaaminnn...


*** cerita seorang aku.... uhukkkk!!!





6 ulasan:

Seharum Attar berkata...

Kemas dan ringkas. :)

qisya khadeeja berkata...

Tqvm seharum attar

suriyati sulaiman berkata...

Yg ni la yg aku habaq...ko yg sebenornya...hihihi.gaya penulisan yg xover..ni la cpoh yg aku kenal dulu...

qisya khadeeja berkata...

Hahaha.. Akn try wat entry lain spt penulisan begini lg.. Hehehe

jejalan2je berkata...

remind me to someone I knew and met before.

qisya khadeeja berkata...

Tulisan ini btl2 ikhlas dr hati... Hiiiiiiii

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...