Rabu, 12 Oktober 2016

15 KHASIAT & KEBAIKAN MINYAK BIJAN


Minyak Bijan yang saya gunakan untuk oil pulling di beli dikedai mamak yang menjual makanan sunnah dengan harga RM4.50 SAHAJA-  saya tidak gunakan ia untuk memasak.

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Minyak bijan adalah antara minyak yang kerap digunakan dalam masakan cina dan masakan india.
Malah biji bijan juga kerap digunakan dalam masakan kuih melayu.

Minyak Bijan atau 'Sesame Oil' dihasilkan daripada biji bijan dan ia boleh didapati dalam bentuk minyak bijan pekat atau minyak bijan cair.

Biji Bijan kaya dengan zat besi, kalsium, magnesium, zink, tembaga, Vitamin E , Vitamin B dan pelbagai manfaat lain.

Terdapat Banyak KHASIAT & KEBAIKAN MINYAK BIJAN diantaranya ialah:-

1. Mengurangkan Pembentukan Plak Gigi

Minyak bijan terbukti boleh mengurangkan pembentukan plak dalam mulut dan memutihkan gigi disamping mengurangkan bakteria berbahaya seperti 'streptococcus mutan' dalam mulut.

Cara untuk mengurangkan pembentukan plak ini ialah dengan berkumur dengan minyak bijan atau melakukan oil pulling.

Artikel bagaimana oil pulling membawa manfaat terdapat di link ini KHASIAT DAN KEBAIKAN OIL PULLING

2. Membantu Menganjalkan kulit wajah

Minyak bijan kaya dengan kandungan zink yang membantu dalam pengeluarna kolagen sekaligus menjadikan kulit lebih anjal dan licin. Kajian menunjukkkan minyak bijan bermanfaat dalam proses pemulihan kulit tubuh dan juga melegakan luka terbakar dan keadaan kulit bermasalah yang lain.

3. Membantu dalam rawatan Tumit Kaki Yang Pecah dan Merekah

Berbanding minyak zaitun asli yang lebih mahal atau minyak kelapa dara , minyak bijan yang dibeli dikedai India jauh lebih murah dalam menyelesaikan masalah tumit merekah.

Hanya sapukan sahajam minyak bijan ke tumit yang merekah setiap malam sebelum tidur setelah anda mandi.

4. Membantu dalam rawatan kekurangan zat besi dan Zink

Jika anda menghadapi kekurangan zat besi terutama kaum wanita, adalah digalakkan anda mengamalkan minyak bijan kerana kandungan zat besinya.

Malah bagi mereka yang sekadar mengamalkan memakan sayur-sayuran dan kurang menikmati daging kerana berdiet, anda boleh menambahkan minyak bijan didalam masakan anda bagi mengurangkan risiko kekurangan zat besi dan zink didalam tubuh.

5. Supplement untuk pesakit buasir

Minyak bijan juga jika diminum diawal pagi insyaalah akan membantu mereka yang mengalami berak berdarah, sembelit atau buasir.

6. Mengurangi masalah anemia

Bagi mereka yang menghadapi anemia. Kandungan minyak bijan yang kaya zat besi amat membantu. Rajin amalkan masakan yang ditambah minyak bijan seperti didalam nasi goreng, sayur dan menikmatinya sebagai sos dim sum.

7. Membantu dalam membesarkan payudara

Seperti minyak zaitun dan minyak habbatus sauda, minyak bijan turut membantu membesarkan payudara dengan menyapu minyak bijan sekeliling payudara dan keatas setiap malam sebelum tidur.

Malah ia juga membantu mengelakkan puting payudara mengering atau kehitaman.

8. Merawat penyakit gusi

Selain melakukan oil pulling setiap pagi untuk rawatan gusi berdarah dan lebih kuat.

Dikatakan dengan menyapu 2-3 titis minyak bijan keatas gusi secara perlahan setiap malam turut membantu gusi menjadi kuat.

Ia memerlukan jangka masa sekurang-kurangnya 3 bulan untuk rawatan ini.

Pastikan anda mengosok gigi dan membersihkan gigi dahulu sebelum menyapu minyak bijan ke gusi anda secara perlahan-lahan.

9. Sebagai rawatan kulit kepala dan rambut.

Minyak bijan terkenal untuk rawatan rambut terutama dikalangan kaum india. Ia disapu dikulit kepala untuk menyejukkan kepala.

Jika disapu dirambut ia membantu menghitamkan rambut, mengurangkan uban, kelemumur, masalah kulit kering dan menguatkan rambut.

10. Membantu mencegah diabetes

Kajian dari American Journal Of Clinical Nutrition menunjukkan kandungan magnesium dan zat vitamin serta galian lain membantu merawat kencing manis pada pesakit diabetis jenis 2.

11. Membantu dalam tekanan darah

Kandungan mangnesium dalam minyak bijan juga membantu mengurangkan tekanan atau hipertensi.

12. Mengurangkan risiko sakit jantung

Kandungan sesamol , antioksidan dan anti radang didalam minyak bijan atau biji bijan turut membantu dalam mengurangkan risiko penyakit jantung.

13. Perlindungan radiasi dan cahaya matahari

Segala kandungan nutrien dan manfaat dalam biji bijan turut membantu mengurangkan radiasi didalam tubuh dan juga radiasi yang dibawa oleh cahaya matahari. 

Beberapa kajian yang dilakukan terhadap tikus terhadap radiasi yang meminum minyak bijan (sesamol) dapat bertahan berbanding tikus yang tidak mengambil sesamol.

14. Untuk kesihatan tulang

Kandungan zink, kalsium dan magnesium didalam minyak bijan membantu dalam memperkuatkan tulang kerana ketiga-tiga bahan ini adalah antara bahan yang diperlukan untuk membentuk tulang yang kuat dan sihat.

15. Fungsi sebagai ANTIVIRAL dan Antibakteria

Dalam perubatan ayurveda minyak bijan dipercayai mempunyai ciri-ciri anti viral dan anti bakteria yang kuat. 

Masyarakat cina dan purba pula percaya bahawa minyak bijan ialah sumber anti radang , mencegah pelbagai jangkitan dan mencegah kanser.

Mereka percaya bahawa minyak bijan boleh mengurangkan tekanan, menghapuskan kolesterol dan membuang toksid didalam badan. Malah ia digunakan untuk sindrom usus dan GERD juga sakit arthristis.

Malah pengamal perubatan holistik turut menggunakan minyak bijan dalam beberapa perawatan.

Perlu ditekankan disini bahawa pihak FDA TIDAK MENGESYORKAN MINYAK BIJAN UNTUK TUJUAN PERUBATAN.

Ini sahaja perkongsian untuk artikel kali ini.


Terima kasih.








Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...