Isnin, 17 Oktober 2016

Kaitan KURAP dan EKZEMA / TSW


gambar hiasan di ambil di Emily Travellers Home Melaka

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Semenjak menulis mengenai pengalaman mengharungi EKZEMA atau TOPICAL STEROID WITHDRAWAL (TSW) dan hari ini alhamdulillah saya telah sembuh sepenuhnya dari Ekzema dan TSW ini insyaallah, saya tetap tidak putus-putus menerima pertanyaan mengenai ekzema dan TSW.


Untuk Artikel kali ini saya ingin berkongsi dengan anda sedikit pengalaman dan info yang saya dapat semasa mengharungi TSW / EKZEMA satu masa dahulu.

1. TSW ialah satu proses pengeluaran segala steroid dan toksid dari badan anda maka ekzema anda akan mempunyai pelbagai bentuk dan rupa yang pelbagai walau disatu anggota badan yang sama.

2. Ketika mengalami TSW adalah perkara biasa jika tubuh atau anggota anda di tumbuhi KURAP ia adalah disebabkan CANDIDA OVERGROWTH. Jika anda mengalami pertumbuhan candida yang tidak terkawal anda akan mengalami pelbagai koleksi ekzema dalam fasa-fasa TSW.

3. Jangan pelik dan risau kerana EKZEMA atau KURAP (akibat candida overgrowth) ini insyaalah tidak berjangkit. Saya tidak pernah membaca atau melihat apa-apa pengalaman dalam grup Ekzema atau kesihatan bahawa kurap atau ekzema ini berjangkit.

4. Jika anda mengalami lebih dari 3 jenis penyakit kulit ketika TSW, seperti ekzema yang berair, kurap, kayap (tidak kira kayap ular atau lain-lain) jangan risau sekurang-kurangnya peringkat pertama TSW anda teruk dan insyaallah aia akan sembuh dengan cepat dan badan anda juga akan lebih sihat selepas proses kesembuhan TSW.

5. Apakah parut-parut EKZEMA, KURAP , KAYAP itu akan hilang?... pengalaman telah mengajar saya sendiri, segala parut dilengan, kaki, tapak kaki malah segala urat hijau dan parut lama saya juga hilang selepas kesembuhan EKZEMA atau proses TSW ini. Tetapi ingin saya tegaskan disini, parut hilang dengan izin Allah dan kerana ketinggian antioksidan didalam tubuh.

Untuk info saya tidak menggunakan mandian atau sabun semenjak tahun 2012 lagi , kebetulan saya melalui TSW ialah pada tahun 2014, 2 tahun tanpa penggunaan sabun ditubuh dan seterusnya ketika ekzema dan sehingga kini.

Untuk info anda lagi, walaupun saya mandi tanpa sabun dan hanya menggunakan bahan semulajadi, tetapi saya membasuh baju saya menggunakan tangan dan bukan mesin basuh dan air basuh pakaian saya masih tetap sabun dan ia setiap hari terkena tangan dan kaki saya (ini fakta mengatakan bahawa walau anda gunakan sabun dahulu, insyaalah parut tetap tiada kerana ketinggian antioksidan dalam tubuh anda).

6. Apakah harus anda buat ketika fasa pertama yang teruk ini?

a. Hentikan kerisauan anda yang tidak kemana itu. KURAP akibat Candida Overgrowth atau dalam proses TSW tidak berjangkit. KAYAP yang dikatakan bakal bersambung dan menyebabkan anda mati juga insyaallah tidak menyebabkan kematian anda jika bersambung. Berhenti fikir perkara negatif yang tidak mendatangkan faedah itu.

b. Kulit anda tidak akan hodoh selamanya. Ia akan salin kulit baru walaupun umur anda 37 tahun apatah lagi jika anda muda daripada itu.

c. Jaga EMOSI anda. Berhenti terus dari mencari perhatian walau ketika sakit anda memerlukan perhatian kerana ia sebenarnya hanya membuat anda mengharap perkara bukan-bukan. Beri perhatian kepada perkara yang lebih penting iaitu diet anda. Fokus kepada DIET CANDIDA atau CANDIDA DIET ketika fasa ini. Insyaallah saya akan menulis mengenai diet candida dalam waktu terdekat ini.

d. Tidak perlu risau jika anda tidak mempunyai budget untuk membeli supplement yang mahal. Jaga dahulu diet anda. Masa ini adalah masa paling bagus untuk anda berpuasa dan belajar mengawal emosi serta berfikir positif. Ingatlah anda adalah orang terpilih yang akan berpeluang menjalani hidup lebih sihat selepas melalui proses TSW ini.


7. Apakah mandian yang perlu anda pakai ketika proses TSW fasa pertama ini?

Hentikan terus penggunaan sabun. Mandi menggunakan air yang dicampur satu penutup cuka epal yang diisi dalam satu jag air.

Sapu air bancuhan ini seluruh badan dan bilas.

Jika anda mampu, sapukan cuka epal (pure / asli tanpa campuran air) ke bahagian ekzema atau kurap atau kayap anda. Buat past test dulu. Bagi saya sakit atau pedih itu tiada apa-apa asalkan ia cepat sembuh dan baik.

Saya menggunakan cuka epal terus kepada kulit saya walau ia luka bergaru dan hasilnya alhamdulillah ia sembuh dengan cepat.

Amalkan menikmati cuka epal setiap hari ketika fasa pertama ini dan mula kurangkan pengambilan cuka epal untuk fasa ke 2 dan seterusnya.

Setelah sembuh cuka epal hanya dinikmati seminggu sekali atau 2 minggu sekali sahaja oleh saya dan sewajarnya oleh anda juga.

Mohon JANGAN STRESS. Kawal dan Jaga Emosi anda. Tiada siapa boleh melakukannya untuk anda kecuali anda sendiri.

Semoga artikel ini memberi semangat kepada anda yang masih baru melalui TSW ini.

 Terima kasih.





Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...