Selasa, 11 Oktober 2016

5 Pilihan Ubat Gigi Asli Paling Popular

antara pilihan minyak untuk oil pulling- minyak kelapa dara atau minyak bijan

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Zaman moden ini ramai masyarakat dunia mula menghadapi pelbagai penyakit gigi dan gusi. Malah dilaporkan masalah gusi dan kaviti juga semakin meningkat kerana faktor pemakanan dan penggunaaan bahan kimia didalam aktiviti kehidupan seharian.

Untuk artikel ini saya ingin berkongsi dengan anda antara  produk  atau petua alami @ asli UNTUK GIGI yang lebih sihat :-

1. OIL PULLING 

Oil Pulling telah lama diperkenalkan dalam ayurveda sebagai antara rawatan untuk gigi lebih sihat dan kuat serta rawatan kesihatan lain.

Malah rawatan oil pulling ini kembali popular semenjak 2 ke 3 tahun yang lalu. Malah didalam Buku RASULLAH ITU SEORANG DOKTOR turut memperbincangkan KHASIAT OIL PULLING INI.

Oil Pulling dikatakan membantu perkuatkan gigi dan gusi sekaligus memutihkan gigi. Terdapat banyak manfaat dan kebaikan Oil Pulling yang lain yang pernah saya kongsikan di blog ke 2 milik saya di link ini https://qk79.blogspot.my/2015/09/ingin-gigi-putih-sihat-cuba-tips-mudah.html.

Untuk melalukan Oil Pulling anda hanya perlu memilih mana-mana sahaja minyak yang sesuai dengan anda. Antara jenis minyak yang sering menjadi pilihan majoriti untuk membuat oil pulling ialah minyak bijan, minyak kelapa dara dan minyak zaitun.


Caranya :- sejurus anda bangun tidur tanpa menggosok gigi, ambil sesudu minyak ke dalam rongga mulut anda dan alirkan ke seluruh kawasan mulut (bukan berkumur) selama 5-15 minit. Kemudian buang kembali minyak yang telah bercampur segala toksin itu dan kumur dengan air bersih. Gosok gigi anda dengan berus gigi pilihan anda.

Untuk aturan lebih lengkap anda boleh rujuk link ini Cara Melakukan OIL PULLING.

** OIL PULLING tidak digalakkan dilakukan oleh mereka yang mempunyai amalgam (tampalan gigi hitam).


2.  ARANG

Arang telah lama dijadikan ubat gigi dan antara rawatan dan petua untuk memutihkan dan membersihkan gigi.

Cara paling mudah anda hanya perlu membeli serbuk arang atau arang aktif yang terdapat di farmasi terkemuka dan jadikan ia sebagai ubat gigi harian anda.

Arang bukan sahaja membantu membersihkan gigi malah ia amat terkenal untuk memutihkan gigi dan telah lama diamalkan oleh kaum india, Kini keistimewaan ARANG semakin diteroka kerana ia kini diiktiraf sebagai food grade dan mempunyai pelbagai manfaat lain kepada kesihatan.

Saya ada berkongsi khasiat arang ini di link ini KHASIAT DAN KELEBIHAN ARANG

3. BAKING SODA

Jika anda inginkan gigi yang putih dan bersih. Anda juga boleh menggunakan baking soda tanpa perlu mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi untuk memutihkan gigi anda.

Baking soda terbukti antara bahan yang paling pantas memutihkan gigi.

Caranya hanya buat pes sedikit baking soda yang dicampur sedikit air. Isi diatas berus gigi anda, dan berus gigi seperti biasa.

Sifat baking soda yang menghakis boleh menyebabkan gigi menipis jika ia digunakan terlalu kerap. Tetapi jika gigi anda terlalu kuning dan anda ingin menanggalkan plak-plak gigi digigi anda, anda boleh mencuba cara ini sekali sekala.

Untuk maklumat lanjut kegunaan baking soda sebagai bahan pengganti ubat gigi anda boleh membaca artikel mengenainya di blog ke 2 saya di link ini Baking Soda sebagai UBAT GIGI

4. DAUN SEMAMBU 

Daun semambu juga dikatakan antara bahan yang amat bagus untuk gigi. Ia dikatakan mempunyai bahan anti bakteria yang boleh membunuh bakteria di dalam gigi dan mencegah kaviti serta plak gigi.

Anda hanya perlu tumbuk daun semambu selumat-lumatnya dan ambil jus daun semambu yang pekat dan buat ia seperti ubat gigi anda dengan menggosoknya ke gigi anda dengan lembut. Biarkan beberapa minit dan bilas dengan air suam.

Dikatakan juga batang kayu semambu yang halus dan lembut juga boleh digunakan sebagai berus gigi dengan menjadikannya seumpama kayu sugi atau kayu siwak.

5. KAYU SUGI

Tidak perlu diperkenalkan lagi. Kayu sugi adalah antara SUNNAH Rasullah SAW yang paling digalakkan dalam pelbagai pilihan alternatif untuk ubat gigi dan berus gigi anda.

Kayu sugi kini makin mudah didapati dan dijual di kedai yang menjual barangan Arab dan Timur Tengah. Harga kayu sugi dari serendah RM1 di Mydin dan anda boleh memilih kayu sugi dari pohon-pohon terbaik sebagai berus gigi anda.  Kayu sugi dari pohon zaitun baru-baru ini dibeli oleh saya dengan hanya  RM3 sahaja di Melaka Sentral.

Untuk kebaikan dan cara penggunaan KAYU SUGI saya pernah menulis mengenainya di link iniKEBAIKAN KAYU SUGI.

Ini adalah antara 5 pilihan ubat gigi asli paling popular setakat ini. Kini kunyit dan garam pink himalayan juga turut digunakan sebagai pengganti ubat gigi asli yang lebih selamat.

Jika anda mempunyai gigi yang sensitif dan masih tercari-cari alternatif untuk ubat gigi yang lebih selamat anda boleh mencuba 5 pilihan ubat gigi asli ini.

Terima kasih.







Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...