Jumaat, 7 Oktober 2016

Khasiat & Kebaikan ARANG

arang yang dibeli di kedai Organik Kuantan
Assalammualaikum wbt & salam sejahtera.

Pernahkah anda mendengar atau menggunakan arang?

Jika anda lahir pada tahun 70an & awal 80an biasanya anda masih berkesempatan melihat ibu @ nenek anda menggunakan arang untuk memasak air, membakar ikan dan sebagainya di dapur arang.

Tahukah anda kini penggunaan arang kembali popular.

Malah kini terdapat jenis arang yang dikategorikan 'Food Grade'.

Di Amerika & Eropah penggunaan arang kini diketengahkan kembali sebagai supplement tambahan dan dikenali sebagai 'active charcoal'.

Berikut adalah antara KHASIAT & KEBAIKAN ARANG:-

1. Digunakan dalam bidang Kecantikan & Kosmetik

Arang jika disapu ke wajah secara lembut ia dapat melembutkan wajah sekaligus membersihkan muka. 

Arang juga dikatakan dapat mengobati jerawat, bintik-bintik hitam dan kedutan diwajah. 

Malah arang dikatakan dapat mengurangi kadar minyak di wajah dan menjaga kelembapan asli kulit.

Arang juga turut membantu mengurangi racun yang terdapat di kulit sekaligus membantu kulit terhindar dari radikal bebas. 

Selain itu Arang juga dikatakan dapat membantu menghilangkan bau badan, juga turut membantu dalam proses
Mencuci dan memutihkan gigi juga turut digunakan untuk membersihkan kulit kepala.

2. Sebagai penjernih Air (water purifier)

Arang turut digunakan sebagai antara bahan dalam water purifier @ penjernih air kerana keistimewaan arang itu sendiri.

Arang kayu berkualiti dikatakan dapat menjernihkan air , malah membantu menambah mineral dalam air itu sendiri kerana keunikan arang itu sendiri.

3. Turut digunakan sebagai penghilang bau (penyedut bau)

Keistimewaan arang juga ia amat sesuai diletak diruang yang mempunyai udara yang tidak enak kerana keupayaan arang untuk menyedut udara & bau tidak enak.

Arang juga sesuai diletak diruang lembab bagi mengelakkan bau yang tidak enak.

Ada sesetengah produk dari arang turut digunakan sebagai penyedut udara tidak segar didalam kereta dan bukan dirumah atau pejabat sahaja.

4. Sebagai bahan bakar

Semenjak dari dahulu arang digunakan sebagai bahan bakar oleh nenek moyang kita.

Penggunaan arang sebagai bahan bakar tidak merosakkan ekosistem 

5. Membantu untuk Awet Muda

Kajian dan penelitian Richard C. Kaufman,Ph.D dari National Health Federation , Minessota ,AS mengatakan Arang terbukti memiliki sifat anti penuaan.

Arang dikatakan dapat menjaga sensitifitas tubuh dari bahan kimia dan racun yang boleh merosakkan sel tubuh .

Arang juga membantu dalam mengseimbangkan kadar metabolisma lemak dan menurunkan kerja sintesin protein yang mempercepatkan penuaan.


Untuk rawatan awet muda , adalah disyorkan untuk mengkonsumsi arang aktif (active charcoal) sebanyak  30gram dengan meminumnya ketika saat perut kosong dua minggu sekali..


6. Mengurangkan kadar kolesterol dengan cepat

Kajian oleh Journal British Nutrition  Arang turut membantu mengurangkan kadar kolesterol jahat.

Dalam kajian, sejumlah pesakit sejumlah diberikan 8 gram arang sehari mampu menurunkan kadar kolesterol hingga 25% dari kandungan kolesterol ,41% kolesterol jahat LDL .serta melipat gandakan kadar HDL/LDL kolesterol.


Arang turut membantu mengurangkan risiko jantung tersumbat dan melancarkan peredaran darah. 


Terdapat perkongian pengalaman pesakit yang mengatakan  kadar kolesterol mereka turun dengan cepat semenjak mereka mengamalkan meminum arang aktif (active charcoal) selama 10 hari secara berterusan.

7. Arang juga turut digunakan sebagai untuk ubat sakit perut dan cirit birit serta digunakan untuk menyembuhkan penyakit berkaitan pencernaan dan radang pencernaan.

Dikatakan penggunaan arang untuk kesihatan ini telah diamalkan oleh penduduk Mesir semenjak 1500 tahun dahulu dengan menikmati air yang ditambah sedikit arang untuk kecantikan, kesihatan dan rahsia awet muda.

Harus ditegaskan disini bahawa arang yang dimaksudkan disini bukan arang jenis murah atau arang biasa yang digunakan untuk membuat barbekue.

Arang yang dimaksudkan disini ialah arang berkualiti yang dibuat dari tempurung kelapa atau dari bahan kayu berkualiti tanpa bahan kimia berbahaya.

Untuk keselamatan anda, anda boleh terus mendapatkan arang aktif (active charcoal) yang kini mula dijual di iherbs.com  atau anda juga boleh mendapatkan arang seperti diatas yang dibeli di kedai organik oleh saya.

Active charcoal kini diiktiraf oleh badan kesihatan & farmasi dunia sebagai food grade & supplement.

Amat rugi jika anda tidak mendapatkan manfaat arang ini.

Arang turut digunakan sebagai antara bahan dalam masakan, Antaranya didalam roti sourdough kegemaran saya iaitu roti charcoal atau roti arang yang amat sedap dinikmati walau dimakan begitu sahaja.

Saya membeli roti arang sourdough organik ini dikedai organik berdekatan.

Anda mungkin boleh bereksperimen untuk meletakkan arang dalam menu masakan anda dari sekarang.

Sekian sahaja perkongsian untuk kali ini. 

Selamat mencuba menggunakan arang dalam hidup anda.

Terima kasih.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...