Sabtu, 16 Mac 2013

Trend : Lelaki Muda BERCINTA dengan WANITA BERUSIA ...



Darling!!! I baru sajork habis tengok cerita “Anak Ikan ”  di Astro Prima ye uols.. lakonan Rozita Che  Wan yang meletop itew  dan Zain Saidin yang kacak sebagai hero dan heroin ye… selain itew Nora Danish yang cute dan Shah Iskandar yang macho tuhz pun turut berlakon sekali..hehehehehe. Kisah dia sah-sah pasal wanita berusia dengan lelaki muda la kanz… dah nama pun anak ikan… huhu.. so I decide kali ini I nak tulis entry “ Wanita Berusia bercinta dengan Lelaki Muda ”.. yelah.. sekarang kanz tengah “ HOT “ , dengan kisah cinta reality Rozita Che Wan dan Zain Saidin.. malah .. my frenz pun ramai yang jatuh cinta dengan lelaki lebih muda dan wanita lebih tua… bukan artis je ye uols.. lagi pun zaman sekarang orang dah tak pelik ye.. cinta zaman sekarang nihz… kalau dulu ye la orang sibuk mengutuk “guna ilmu” bagai jika orang tua bercinta dengan orang muda.. zaman moden nihz. …guna ilmu jugak… tapi ilmu “ pasang body ” ye uols…wakakakak.. opppsssss!! Pun pasang duit pun ada ye…… tapi tak jugak.. Prince Charles tuhz I tak nampak la plak kat mana Camilla tuhz “pasang body” nya.. dan pasang duitnya….. tapi cinta Prince Charles pada Camilla cukup utuh.. sampai cinta Princess Diana yang jauh lebih muda , cantik dan disayangi ramai tidak dihargainya hatta dah ada anak 2 lelaki yang comel dan membesar menjadi kacak dan gagah lagi… huhu. .tapi Camilla yang tua dan tidak mampu memberi zuriat itew juga yang di cintainya… so, siapalah kita untuk menyangkal tentang ketulusan hati sebuah cinta jika memang dah namanya lelaki muda mencintai wanita berusia.. tak perlu memandang jauh nun ke Britain… baca saja kisah perkahwinan dan percintaan indah isteri kesayangan Rasullah SAW , Siti Khadijah dengan Rasul Allah itew… betapa cintanya Rasullah SAW kepada Khadijah even after kematian wanita terulung itu.. sampai Aisyah yang mulia dan jauh lebih muda itu turut mencemburui Khadijah yang hebat itew.. so.. memang tak dapat disangkal lagi.. memang wujud cinta tak kenal usia…

Memang tidak dinafikan, ada sajork lelaki muda yang bercinta dan berkahwin dengan wanita tua kerana duit… pun ada juga yang berkahwin dengan wanita tua kerana kecantikkannya.. selain itu factor matang, bertanggungjawab, memiliki sifat keibuan, penyayang, lemah lembut, tidak mudah sensitive, penyabar, romantic dan setia dengan pasangan , memahami reality kehidupan, bijak menyelesaikan masalah, berdikari, mempunyai kewangan yang kukuh, tidak mudah melatah , tidak mengada-ngada dan kadang-kadang jauh lebih bijak berdandan dan membawa diri dari wanita yang jauh lebih muda…antara factor kenapa lelaki muda jatuh cinta kepada wanita yang lebih berusia..

Dari pembacaan I dalam majalah dan surat khabar.. ramai saja lelaki yang jatuh cinta pandang pertama dengan wanita yang berusia dan ada juga yang asalnya tidak suka tetapi bila dah dimanjai dengan kemewahan so, hati pun terpikat.. yelah layanan klass A, mau tak terpikat? Hehhehehheheh.. lagipun ramai lelaki muda berpendapat wanita lebih berusia tidak mementingkan diri… camna tuhzz?? Wakakakak….

Tetapi bagi mereka yang kadang-kadang bercinta dengan ikhlas dengan wanita yang lebih berusia, selalunya mendapat tentangan keluarga dan rakan-rakan , so bagi uols yang menghadapi problem ini, ambil masa dan try untuk pujuk dan ambil hati orang terdekat untuk belajar menerima “ cinta hati “  uols itew.. kena plak if yang uols pilih itew janda , ada anak pulak.. so pepandai lah pujuk hati family segala bagai… banyak ye cara-cara pujuk family untuk menerima pilihan hati di ajarkan sekarang ye… please practice…
Bagi uols yang jatuh cinta atau memilih wanita yang berusia.. nasihat i.. uols please peka isu-isu semasa coz wanita berusia nihz biasanya memang peka bab-bab macam ini ye… seperkara lagi please tingkatkan prestasi kerja @ kerjaya anda kerana sesetengah wanita berusia kadang-kadang lagi cerewet tentang masa depan pasangannya… yelah alang-alang dah lama membujang … baik terus membujang jika buatnya mereka rasa hanya akan menyusahkan dikemudian hari kena tanggung laki.. (ada ye.. wanita berusia yang berfikir macam ini.. jangan tak taw yea ).. Please serius dalam perhubungan @ ada komitment untuk “settled down”  , coz if uols main-main, memang ada can wanita berusia itew angkat kaki, coz ada saja wanita berusia tak kisah terus single janji tak buang masa ye.. heheheh.. Lelaki yang bercinta dengan wanita berusia juga haruslah kuat dalam mengawal perasaan coz sure semua tahu orang yang lebih matang nihz terer mengawal dan menyembunyikan perasaannya.. if uols tunjuk kelemahan kawalan perasaan uols.. macam mana wanita berusia itew nak luah feel kat uols as her husband… tak nak ye.. laki yang lemah-lemah feel nihz.. please ok.. please.. dan seperkara lagi.. wanita berusia pasti mementingkan penampilan lelaki yang bakal menjadi suaminya.. if uols tindik sana sini.. berpakaian yang tidak menambah keyakinan… lansung tak matang.. kirim salam ye..selamatlah wanita berusia idaman uols di kebas lelaki lain atau angkat kaki ..so please change & beware terutama bagi uols-uols yang sedang hangat bercinta sekarang ye.. dengan wanita berusia ini…

coz i taw.. ramai letak pic RCW dengan Zain Saidin. .i sajork nak lain pada yang lain.. letak pic RCW dengan Dafi ye.. bolehhhzzz? hahahahaha


Ada juga I baca komen-komen lelaki muda lain yang mintak di jauhkan jatuh cinta dan berkahwin dengan wanita berusia.. diaorang siap komen, sampai mati pun tetap nak wanita yang muda , tak pun paling koman pun sebaya… I malas nak ngutuk coz dulu-dulu time sekolah menengah pun I fikir macam itew.. tapi bila masuk ipt dan berkerja.. seiring waktu personality dan perwatakkan dan layanan orang itew yang akhirnya menyebabkan jatuh cinta.. I tak menolak langsung bercinta dengan lelaki yang jauh lebih muda, juga tak menolak bercinta dengan lelaki lebih tua.. janji diaorang membahagiakan…

Oklah darlingz.. oleh kerana response yang bagus dari entry “ Single & Availble : Mesti Baca Nih ” .. .. ini link dia ye…. http://little-queen-qkhadeeja.blogspot.com/2013/03/single-available-mesti-baca-nihzzzz.html So I menjemput Mr. Y untuk memberi komen tentang isu ini. .heheheh.. so as lelaki punya pandangan ye… so uols leh baca email yang dibalas oleh Mr. Y kepada I kat bwh nihz ok.. huhu…

Wanita Berusia ? Ada Aku Kisah ?

Apa persamaan mereka yang anda dapat teka, Ashton Kutcher & Demi Moore, Eva Longoria & Mark Sanchez, Nick Cannon & Mariah Carey. Tak dapat tangkap lagi? Kalau saya sebut Rozita Che Wan & Zain Saidin, pasti ramai sudah dapat mengagak. Yup, mereka adalah wanita berusia yang mempunyai hubungan atau yang telah berkahwin dengan lelaki muda.
Dulu-dulu, ramai yang kurang senang bila mana wanita tua suka pada lelaki muda atau sebaliknya. Mungkin faktor umur penyebab utama 'orang dengki' dengan cinta sebegini. Ada pula yang memberi andaian, gatal 'mengenyam' atau 'desperate' adalah salah satu faktor kepada percintaan wanita berusia dengan lelaki muda. Kadang-kadang, istilah 'cougar' buat wanita berusia sebegini boleh menjatuhkan air muka. Kita kena prihatin dan beringat, mereka juga mempunyai martabat yang perlu dihormati. Bagi aku, umur bukan ukuran malah umur menjadi penanda aras kematangan seseorang dalam kehidupan. Apa salah jika aku minat wanita yang berumur? Bab kata Aris Ariwatan, cinta tak kenal siapa...Jangan kerana jurang umur, kita mempunyai sisi negatif terhadap cinta sebegini.
Aku mempunyai kenalan yang bercinta dengan wanita berusia. Atas faktor matang dan 'independent', mereka telah menjadi pasangan suami isteri. Bila diusik tentang usia oleh saudaranya, dia 'just' senyum dan memberi kata-kata tang sukar untuk disangkal, 'Saya ikut sunnah, Nabi pun berkahwin dengan wanita berusia'. Terkedu dengan 'unexpected respond', ramai yang mengiyakan dan mengucapkan tahniah kepadanya. Aku? Dalam hati terdetik, really good answer. Tapi siapalah aku untuk menidakkan takdir?
Sesetengah orang suka melabel yang lelaki muda tu 'pengikis' dik harta wanita berusia tersebut. Ada pula yang menggunakan terma 'toy boy' bagi golongan lelaki sebegini. Kalau dah dengki dan iri hati, pelbagai cerita kurang manis dan gelaran kuran sopan kerap digunakan. Nak buat macamana, mulut tempatan boleh di tutup, mulut orang...Pernah dulu aku mendengar, ibubapa pihak lelaki 'kureng' bilamana anak terunanya jatuh cinta dengan wanita berusia. Alasan 'Queen Control' adalah yang alasan yang paling popular di gunakan untuk peringatan sebelum membuat keputusan. Dunia..dunia..
Walau apapun telahan, kita perlulah berfikiran terbuka tentang perhubungan sebegini. Mungkin mereka yang melalui percintaan 'jurang usia' ini lebih arif dan layak berkata-kata. Apapun, aku rasa masing-masing ada hak untuk bercinta tak kira usia. Betul tak? macam lirik lagu kumpulan Beatles, 'To Know Her Is To Love Her'....

Mr. Y

Oklah darlingz!!! Ini sajork ye untuk entry kali ini.. see uols next entry.. tqvm coz sudi membaca dan menjenguk my blog.. luvvvv!!!

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...