Isnin, 18 Mac 2013

Anak Tiada SELERA MAKAN ?




I think ramai parent yang menghadapi problem anak susah nak makan, especially kalau yang dihidang itu adalah makanan yang berkhasiat… tentu ramai parent yang di hujani kebimbangan dengan masalah selera makan anak-anak kerana bimbang penurunan berat badan dan kesihatan anak-anak.. yelah uols.. sedangkan I yang tak ada anak, setakat ada anak bulus meow manja pun… jika tak makan atau tiada selera makan atau semakin kurus pun I risau dan bimbang , siap sedih dan hilang mood.. apalagi uols yang ada anak kandung sendiri.. oklah uols.. so kali ini I akan beritahu antara sebab anak hilang selera makan yang I baca dalam majalah Keluarga September 2012… ok berikut antara sebab anak hilang selera makan, so please take note supaya ia tidak terjadi kepada anak-anak kesayangang uols….

1. Anak-anak uols terlalu banyak bermain aktiviti lasak terutamanya, kerana kepenatan bermain mereka akhirnya hilang selera makan walau juadah yang disediakan cukup menyelerakan. So uols cuba pantau dan kurangkan aktiviti bermain anak-anak uols…

2. Anak-anak uols maybe tiada kawan menemani untuk makan, atau uols pun busy bekerja dan tinggalkan dengannya orang gaji, so kerana keseorangan mereka tiada selera makan, ialah budak-budak lebih suka jika ada orang melayan karenah mereka di meja makan. So sila luangkan masa uols menemani anak makan ye…

3. Mungkin juga kerana factor kesihatan menyebabkan anak-anak uols tiada selera makan, so uols boleh sediakan makanan kegemaran anak-anak uols macam bubur atau sesuatu yang manis dan berwarna warni. Sila gunakan psikologi dengan memberitahu jika tidak makan, tidak boleh pergi bermain di tempat kegemaran atau tidak mahu membelikan hadiah.

4. If tiap hari uols hidangkan hidangan yang sama sajork tiap hari.. memang sukar memancing selera anak-anak ye…ada anak-anak yang suka ikan dan ada yang suka ayam. Ada yang suka sayur dan ada anak yang tidak suka sayur,so uols kenalah kreatif, sediakan pelbagai hidangan tapi dalam kuantiti yang sikit..

5. Please hadkan pengambilan snek ringan yang tidak elok untuk kesihatan ,seperti keropok atau gula-gula kepada anak-anak uols..Rasanya yang sedap mampu menambat selera anak-anak dari hidangan berkhasiat seperti nasi. Sila gantikan snek ringan ini dengan makanan yang lebih berkhasiat seperti roti, biskut, madu atau coklat. Boleh juga mengantikan manisan kurma yang dibaluti coklat.

6. And lastly please make sure yang uols tidak memarahi anak-anak uols ketika mereka makan. Ini akan menyebabkan anak-anak uols terus hilang selera makan.. silap haribulan anak-anak akan hilang selera makan   sehingga beberapa hari jika uols tak pandai memujuk ye... so sebolehnya .. please dont do this...

So itu adalah antara sebab kenapa anak-anak uols tiada selera makan, please take note. Sebagai parent uols kena peka dengan situasi ini dan berusaha mencari jalan penyelesaian jika hal ini terjadi kepada anak-anak uols.. ok see uols next entry.. luvvv!!

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...