Salam Pagi Jumaat yang berkat darling... so pagi ini hati yg suci sesangat nihz.. telah mendapat restu Tahrun , my fren yang now still kat Arab tuhz... untuk mengebas resepi yang teramat mudah dan gambar puding roti yang dibuat olehnya.. boleeeehhhh???? hahaha.. yelah.. coz before this dalam my entry "Anak Tiada Selera Makan?" nihz link dia ye... http://little-queen-qkhadeeja.blogspot.com/2013/03/anak-tiada-selera-makan.html , antara sebab yang diberikan untuk membuatkan anak "bernafsu" nak makan.. ialah kena hias makanan cantik-cantik dan berwarna warni.. selain anak-anak sukakan makanan manis tapi sebolehnya elak gula-gula dan makanan yang tidak berkhasiat... so.. Tahrun yang baik hati pun turut membuat masakan ini untuk anak-anaknya tertarik dan suka makan.. biasalah ibu penyayang katakan.. sentiasa mahu anak-anaknya happy dah berselera.. heheheh.. ok lah darling leh tengok resepi dan gambar di bawah ini ye.. luvvv!!
Puding Roti Pelangi... cantik kannnnz??? decoration itew penting.. heheheh |
PUDING ROTI PELANGI
15gm agar-agar serbuk
600 ml air
2biji telur
1 tin susu cair
6 sudu makan susu pekat manis
6 keping roti
6 sudu gula
2 sudu besar sunquick
2 sudu teh paste lemon
1 sudu teh esen vanila
Pewarna hijau, merah, purple, biru
Masak agar-agar dgn air dan gula hingga agar-agar dan gula larut
Dgn menggunakan blender, kisar roti bersama telur, susu cair dan susu pekat manis hingga sebati.
Tuang bahan yg dikisar tadi ke dalam periuk agar-agar tadi dan terus memasak dengan api yang perlahan sambil dikacau hingga didih.
Masukkan sunquick dan esen vanila. Biarkan masak seketika.
Tutup api dan masukkan paste lemon
kacau rata
Ambil sedikit 1/4 daripada adunan dan bahagikan kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna pada setiap bahagian yang telah diasingkan
Baki adunan yang tidak diwarnakan tadi, di tuang ke dalam loyang yang telah dibasahkan dahulu dengan air.
Ketepikan
Kemudian ambil adunan yang telah diwarnakan tadi dan titiskan atas puding dalam loyang tadi secara berselang seli antara satu warna dengan warna yang lain
Buat hingga habis
Kemudian sejukkan.
Okey! Siap dan sedia di makan.. so see uols next entry. .thanks untuk Tahrun atas resepi yan serius, amat mudah ini.. so uols semua sila pergi pasaraya ASAP untuk beli bahan-bahan buat puding nihz.. Insyaallah bukan saja anak-anak yang suka silap haribulan papa dan mamanya sekali suka.. heheheh. .. luvvvvv!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan