Saya tertarik dengan penulisan
dalam kolum diari doctor , Mingguan Wanita , 08-14 Feb 2013 tulisan Dr Rushmini Maris binti Ismail
bertajuk Estrogen Punca Lelaki Gemuk…
Saya hanya ringkaskan saja
rencana ini dan mengambil kata-kata beliau yang menarik minat saya. Beliau
bercerita bagaimana beliau berjumpa dengan kawan lelakinya (di zaman muda seorang yang kacak dan diminati ramai) yang sangat beremosi
dan tertekan kerana kenaikan berat badan walaupun pelbagai amalan diet dan
senaman telah dilakukan tetapi tidak berkesan. Apabila lemak berkumpul di sana
sini dan perut menjadi buncit, maka pasti mengundang rasa kecewa kepada lelaki
:-
1. Banyak
kajian telah membuktikan bahawa prinsip mengurang berat badan dan mengawal
daripada berlakunya pertambahan berat badan bukannya hanya dengan berdiet semata-mata. Ia perlu mengikut kaedah
saintifik dan bukanlah secara paksaan sehingga mendera tubuh badan.
2. Anda
perlu menyayangi diri dan mendengar bisikan naluri anda. Jika anda memberi
tubuh anda apa yang ia perlukan , ia akan selesa dan anda berasa gembira melalui
hari-hari berdiet dengan penuh semangat dan dedikasi. Sebaliknya jika anda cuba memaksanya menjadi kurus , anda akan
dibelenggu perasaan kecewa dan keletihan semata-mata.
3. Untuk
membakar lemak, tubuh memerlukan bahan api iaitu hormon memecah lemak yang
cukup. Tubuh juga perlu mengurangkan penyimpanan lemak. Hormon yang bertanggungjawab bagi penyimpanan lemak adalah hormone estrogen.
4.
Apabila usia meningkat maka paras hormon
turut merosot. Hormon yang penting bagi lelaki ialah testosterone , DHEA dan
juga hormone GH (Growth Hormone). Selain itu hormone tiroid (T3 dan T4) juga
penting kerana ia membolehkan aktiviti metabolisme menjadi lancer. Tanpanya seseorang akan menjadi gemuk dan
sukar kurus meskipun mengamalkan diet yang ketat.
5. Estrogen
merupakan hormone yang banyak dihasilkan oleh lemak. Tidak kira lelaki atau
wanita semuanya mempunyai hormone estrogen di dalam tubuh bagi aktiviti tubuh. Sedikit hormone estrogen adalah penting,
tetapi apabila sel lemak meningkat ia turut menghasilkan hormon yang tidak
berkualiti (bad estrogen).
6. Hormon
jenis ini hanya akan bersifat mengumpul lemak sahaja. Ini bermakna lemak yang
sedia ada akan memanggil lemak-lemak baru dan akhirnya kuantiti lemak menjadi
banyak. Justeru hormone estrogen terdapat dengan banyak dalam tubuh. Kekurangan hormone lain membuatkan estrogen
semakin banyak sehingga kita menjadi sukar untuk kurus semula.
7. Pengambilan
anti-estrogen adalah penting bagi memastikan lemak dapat dilepaskan. Setelah anti
estrogen diberi barulah seorang lelaki dapat memecahkan lemak dengan efektif. Setiap
senaman yang dilakukan akan berkesan dan perut mula menjadi kempis.
8. Lelaki juga akan merasakan tenaganya
meningkat , stamina bagi aktiviti berat menjadi lebih baik. Begitu juga
dengan keperluan seks mereka akan lebih terpenuh disebabkan kestabilan dalam
emosi dan tenaga seksual yang bertambah.
9.
Sebenarnya makanan berasaskan tumbuhan juga
mengandungi hormone estrogen yang banyak dan boleh menambahkan saiz perut
seseorang. Adalah tidak benar jika
seseorang mahu cepat kurus maka dia harus memakan sayuran sahaja.
10. Diet
yang berasaskan sayuran sahaja belum menjamin seseorang itu boleh cepat kurus. Seorang
teman yang mengamalkan diet sayuran mengeluh tidak dapat mengecilkan saiz
pinggang setelah sebulan berdiet memakan sayuran. Estrogen yang tinggi dalam sayur-sayuran itu membuatkan saiz badannya
tetap gempal. Setelah diberikan anti estrogen dan dikenal pasti hormone tambahan
yang diperlukan barulah dia dapat merubah bentuk badannya seperti yang
diinginkan.
Tidak dinafikan senaman dan gaya
hidup sihat perlu diamalkan kerana ia mampu menstimulasikan kelenjar hormone kita
agar bekerja secara optimum. Apabila paras hormone tinggi maka darah kita
menjadi muda semula. Dengan cara ini kesihatan dapat diperoleh dengan
menyeluruh dan anda pasti akan tampan dan kacak semula.
***Di ringkaskan daripada Tulisan
Dr Rushmini Maris bt Ismail, Marissa
Esthetik Semenyih,
Bagi yang berminat menyertai
Bengkel Cantik Sihat Dr Rushmini sila hubungi 013-2448484 atau 03-87234808.
Pendaftaran percuma.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan