Jumaat, 8 Mac 2013

Khas untuk LELAKI : Estrogen punca lelaki Gemuk


Saya tertarik dengan penulisan dalam kolum diari doctor , Mingguan Wanita , 08-14 Feb 2013  tulisan Dr Rushmini Maris binti Ismail bertajuk Estrogen Punca Lelaki Gemuk…
Saya hanya ringkaskan saja rencana ini dan mengambil kata-kata beliau yang menarik minat saya. Beliau bercerita bagaimana beliau berjumpa dengan kawan lelakinya (di zaman muda seorang yang kacak dan diminati ramai) yang sangat beremosi dan tertekan kerana kenaikan berat badan walaupun pelbagai amalan diet dan senaman telah dilakukan tetapi tidak berkesan. Apabila lemak berkumpul di sana sini dan perut menjadi buncit, maka pasti mengundang rasa kecewa kepada lelaki :-

1.       Banyak kajian telah membuktikan bahawa prinsip mengurang berat badan dan mengawal daripada berlakunya pertambahan berat badan bukannya hanya dengan berdiet semata-mata. Ia perlu mengikut kaedah saintifik dan bukanlah secara paksaan sehingga mendera tubuh badan.

2.       Anda perlu menyayangi diri dan mendengar bisikan naluri anda. Jika anda memberi tubuh anda apa yang ia perlukan , ia akan selesa dan anda berasa gembira melalui hari-hari berdiet dengan penuh semangat dan dedikasi. Sebaliknya jika anda cuba memaksanya menjadi kurus , anda akan dibelenggu perasaan kecewa dan keletihan semata-mata.

3.       Untuk membakar lemak, tubuh memerlukan bahan api iaitu hormon memecah lemak yang cukup. Tubuh juga perlu mengurangkan penyimpanan lemak. Hormon yang bertanggungjawab bagi penyimpanan lemak adalah hormone estrogen.

4.       Apabila usia meningkat maka paras hormon turut merosot. Hormon yang penting bagi lelaki ialah testosterone , DHEA dan juga hormone GH (Growth Hormone). Selain itu hormone tiroid (T3 dan T4) juga penting kerana ia membolehkan aktiviti metabolisme menjadi lancer. Tanpanya seseorang akan menjadi gemuk dan sukar kurus meskipun mengamalkan diet yang ketat.

5.       Estrogen merupakan hormone yang banyak dihasilkan oleh lemak. Tidak kira lelaki atau wanita semuanya mempunyai hormone estrogen di dalam tubuh bagi aktiviti tubuh. Sedikit hormone estrogen adalah penting, tetapi apabila sel lemak meningkat ia turut menghasilkan hormon yang tidak berkualiti (bad estrogen).

6.       Hormon jenis ini hanya akan bersifat mengumpul lemak sahaja. Ini bermakna lemak yang sedia ada akan memanggil lemak-lemak baru dan akhirnya kuantiti lemak menjadi banyak. Justeru hormone estrogen terdapat dengan banyak dalam tubuh. Kekurangan hormone lain membuatkan estrogen semakin banyak sehingga kita menjadi sukar untuk kurus semula.

7.       Pengambilan anti-estrogen adalah penting bagi memastikan lemak dapat dilepaskan. Setelah anti estrogen diberi barulah seorang lelaki dapat memecahkan lemak dengan efektif. Setiap senaman yang dilakukan akan berkesan dan perut mula menjadi kempis.

8.       Lelaki juga akan merasakan tenaganya meningkat , stamina bagi aktiviti berat menjadi lebih baik. Begitu juga dengan keperluan seks mereka akan lebih terpenuh disebabkan kestabilan dalam emosi dan tenaga seksual yang bertambah.

9.       Sebenarnya makanan berasaskan tumbuhan juga mengandungi hormone estrogen yang banyak dan boleh menambahkan saiz perut seseorang. Adalah tidak benar jika seseorang mahu cepat kurus maka dia harus memakan sayuran sahaja.

10.   Diet yang berasaskan sayuran sahaja belum menjamin seseorang itu boleh cepat kurus. Seorang teman yang mengamalkan diet sayuran mengeluh tidak dapat mengecilkan saiz pinggang setelah sebulan berdiet memakan sayuran. Estrogen yang tinggi dalam sayur-sayuran itu membuatkan saiz badannya tetap gempal. Setelah diberikan anti estrogen dan dikenal pasti hormone tambahan yang diperlukan barulah dia dapat merubah bentuk badannya seperti yang diinginkan.

Tidak dinafikan senaman dan gaya hidup sihat perlu diamalkan kerana ia mampu menstimulasikan kelenjar hormone kita agar bekerja secara optimum. Apabila paras hormone tinggi maka darah kita menjadi muda semula. Dengan cara ini kesihatan dapat diperoleh dengan menyeluruh dan anda pasti akan tampan dan kacak semula.

***Di ringkaskan daripada Tulisan Dr Rushmini Maris bt Ismail,  Marissa Esthetik Semenyih,
Bagi yang berminat menyertai Bengkel Cantik Sihat Dr Rushmini sila hubungi 013-2448484 atau 03-87234808. Pendaftaran percuma.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan