Khamis, 7 Mac 2013

Khas Untuk Bakal Ibu : 8 Panduan Mudah Kenali Tanda Bersalin




Gambar Anak Saudara Saya , Ilham ketika masih bayi

8 Panduan Mudah Kenali Tanda Bersalin

Anda perlu berhati-hati terutama kehamilan melepasi usia 38 minggu. Walau bagaimanapun , pengalaman sakit bersalin dialami adalah berbeza antara seorang wanita dengan wanita yang lain.

1.       Sakit Belakang
Sakit ini semakin lama semakin kerap dan kuat. Ia akan jadi lebih teruk pada bahagian bawah belakang.

2.       Kontraksi Rahim
Jika kontraksi yand dialami berlaku setiap lima minit dan perut mengeras dalam masa 20 hingga 45 saat setiap kali, secara teratur dan semakin kerap, segera bergegas ke hospital. Braxton Hicks tidak sama dengan konstraksi sebenar. Ia kurang menyakitkan, tidak teratur dan lama-kelamaan akan hilang sendiri.

3.       Bloody Show
Terdapat segelintir wanita yang mengalami tand  berupa Lendir Pekat bercampur darah keluar dari faraj.  Perlu di ketahui apabila lendir ini keluar, ia bererti bayi sudah bersedia untuk bergerak ke salur peranakan.

4.       Pecah Ketuban
Kebiasaannya keadaan ini berlaku apabila ada lelehan air yang keluar daripada faraj dalam jumlah yang banyak. Air yang keluar seharusnya jernih dan tidak berwarna.

5.       Serviks Terbuka
Sebaik sahaja kontraksi berlaku, pangkal Rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis. Hanya doctor yang berupaya mengetahui perubahan serviks semasa pemeriksaan faraj dilakukan.  Pembukaan di pangkal Rahim dapat dikesan dengan skala 1sm hingga 10sm.

6.       Perut Memulas
Sesetengah wanita akan mengalami keadaan di mana kerap ke tandas kerana ingin membuang air besar. Anda dinasihatkan agar berhati-hati dan prihatin dengan tanda seperti ini kerana dikhuatiri timbul kejadian tidak diingini seperti bersalin di dalam tandas dan seumpamanya.

7.       Perut “turun”
Perut anda akan kelihatan membuncit di bahagian bawah , manakala bahagian atas terasa ringan dan kosong.

8.       Kerap Membuang Air Kecil
Ini kerana bayi sudah mula bergerak ke bawah  dan memberi tekanan kepada pundi kencing.

Walaupun tanda-tanda yang dinyatakan merupakan petanda awal bersalin, namu anda perlu segera ke hospital jika mengesyaki bayi kurang bergerak. Di khuatiri bayi lemas dalam kandungan. Dalam tempoh 12 jam, bayi perlu bergerak sekurang-kurangnya 10 kali. Jika tiba-tiba anda mendapati bayi kurang bergerak segeralah ke hospital walaupun tidak mengalami tanda awal bersalin.

Gambar anak saudara saya , Ilham Ketika kecil


5 rawatan kecantikan perlu di elak
1.       Pedicure & manicure
2.       Cucian Muka
3.       Warna Rambut
4.       Krim Pemutih
5.       Ubat Jerawat

Kajian menunjukkan bahawa meminum kopi secara sederhana TIDAK menganggu bayi dalam kandungan. Jika kopi yang mempunyai kafein,  hendaklah berpada-pada. Secawan kopi (100mg kafein), didapati selamat bagi ibu hamil.

****info ini diambil dan diringkaskan daripada Majalah PA& MA , Feb 2013 . Majalah ini memang cukup sesuai untuk bakal ibu dan ayah . Sila Beli.. heheheh ...Sekian , Terima Kasih.



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...