8 Panduan Mudah
Kenali Tanda Bersalin
Anda perlu berhati-hati terutama kehamilan melepasi usia 38
minggu. Walau bagaimanapun , pengalaman sakit bersalin dialami adalah berbeza
antara seorang wanita dengan wanita yang lain.
1.
Sakit Belakang
Sakit ini semakin lama semakin kerap dan kuat. Ia akan jadi lebih teruk
pada bahagian bawah belakang.
2.
Kontraksi Rahim
Jika kontraksi yand dialami berlaku setiap
lima minit dan perut mengeras dalam masa 20 hingga 45 saat setiap kali, secara
teratur dan semakin kerap, segera bergegas ke hospital. Braxton Hicks tidak
sama dengan konstraksi sebenar. Ia kurang menyakitkan, tidak teratur dan
lama-kelamaan akan hilang sendiri.
3.
Bloody Show
Terdapat segelintir wanita yang mengalami
tand berupa Lendir Pekat bercampur darah
keluar dari faraj. Perlu di ketahui
apabila lendir ini keluar, ia bererti bayi sudah bersedia untuk bergerak ke
salur peranakan.
4.
Pecah Ketuban
Kebiasaannya keadaan ini berlaku apabila
ada lelehan air yang keluar daripada faraj dalam jumlah yang banyak. Air yang
keluar seharusnya jernih dan tidak berwarna.
5.
Serviks Terbuka
Sebaik sahaja kontraksi berlaku, pangkal
Rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis. Hanya doctor yang
berupaya mengetahui perubahan serviks semasa pemeriksaan faraj dilakukan. Pembukaan di pangkal Rahim dapat dikesan
dengan skala 1sm hingga 10sm.
6.
Perut Memulas
Sesetengah wanita akan mengalami keadaan di
mana kerap ke tandas kerana ingin membuang air besar. Anda dinasihatkan agar
berhati-hati dan prihatin dengan tanda seperti ini kerana dikhuatiri timbul
kejadian tidak diingini seperti bersalin di dalam tandas dan seumpamanya.
7.
Perut “turun”
Perut anda akan kelihatan membuncit di
bahagian bawah , manakala bahagian atas terasa ringan dan kosong.
8.
Kerap Membuang Air Kecil
Ini kerana bayi sudah mula bergerak ke
bawah dan memberi tekanan kepada pundi
kencing.
Walaupun tanda-tanda yang dinyatakan merupakan petanda awal
bersalin, namu anda perlu segera ke hospital jika mengesyaki bayi kurang
bergerak. Di khuatiri bayi lemas dalam kandungan. Dalam tempoh 12 jam, bayi
perlu bergerak sekurang-kurangnya 10 kali. Jika tiba-tiba anda mendapati bayi
kurang bergerak segeralah ke hospital walaupun tidak mengalami tanda awal
bersalin.
5 rawatan
kecantikan perlu di elak
1.
Pedicure & manicure
2.
Cucian Muka
3.
Warna Rambut
4.
Krim Pemutih
5.
Ubat Jerawat
Kajian menunjukkan bahawa meminum kopi secara sederhana TIDAK menganggu
bayi dalam kandungan. Jika kopi yang mempunyai kafein, hendaklah berpada-pada. Secawan kopi (100mg
kafein), didapati selamat bagi ibu hamil.
****info ini diambil dan diringkaskan daripada Majalah
PA& MA , Feb 2013 . Majalah ini memang cukup sesuai untuk bakal ibu dan ayah . Sila Beli.. heheheh ...Sekian , Terima Kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan