Khamis, 7 Mac 2013

INFO CANTIK & SIHAT Bahagian 1




1.       Walaupun susu menjadi pilihan & sering diakui kelebihannya dalam menjaga kesihatan tulang, namun kajian terkini menunjukkan tulang dapat menyerap kalsium dan vitamin D yang terkandung di dalam jus oren sama seperti susu. (ringkasan Khasiat buah-buahan sitrus , Harian Metro , 4 Mac 2013 oleh HajahFarhana Tarmudi)

2.       Gamat terdiri daripada 86.8% protein dan 80% kolagen yang amat baik dalam pemulihan luka-luka dan juga bagi rawatan selepas bersalin. (Penawar Luka , Harian Metro 4 Mac 2013 , Murshid Eunos)

3.       Kajian pemerhatian terhadap penduduk di Kudat , Semporna, Setiu , Kuantan ,Pekan dan Pulau Pangkor menguatkan lagi bukti keberkesanan gamat sebagai ejen antihipertensi (mengurangkan tekanan darah tinggi). Sementara kajian-kajian di luar Negara turut menyerlahkan potensi gamat sebagai antitumor dan memberi kesan positif terhadap penyakit AIDS. (Penawar Luka , Harian Metro 4 Mac 2013 , Murshid Eunos)

4.       Kajian terbaru di Australia mendapati orang yang memandu ke tempat kerja akan mengalami pertambahan berat badan lebih banyak berbanding individu yang menaiki kenderaan awam sama ada kereta api , bas atau basikal. Dalam kalangan peserta yang bersenam sekurang-kurangnya dua setengah jam seminggu, didapati kumpulan yang memandu  kenderaan sendiri secara purata mengalami pertambahan berat badan 3.6 kilogram dalam masa empat tahun dan 4.1 kilogram bagi mereka yang bekerja berselang hari atau bekerja dari rumah. (Banyak berjalan turun berat badan , Harian Metro 4 Mac 2013 , Norlaila Hamima)

5.       Madu merupakan penawar atau ubat semulajadi untuk berbagai masalah kesihatan dan kecantikan termasuklah untuk memerahkan bibir. Apa yang anda perlu lakukan, sapu madu pada bibir setiap malam sebelum tidur. Lama – kelamaan , pasti terdapat perubahan pada bibir anda. (Rapi , 1 Jan 2013)

6.       Ketahuilah bahawa kegemukan bayi yang disusukan dengan susu formula boleh berlanjutan sehingga dia bergelar kanak-kanak atau pun dewasa. Kegemukan dari usia bayi membawa risiko kepada masalah obesity,diabetes , tekanan darah tinggi dan masalah jantung apabila dewasa kelak. (PA&MA , Feb 2013 , Intan Jastina Jamaluddin)

7.       Kekurangan Kalsium bukan sahaja mengundang masalah kerapuhan tulang tetapi juga masalah kuku rapuh dan mudah rosak.

8.       Warna pakaian bangkitkan aura diri , Isnin (putih = kesucian) ,  Selasa (merah jambu = suburkan kasih sayang) , Rabu ( biru = memudahkan komunikasi ) , Khamis ( kuning = bergerak aktif ) , Jumaat (Hijau = beri ketenangan ) , Sabtu ( merah = berani mencuba ) & Ahad (Hitam = untuk istirehat ) . Anda boleh mencuba warna ini untuk menaikkan aura diri anda. (Mingguan Wanita , Feb 2013 , Intan Rohaizat Zakariya)

9.       Kanta lekap akan menyebabkan mata anda kering terutama jika anda berada di ruang berpenghawa dingin , kawasan berudara panas ataupun ketika mata terkena debu. Sila gunakan ubat titis yang khusus untuk kanta lekap sahaja dan mendapat approval KKM.

10.   Jika anda tersalah pilih kasut boleh menyebabkan kaki kram. Sila pilih kasut yang selesa dan sesuai dengan aktiviti yang anda jalankan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...