Darling!!! I baru sajork habis
tengok cerita “Anak Ikan ” di Astro Prima ye uols.. lakonan Rozita Che Wan yang meletop itew dan Zain Saidin yang kacak sebagai hero dan
heroin ye… selain itew Nora Danish yang cute dan Shah Iskandar yang macho tuhz
pun turut berlakon sekali..hehehehehe. Kisah dia sah-sah pasal wanita berusia
dengan lelaki muda la kanz… dah nama pun anak ikan… huhu.. so I decide kali ini
I nak tulis entry “ Wanita Berusia
bercinta dengan Lelaki Muda ”.. yelah.. sekarang kanz tengah “ HOT “ ,
dengan kisah cinta reality Rozita Che
Wan dan Zain Saidin.. malah .. my frenz pun ramai yang jatuh cinta dengan
lelaki lebih muda dan wanita lebih tua… bukan artis je ye uols.. lagi pun zaman
sekarang orang dah tak pelik ye.. cinta zaman sekarang nihz… kalau dulu ye la
orang sibuk mengutuk “guna ilmu” bagai jika orang tua bercinta dengan orang
muda.. zaman moden nihz. …guna ilmu jugak… tapi ilmu “ pasang body ” ye uols…wakakakak..
opppsssss!! Pun pasang duit pun ada ye…… tapi tak jugak.. Prince Charles tuhz I
tak nampak la plak kat mana Camilla tuhz “pasang body” nya.. dan pasang duitnya…..
tapi cinta Prince Charles pada Camilla cukup utuh.. sampai cinta Princess Diana
yang jauh lebih muda , cantik dan disayangi ramai tidak dihargainya hatta dah
ada anak 2 lelaki yang comel dan membesar menjadi kacak dan gagah lagi… huhu.
.tapi Camilla yang tua dan tidak mampu memberi zuriat itew juga yang di
cintainya… so, siapalah kita untuk menyangkal tentang ketulusan hati sebuah
cinta jika memang dah namanya lelaki muda mencintai wanita berusia.. tak perlu
memandang jauh nun ke Britain… baca saja kisah perkahwinan dan percintaan indah
isteri kesayangan Rasullah SAW , Siti Khadijah dengan Rasul Allah itew… betapa
cintanya Rasullah SAW kepada Khadijah even after kematian wanita terulung itu..
sampai Aisyah yang mulia dan jauh lebih muda itu turut mencemburui Khadijah
yang hebat itew.. so.. memang tak dapat disangkal lagi.. memang wujud cinta tak kenal usia…
Memang tidak dinafikan, ada
sajork lelaki muda yang bercinta dan berkahwin dengan wanita tua kerana duit…
pun ada juga yang berkahwin dengan wanita tua kerana kecantikkannya.. selain
itu factor matang, bertanggungjawab, memiliki sifat keibuan, penyayang, lemah
lembut, tidak mudah sensitive, penyabar, romantic dan setia dengan pasangan ,
memahami reality kehidupan, bijak menyelesaikan masalah, berdikari, mempunyai
kewangan yang kukuh, tidak mudah melatah , tidak mengada-ngada dan
kadang-kadang jauh lebih bijak berdandan dan membawa diri dari wanita yang jauh
lebih muda…antara factor kenapa lelaki muda jatuh cinta kepada wanita yang
lebih berusia..
Dari pembacaan I dalam majalah
dan surat khabar.. ramai saja lelaki yang jatuh cinta pandang pertama dengan
wanita yang berusia dan ada juga yang asalnya tidak suka tetapi bila dah
dimanjai dengan kemewahan so, hati pun terpikat.. yelah layanan klass A, mau
tak terpikat? Hehhehehheheh.. lagipun ramai lelaki muda berpendapat wanita
lebih berusia tidak mementingkan diri… camna tuhzz?? Wakakakak….
Tetapi bagi mereka yang
kadang-kadang bercinta dengan ikhlas dengan wanita yang lebih berusia, selalunya
mendapat tentangan keluarga dan rakan-rakan , so bagi uols yang menghadapi
problem ini, ambil masa dan try untuk pujuk dan ambil hati orang terdekat untuk
belajar menerima “ cinta hati “ uols
itew.. kena plak if yang uols pilih itew janda , ada anak pulak.. so pepandai
lah pujuk hati family segala bagai… banyak ye cara-cara pujuk family untuk
menerima pilihan hati di ajarkan sekarang ye… please practice…
Bagi uols yang jatuh cinta atau
memilih wanita yang berusia.. nasihat i.. uols please peka isu-isu semasa coz
wanita berusia nihz biasanya memang peka bab-bab macam ini ye… seperkara lagi
please tingkatkan prestasi kerja @ kerjaya anda kerana sesetengah wanita
berusia kadang-kadang lagi cerewet tentang masa depan pasangannya… yelah
alang-alang dah lama membujang … baik terus membujang jika buatnya mereka rasa
hanya akan menyusahkan dikemudian hari kena tanggung laki.. (ada ye.. wanita berusia yang berfikir macam ini.. jangan tak taw
yea ).. Please serius dalam perhubungan @ ada komitment untuk “settled down” , coz if uols main-main, memang ada can
wanita berusia itew angkat kaki, coz ada saja wanita berusia tak kisah terus
single janji tak buang masa ye.. heheheh.. Lelaki yang bercinta dengan wanita
berusia juga haruslah kuat dalam mengawal perasaan coz sure semua tahu orang
yang lebih matang nihz terer mengawal dan menyembunyikan perasaannya.. if uols
tunjuk kelemahan kawalan perasaan uols.. macam mana wanita berusia itew nak
luah feel kat uols as her husband… tak nak ye.. laki yang lemah-lemah feel
nihz.. please ok.. please.. dan seperkara lagi.. wanita berusia pasti
mementingkan penampilan lelaki yang bakal menjadi suaminya.. if uols tindik
sana sini.. berpakaian yang tidak menambah keyakinan… lansung tak matang..
kirim salam ye..selamatlah wanita berusia idaman uols di kebas lelaki lain atau
angkat kaki ..so please change & beware terutama bagi uols-uols yang sedang
hangat bercinta sekarang ye.. dengan wanita berusia ini…
coz i taw.. ramai letak pic RCW dengan Zain Saidin. .i sajork nak lain pada yang lain.. letak pic RCW dengan Dafi ye.. bolehhhzzz? hahahahaha |
Ada juga I baca komen-komen
lelaki muda lain yang mintak di jauhkan jatuh cinta dan berkahwin dengan wanita
berusia.. diaorang siap komen, sampai mati pun tetap nak wanita yang muda , tak
pun paling koman pun sebaya… I malas nak ngutuk coz dulu-dulu time sekolah
menengah pun I fikir macam itew.. tapi bila masuk ipt dan berkerja.. seiring
waktu personality dan perwatakkan dan layanan orang itew yang akhirnya
menyebabkan jatuh cinta.. I tak menolak langsung bercinta dengan lelaki yang
jauh lebih muda, juga tak menolak bercinta dengan lelaki lebih tua.. janji
diaorang membahagiakan…
Oklah darlingz.. oleh kerana response yang bagus dari entry “ Single & Availble : Mesti Baca Nih ” .. .. ini link dia ye…. http://little-queen-qkhadeeja.blogspot.com/2013/03/single-available-mesti-baca-nihzzzz.html So I menjemput Mr. Y untuk memberi komen tentang isu ini. .heheheh.. so as lelaki punya pandangan ye… so uols leh baca email yang dibalas oleh Mr. Y kepada I kat bwh nihz ok.. huhu…
Wanita Berusia ? Ada Aku Kisah ?
Apa persamaan mereka yang anda dapat
teka, Ashton Kutcher & Demi Moore, Eva Longoria & Mark Sanchez, Nick
Cannon & Mariah Carey. Tak dapat tangkap lagi? Kalau saya sebut Rozita Che
Wan & Zain Saidin, pasti ramai sudah dapat mengagak. Yup, mereka adalah
wanita berusia yang mempunyai hubungan atau yang telah berkahwin dengan lelaki
muda.
Dulu-dulu, ramai yang kurang senang bila mana wanita tua suka pada
lelaki muda atau sebaliknya. Mungkin faktor umur penyebab utama 'orang dengki'
dengan cinta sebegini. Ada pula yang memberi andaian, gatal 'mengenyam' atau
'desperate' adalah salah satu faktor kepada percintaan wanita berusia dengan
lelaki muda. Kadang-kadang, istilah 'cougar' buat wanita berusia sebegini boleh
menjatuhkan air muka. Kita kena prihatin dan beringat, mereka juga mempunyai
martabat yang perlu dihormati. Bagi aku, umur bukan ukuran malah umur menjadi
penanda aras kematangan seseorang dalam kehidupan. Apa salah jika aku minat
wanita yang berumur? Bab kata Aris Ariwatan, cinta tak kenal siapa...Jangan
kerana jurang umur, kita mempunyai sisi negatif terhadap cinta sebegini.
Aku mempunyai kenalan yang bercinta dengan wanita berusia. Atas faktor
matang dan 'independent', mereka telah menjadi pasangan suami isteri. Bila diusik
tentang usia oleh saudaranya, dia 'just' senyum dan memberi kata-kata tang
sukar untuk disangkal, 'Saya ikut sunnah, Nabi pun berkahwin dengan wanita
berusia'. Terkedu dengan 'unexpected respond', ramai yang mengiyakan dan
mengucapkan tahniah kepadanya. Aku? Dalam hati terdetik, really good answer.
Tapi siapalah aku untuk menidakkan takdir?
Sesetengah orang suka melabel yang lelaki muda tu 'pengikis' dik harta
wanita berusia tersebut. Ada pula yang menggunakan terma 'toy boy' bagi
golongan lelaki sebegini. Kalau dah dengki dan iri hati, pelbagai cerita kurang
manis dan gelaran kuran sopan kerap digunakan. Nak buat macamana, mulut
tempatan boleh di tutup, mulut orang...Pernah dulu aku mendengar, ibubapa pihak
lelaki 'kureng' bilamana anak terunanya jatuh cinta dengan wanita berusia.
Alasan 'Queen Control' adalah yang alasan yang paling popular di gunakan untuk
peringatan sebelum membuat keputusan. Dunia..dunia..
Walau apapun telahan, kita perlulah berfikiran terbuka tentang
perhubungan sebegini. Mungkin mereka yang melalui percintaan 'jurang usia' ini
lebih arif dan layak berkata-kata. Apapun, aku rasa masing-masing ada hak untuk
bercinta tak kira usia. Betul tak? macam lirik lagu kumpulan Beatles, 'To Know
Her Is To Love Her'....
Mr. Y
Oklah darlingz!!! Ini sajork ye
untuk entry kali ini.. see uols next entry.. tqvm coz sudi membaca dan
menjenguk my blog.. luvvvv!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan