Isnin, 17 Februari 2020

ZAKAT KE ATAS BITCOIN @ MATA WANG KRIPTO / CRYPTO CURRENCY



Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Ramai yang masih ragu-ragu status halal dan haram bitcoin atau mata wang kripto lain. 

Untuk menerangkan halal haram dan berkongsi video penerangan Status halal mata wang kripto mengambil masa untuk di terangkan dengan lebih luas, maka cukuplah untuk sementara waktu di kongsikan berita terbaru mengenai berita Perlis bercadang mengenakan zakat ke atas keuntungan bitcoin dan mata wang kripto lain.


Jika sudah sampai bakal dikenakan zakat tentu sekali Perlis mengiktiraf bitcoin atau mata wang kripto sebagai pelaburan halal. 

Paling istimewa, anda pemegang dan pelabur kripto boleh membayar zakat sama ada dalam bentuk wang atau unit bitcoin atau mata wang kripto lain. 

Semoga anda atau sesiapa sahaja yang berminat mengenai wang kripto tidak ragu-ragu lagi mengenai status halal pelaburan wang kripto ini. 

Terima kasih. 

Khamis, 13 Februari 2020

EXCHANGER (PENUKAR) MATA WANG CRYPTO / KRIPTO / DIGITAL DUNIA



Senarai top 7 Exchanger mata wang kripto / digital dunia di www.coinmarketcap.com

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Dunia mata wang kripto / digital berkembang dengan amat pesat semenjak tahun 2015 lagi. Namun ia makin boom (terkenal) apabila memasuki tahun 2017 dan terus terkenal dan berpengaruh memasuki abad 2020.

Wujudnya ethereum pada tahun 2014, 5 tahun selepas kewujudan bitcon sebagai mata wang digital pertama dunia, membuatkan lebih dari satu pilihan yang ada dalam dunia mata wang digital selain bitcoin. Sebelum ethereum, wujud litecoin sebagai mata wang digital kedua. Namun kewujudan ethereum yang mewujudkan platform terbuka dan ‘smart contract’ / kontrak pintar yang membenarkan mata wang digital lain menggunakan platform milik ethereum iaitu ERC20,  akhirnya beratus mata wang digital / kripto wujud dalam dunia crypto currency ini.

Apabila sesuatu perkara memberi manfaat, dunia akan bersungguh-sungguh memberi kerjasama. Selepas wujudnya platform terbuka ciptaan ethereum, maka berlumba-lumba mata wang digital lain bersetuju ‘smart contract’ dengan ethereum. Wujud juga mata wang lain yang tidak menggunakan platform ethereum dan membina platform sendiri.

Dalam waktu yang sama wujud laman web www.coinmarketcap.com yang dibina khas untuk pemain dan pelabur kripto mengetahui berapa banyak mata wang digital tulen yang wujud, baru dan lama. Sebesar mana mata wang kripto tersebut sudah dibeli dan dimiliki.


Bagaimana anda ingin tahu berapa jenis mata wang digital yang wujud?

Apakah nama-nama wang digital itu?

Besar manakah PASARAN MODAL (market cap) jenis wang digital itu, contoh pasaran modal paling tinggi ialah mata wang digital bitcoin, diikuti ethereum kemudian ripple XRP.

Berapakah jumlah transaksi mata wang digital ini? Untuk satu hari? Seminggu? Sebulan, setahun atau sepanjang masa?.

Bagaimanakah rupa graph turun naik mata wang digital ini? Harga paling rendah dan harga paling tinggi?.

Dimanakah profail pemilik dan pengasas syarikat juga hala tuju syarikat boleh di baca?

Soalan untuk semua jawapan di atas anda boleh temui di www.coinmarketcap.com .

Coin market cap ini umpama bskl atau klci yang terhimpun segala mata wang digital yang telah Berjaya di listingkan di mana, mata wang digital ini mempunyai sekurang-kurangnya 2 jenis EXCHANGER untuk jual dan beli.


EXCHANGER (penukar)

Exchanger untuk wang kripto adalah satu platform kepada mata wang digital / kripto. Disinilah berlaku urusniaga aset digital berbentuk wang kripto di atas talian di seluruh dunia. Disini semua pemain dan pelabur kripto melakukan jualan dan belian atas talian.

Apabila wujud pihak atau individu yang mempunyai mata wang kripto dan ingin menjualnya, disinilah platform untuk mereka jual aset digital (mata wang kripto) mereka ke exchanger.

Maka berlakulah jual beli di exchanger.

Exchanger ialah ‘orang tengah’ bagi jual beli mata wang kripto / digital ini. Setiap transaksi pasti ada caj yang dikenakan. Ada exchanger yang mengenakan caj yang jauh lebih murah dan ada exchanger yang mengenakan caj sederhana untuk transaksi pembelian ini.

www.coinmarketcap.com juga menyenaraikan senarai exchanger bagi wang digital / crypto . Anda boleh melihat beberapa ratus senarai exchanger yang wujud di laman www.coinmarketcap.com ini.


Antara exchanger popular di kalangan pemain crypto dunia ialah binance yang berada di kedudukan ke 4 dalam senarai exchanger paling berpengaruh di dunia mata wang kripto / digital.

LUNO yang diiktiraf Securities Commission Malaysia ini berada di tangga ke 130 dalam senarai exchanger popular dunia di www.coinmarketcap.com


Di Malaysia, antara Exchanger popular ialah Remitano dan Luno.

Luno ialah exchanger pertama yang diluluskan oleh Securities Commision Malaysia untuk jual beli mata wang crypto di Malaysia.

Buat masa ini, Luno Malaysia hanya merupakan exchanger bagi 2 matawang kripto / digital iaitu bitcoin dan ethereum.

Artikel mengenai LUNO akan disiarkan selepas beberapa artikel mengenai mata wang kripto / digital selepas ini.


Disclaimer :- Adalah ditegaskan disini, artikel ini adalah mengikut pandangan dan pemahaman penulis. Penulis tidak bertanggung jawab diatas salah faham atau keputusan yang dibuat oleh pembaca berpandukan ulasan dan artikel ini.





Selasa, 11 Februari 2020

COIN MARKET CAP atau website dan platform untuk listing / senarai mata wang kripto / digital


perhatikan senarai teratas mata wang digital dan 'market cap' / pasaran modal


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Kebiasaannya mereka yang pakar mengenai kripto atau mula berjinak mengenai kripto / mata wang digital akan menjadikan coin market cap sebagai medan rujukan setiap mata wang kripto atau digital yang tersenarai dan wujud di dunia.

Anda boleh melihat beratus atau mungkin kini beribu mata wang digital / kripto yang kini wujud di atas talian di laman web yang tiap hari dilawati oleh pemain kripto dan pelabur kripto di alamat ini www.coinmarketcap.com.

Sila perhatikan betul-betul 10 ke 15 nama mata wang digital / kripto yang kini menakluki dunia kripto. Ada cara untuk membaca corak permainan dan jenis wang digital / kripto ini. Ia akan diterangkan dalam artikel akan datang.

Kita belajar merujuk dahulu mata wang kripto yang di senaraikan disini. Perkara pertama yang harus diingatkan kepada mereka yang baru mempelajari mengenai mata wang kripto / digital anda jangan sekali-sekali bergantung harap semata-mata kepada senarai mata wang digital di laman web ini.

Realitinya memang semua senarai wang kripto / digital ini adalah tulen dan genuine. Ia menggunakan blockchain genuine atau tulen. Jika ia tidak tulen ia tak akan Berjaya membentuk ledger dan blok kerana blockchain itu sendiri adalah block dan ledger yang bersambung. Ada data baru masuk, keseluruhan data atau ledger / blok itu akan ikut berubah.

Ini sedikit info untuk anda, ingat scammer berada di mana-mana. Ketika ini mungkin syarikat pemilik mata wang digital / kripto itu bukan scammer, namun apabila sebuah syarikat mata wang digital itu gagal dalam memberi perkhidmatan yang dijanjikan ia turut akan berubah menjadi scammer. Perkara ini sama dengan agen insurans atau takaful yang misleading dalam menjual insurans atau agen pelaburan yang misleading dalam menjual pelaburan, hatta pelaburan itu adalah pelaburan yang sah.

Tentu anda pernah mendengar cerita agen insurans atau takaful yang menjual produk insurans dan takaful dalam bentuk pelaburan, dan agen pelaburan yang menjanjikan pulangan tanpa menyentuh lansung tentang risiko kerugian. Dimana-mana sahaja di dunia ini, akan wujud golongan seperti ini.

Kita tinggalkan sebentar mengenai scammer atau syarikat (atau pun wakil syarikat) yang gagal mengotakan janji kepada pelabur. Kita kembali kepada tajuk asal.

Coin market cap adalah tempat dimana mata wang kripto akhirnya di ‘listingkan’ atau di paparkan. Mata wang kripto yang di paparkan di coin market cap ini biasanya wajib mempunyai 2 exchanger berdaftar. Maksudnya disini jika coin bernama ‘Rich coin’ baru mempunyai satu exchanger, maka ‘Rich coin’ tidak akan muncul di Coin Market cap ini.  Setelah ‘Rich Coin’ Berjaya berdaftar dengan 2 exchanger, kemudian ‘Rich coin’ boleh mendaftarkan nama ‘rich coin’ ini di www.coinmarketcap.com ini. Tentu sekali ada bayaran bagi membolehkan ‘Rich coin’ terpapar di exchanger, setiap exchanger mengenakan caj untuk perkhidmatan exchanger ini. Ada exchanger gred A yang lagi mahal caj berbanding exchanger gred B. Coin market cap turut mengenakan caj kepada setiap mata wang digital / kripto yang ingin di paparkan di laman web atau platform mereka.

1. Bagi menjawab pertanyaan anda adakah mata wang digital / kripto di laman web atau platform ini mata wang digital tulen?.

Ia ia matawang digital tulen.

2. Adakah selamat jika melabur dalam mata wang yang tersenarai di laman web atau platform coin market cap ini?.

Belum tentu selamat. Mata wang adalah tulen, namun skim syarikat tersebut atau progress syarikat tersebut kadang kala menjadikan ia seperti skim berbentuk scam. Ada waktu syarikat itu betul, namun person in charge atau mereka yang menguruskannya tidak betul.

3. Bagaimana ia boleh terjadi?, jika coinmarketcap sendiri tidak selamat dimana rujukan yang harus mereka yang baru berjinak dengan mata wang kripto harus menjadikan rujukan?.

Untuk mereka yang baru mempelajari selok belok mata wang kripto, adalah lebih baik anda menyemak dan menyiasat latar belakang syarikat. Progress atau perkembangan syarikat dalam bidang kripto. Jika sukar dan anda risaukan risiko, adalah di nasihatkan agar anda belajar bermain mata wang kripto yang tersenarai di tingkat teratas seperti top 3 mata wang kripto iaitu bitcoin, ethereum dan ripple XRP. Jika anda sudah agak lama bermain dan mempelajari selok belok kripto, anda boleh belajar membeli mata wang kripto yang lebih baru dan murah seperti tether, cardano, tron dan stellar.

Ingin di tegaskan di sini, Securities Commission Malaysia setakat ini meluluskan 3 jenis mata wang kripto sahaja untuk pelaburan iaitu bitcoin, ethereum dan ripple XRP. 

Namun sebagai pemain mata wang digital / kripto professional yang bertahun mengkaji dan bermain wang kripto, ramai yang mula membeli mata wang kripto murah kerana mereka yakin mata wang kripto tersebut akan meningkat harga di masa hadapan berpandukan syarikat dan pengasas mata wang kripto tersebut.

Sila perhatikan graf yang ditunjukkan dalam platform atau laman sesawang www.coinmarketcap.com ini.




Ada yang mengelarkan coin market cap ini ala BSKL / KLCI, terpulanglah apa gelaran yang di beri, paling penting anda tahu membaca dan mengkaji setiap mata wang digital / kripto berdasarkan setiap maklumat yang dipaparkan di coin market cap ini.

Artikel akan datang akan menerangkan bagaimana cara anda membaca dan factor yang membantu menaikkan nilai mata wang kripto / digital itu sendiri, serta maklumat penting yang dipaparkan setiap laman web mata wang kripto termasuk coin market cap ini.


Disclaimer :- Adalah ditegaskan disini, artikel ini adalah mengikut pandangan dan pemahaman penulis. Penulis tidak bertanggung jawab diatas salah faham atau keputusan yang dibuat oleh pembaca berpandukan ulasan dan artikel ini.



Ahad, 2 Februari 2020

Kisah Video Tentang BITCOIN


imej di ambil dari google


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Saya melihat beberapa video menceritakan bagaimana bitcoin ini mula diperkenalkan dan digunakan seluruh dunia. Asal bitcoin dan asal perkataan bit itu.

Dalam sebuah video yang menarik ia menemuramah beberapa pakar dalam bidang masing-masing didunia. Pelbagai pendapat berbeza mengenai bitcoin dan mata wang digital ini.

Namun dalam pelbagai pendapat dan video yang ditonton saya ingin berkongsi dengan anda apa yang saya faham dan boleh dikongsikan mengenai mata wang kripto dengan anda dalam artikel kali ini.

Dalam satu temuramah lama (video hitam putih) , berpuluh tahun dahulu seorang tua mengatakan pendapat beliau dimana internet akan menjadi sebuah ‘medan paksaan’ dimana sama ada anda inginkan atau menolak semahunya anda tetap terpaksa menggunakan internet ini.

Dalam satu temuramah lain juga berbelas tahun lepas, seorang tua yang lain berkata ‘suatu hari nanti akan wujud dimana A menghantar duit ke B, A tidak mengenali B , dan B juga tidak mengenali A, semua ini akan wujud atas talian’.

Betul kata-kata orang tua itu. Hari ini belian di shopee Malaysia, anda hanya tahu barang yang anda beli, namun anda tidak pernah kenal dan tahu siapa penjual yang menjual secara lansung di shopee Malaysia yang tinggalnya nun jauh di China. Itu baru shopee, belum lagi lazada mahu pun EBAY.

Kemudian video itu menunjukkan temuramah dengan seseorang yang agak pakar dalam dunia mata wang kripto dan blockhain. Beliau berkongsi cerita.

“Nenek bertanya kepada saya di makan malam ‘thanks giving’. Apa itu bitcoin?.” Saya menjawab, “masihkah nenek ingat bagaimana satu waktu dahulu, dari duit kertas kita guna dan tandatangani cheque?, kemudian dari teknologi cheque itu kita tukar kepada kemudahan kad VISA dan kita kena tandatangan di atas kertas untuk setiap pembelian?. Bitcoin ini adalah revolusi seterusnya untuk sistem pembayaran, pembelian yang akan mengantikan sistem kewangan sekarang.

Saya melihat video lama berputar, sekitar tahun 1940an, ia agak rumit untuk diterangkan maka cukuplah dikatakan bahawa, 3 ribu tahun lampau dahulu manusia menggunakan emas dan perak sebagai mata wang dalam setiap transaksi pembelian dan urusniaga. Kemudian kerajaan menukarkan emas dan perak kepada duit kertas.


Pada tahun 1944 selepas perang dunia berakhir, United Nation Mandatory memulakan draft sistem kewangan terbaru. Mata wang USD / Amerika di pilih menjadi mata wang dunia kerana ketika itu mata wang Amerika / USD itu dikatakan setanding dan setaraf emas nilainya.

Pada Ogos 1971  - Mata wang fiat di perkenalkan, ia berpandukan kerajaan tanpa apa-apa sandaran. Kerajaan ada hak untuk mengatakan sesuatu itu ada nilai untuk duit dan tiada serta ia harus diterima. Malah kerajaan ada hak untuk mencetak duit yang mereka mahu dan keluarkan.

Seiring masa dan teknologi mata wang kini adalah dalam bentuk digit dalam data dunia perbankan seluruh dunia. Anda tidak perlu melihat fizikal duit, anda hanya perlu melihat digit dalam akaun perbankan anda dan anda boleh menjual beli atas talian.

Jika duit fiat boleh di jual beli atas talian, tanpa perlu dalam bentuk fizikal, mengapa perlunya bitcoin dan mata wang digital ini?.

Soalan ini selalu di war-warkan dalam pelbagai temuramah dalam setiap video mengenai mata wang kripto ini.

Ada beza yang amat besar mengenai mata wang kripto dan fiat, oleh kerana artikel mengenai penerangan ini amat panjang, ia akan ditulis dalam artikel akan datang.

Terima kasih.

Disclaimer :- Adalah ditegaskan disini, artikel ini adalah mengikut pandangan dan pemahaman penulis. Penulis tidak bertanggung jawab diatas salah faham atau keputusan yang dibuat oleh pembaca berpandukan ulasan dan artikel ini.




Jumaat, 31 Januari 2020

APA ITU MINING BITCOIN / ETHEREUM DALAM DUNIA MATA WANG DIGITAL / KRIPTO


ketika ini mesin mining bitcoin dan ethereum adalah paling popular - imej dari google


Assalammulaikum wbt dan salam sejahtera.

Bagi mendapatkan wang kripto / digital (crypto currency). Individu itu boleh membeli wang kripto / digital sedia ada di platform jual beli kripto yang tulen menggunakan platform blockchain tulen.

Selain itu cara lain untuk mendapatkan wang kripto / digital (crypto currency) ialah melalui mining (melombong).

Belian terus di platform mata wang digital / kripto mudah di fahami. Namun apakah maksud mendapatkan mata wang kripto melalui mesin MINING / melombong?.

Bagi anda yang biasa mendengar perkataan bitcoin, ethereum, mata wang digital, crypto currency, mata wang kripto atau blockchain. Tentu anda biasa mendengan perkataan mining atau mesin mining.
Seingat saya semenjak tahun 2016 atau 2017 saya sudah melihat beberapa iklan mesin mining yang di jual di facebook dan di iklankan di forum terutama ketika dunia mula-mula ‘boom’ dengan kisah bitcoin yang memecah harga USD20,000 atau RM80000 di tahun 2017.

Mesin mining ketika itu di iklankan pada harga RM70,000 satu, kemudian muncul mesin mining RM35,000, beberapa bulan selepas itu mesin mining belas ribu, kemudian RM7500 kemudian RM3,000 mengikut jenis dan spesifikasi.

mesin mining yang biasa di jual di pasaran Malaysia - imej dari google

Pelik saya melihat mesin itu, gambar mesin yang diiklankan di wall dan di postkan di forum. Saya sendiri tidak faham apa maksud mesin mining itu yang boleh mining bitcoin?. Sungguh pelik. Itu saya pada tahun 2017.

Jika anda juga pelik seperti saya melihat gambarajah di atas, itu normal.

Apa itu MINING (perlombongan) mata wang kripto / digital?.
Ada 2 mesin mining paling popular dalam dunia mata wang kripto / digital. Mesin mining bitcoin yang menghasilkan upah bitcoin dan mesin mining ethereum yang menghasilkan upah ethereum.

Dalam transaksi blockchain, mata wang digital adalah penyelesaian masalah matematik yang rumit (algoritma matematik).

Setiap pemegang mata wang kripto / digital mempunyai address (alamat) masing-masing yang terdiri dari (hash / code). Alamat atau hash code ini dengan kata lain seumpama cap jari, tak akan mungkin dapat ditiru dan ia berlainan sesama manusia atau pemegang kunci mata wang kripto.


contoh alamat / hash code yang di terangkan dengan warna biru di dalam kotak - imej dari google

Bagaimana transaksi penyelesaian matematik (algoritma matematik) berlaku dalam transaksi mata wang digital / kripto?.

Wujud 2 pihak:-
1. Sender (pengirim / penjual)
2. Receiver (penerima / pembeli)

Apabila akan berlakunya transaksi, setiap sender (pengirim / penjual) & receiver (penerima / pembeli) mempunyai alamat (kod / hash) masing-masing.

Untuk berlakunya transaksi, kod sender perlu ditambah dengan sesuatu formula matematik supaya jawapan dia adalah kod yang ada pada receiver.

contoh penyelesaian masalah matematik yang rumit kerana proses ini di sulitkan - imej google

Penyelesaian matematik untuk mencari formula ini tidak mampu di kira oleh manusia.

Disinilah di perlukan mesin untuk validate (mengesahkan) formula yang diperlukan.

Validation (pengesahan) mesin inilah di kenali sebagai mining.

Tugas mesin mining ini adalah untuk validate (mengesahkan) formula.

Mana-mana mesin mining yang Berjaya validate (mengesahkan), mesin itu akan mendapat upah dari transaksi itu.

Inilah factor mengapa ramai manusia yang membeli mesin mining dan membuat mining sendiri untuk mendapatkan upah tersebut.

bagaimana satu transaksi di dalam blockhain disulitkan agar tidak boleh di tiru dan di hack, setiap masalah matematik yang rumit (algoritma matametik) yang berjaya di selesaikan akan mendapat hadiah bitcoin atau ethereum - imej dari google

Jika mesin mining bitcoin yang dibeli, akan dapat upah dalam bentuk bitcoin dan jika mining ethereum akan dapat upah dalam bentuk ethereum.

Untuk mining kebiasaanya upahnya ialah 0.005 eth untuk ethereum, dan jika bitcoin tidak menentu dan ia amatlah sedikit.

Harus diingatkan disini tidak semua mesin akan mendapat upah. Ada mesin mining ini lansung tidak dapat apa-apa. Ada pemilik mesin mining ada 10 mesin, 10-10 mesin tidak dapat apa-apa upah kerana tidak Berjaya menyelesaikan permasalahan matematik rumit itu (algoritma matematik).

Ada pemilik mesin mining hanya ada 2-3 mesin mining tapi dapat upah kerana ia berdasarkan mesin mana paling cepat dapat jawapan atau dengan ayat paling mudah bergantung kepada nasib.

Kebiasaannya apabila mesin ini tidak mendapat apa-apa, pemilik mesin akan tambah atau beli lagi mesin mining. Maka ini akan menambahkan kos mereka sendiri. Selain mesin mining yang semakin banyak, kos elektrik juga meningkat kerana dikatakan mesin mining ini memakan tenaga letrik yang banyak kerana ia perlukan tempat yang sejuk.

Oleh kerana mining ini sebenarnya memakan kos yang tinggi. Maka ada pihak yang membuat mining atau perlombongan bitcoin atau ethereum mewujudkan ‘crowd funding’ (pengumpulan dana) untuk kos operasi pihak mereka (syarikat) terutama kos mesin mining dan bayaran bil elektrik.

CROWD FUNDING (pengumpulan dana) ini pula biasanya menggunakan dana awam atau mempromosikan program dan menggunakan wang tersebut untuk membeli segala kelengkapan mining dan kos operasi.

Harus difahami bahawa mesin yang banyak tidak semestinya akan Berjaya mendapat upah. Ia tiada jaminan.

Jika syarikat A mempunyai 100 mesin dan syarikat B mempunyai 20 mesin, belum tentu syarikat A mendapat upah (keuntungan) yang paling banyak.

Kebiasaannya syarikat / pihak / individu akan menambah mesin kerana memegang falsafah law of average (berdasarkan purata).

Mesin yang boleh dibeli sendiri ini berharga RM7000, RM15000 ke puluh-puluh ribu melibatkan kos operasi yang sangat-sangat tinggi dan ketidak ketentuan menerima upah.


syarikat mining membeli mesin mining yang banyak dan melibatkan penggunaan sumber elektrik dan kos yang banyak dalam menjalankan operasi mining - imej dari sumber google

Jadi tidak peliklah jika anda melihat banyak syarikat mining bitcoin atau ethereum, walaupun mereka genuine / tulen dan sah buat operasi mining bitcoin atau ethereum mereka terpaksa tutup perniagaan mereka kerana menanggung kerugian yang besar.  Para pelabur mereka menuduh mereka menipu kerana kos yang amat tinggi itu tidak mampu ditanggung oleh pihak syarikat. Syarikat mining ini memerlukan aliran tunai yang banyak. Itu sebab syarikat sebegini tutup dan pelabur serta prospek mengelarkan mereka penipu dan scammer. Inilah kes yang banyak terjadi di kebanyakan Negara di dunia termasuk Malaysia.

Maka berhati-hatilah jika anda berjumpa dengan syarikat yang berunsur mining bitcoin atau ethereum. Walaupun mereka betul-betul mining namun belum tentu syarikat mereka kukuh dan mempunyai aliran wang yang cukup untuk operasi mereka . Apabila anda melabur dalam syarikat seperti ini anda harus tahu betapa tingginya risiko dan anda harus sanggup menanggung risiko ini.
Ada juga individu yang membeli mesin mining bitcoin dan ethereum sendiri dan memasangnya dirumah. Ini juga terpulang kepada nasib individu itu sendiri. Ada rezeki dapat upah, tiada rezeki bil letrik dan modal beli mesin mining sahaja bertambah.

Di harap artikel ini menerangkan dengan ringkas apa maksud mining atau melombong bitcoin dan ethereum .

Terima kasih.

Disclaimer :- Adalah ditegaskan disini, artikel ini adalah mengikut pandangan dan pemahaman penulis. Penulis tidak bertanggung jawab diatas salah faham atau keputusan yang dibuat oleh pembaca berpandukan ulasan dan artikel ini.




Bagaimana Mata Wang Kripto / Digital (Aset Digital) mendapat nilai? Naik harga dan turun harga?



Antara logo mata wang digital / kripto popular - imej dari google


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Artikel ini akan menerangkan dengan lebih mendalam apa itu mata wang digital / kripto dan bagaimana ia boleh berubah menjadi aset digital.

Apa itu crypto currency / mata wang kripto / digital?.

Mata wang kripto ini adalah aset / harta.

Aset terbahagi kepada 2 :-
Fizikal aset (rumah, kereta, tanah)
Digital Aset (mata wang digital / kripto, akaun instagram, FB Pages, blog, youtube chanel, kedai di mall online seperti Shopee, Lazada)

Dalam perniagaan atau ekonomi, aset ialah :-
Capital gain (nilai makin tinggi) contoh rumah, asalnya tiada stesen lrt, tiba-tiba di bina stesen lrt, ia naik harga tinggi selepas 5 tahun.

Capital lost (nilai semakin berkurang atau rugi) contoh kereta lama, bukan kereta antik. Kereta lama yang enjin kerap bermasalah akan berkurangan nilainya dari tahun ke tahun.

Mata wang kripto / digital (crypto currency), juga ada nilai capital gain dan capital lost. Contoh seperti mata wang digital Ripple, XRP. Ia mempunyai aplikasi yang menyokong teknologi perbankan seperti remittance (pemindahan wang ke luar Negara). Maka nilai Ripple, XRP ini makin naik (capital gain).

Seperti kenaikan harga rumah yang di sokong oleh meningkatnya kemudahan pengangkutan awam, tempat beli belah dan sebagainya. Mata wang digital / kripto pula di sokong oleh aplikasi yang memudahkan penggunaan kripto dan komunitinya.


aset digital - imej dari google

Bagaimana aset mendapat nilai / dinilaikan (value)?.

Sekali lagi kita ambil rumah sebagai contoh.

Developer rumah meletakkan harga DARI RM300,000 (belum ada nilai / value). Harga iklan, ini hanya harga offer (iklan) belum  menjadi harga value (nilai).

Harga aset adalah kepada transaksi pembelian terakhir. Iaitu harga value (nilai sekarang). Harga terakhir transaksi rumah yang dibeli ialah harga sekarang.

Untuk mata wang digital/ kripto (crypto currency). Harga permulaan ditetapkan oleh syarikat mata wang digital yang di panggil ICO (initial coin offering).

Harga terakhir pembelian adalah harga terkini (nilai/ value) untuk mata wang kripto tersebut.

Harga pembelian terakhir / nilai terkini boleh di lihat di laman web https://coinmarketcap.com/.

Aset digital seperti kripto juga tidak lari dari spekulasi dan berita ekonomi dan kewangan. Spekulasi ini juga boleh menjejaskan nilai turun naik sesuatu mata wang kripto itu sendiri.

Dunia mata wang kripto kini di hujani dengan ratusan jenis dan nama wang kripto. Terdapat banyak mata wang kripto yang di gelar mata wang kripto ‘sampah’ yang lansung tidak mempunyai nilai hatta ia adalah mata wang kripto tulen.

Selain perlu memastikan wang kripto itu adalah tulen dengan menggunakan blockhain tulen, banyak lagi perkara yang perlu dititik beratkan dalam memilih mata wang kripto yang berpotensi untuk naik dan membina komuniti sendiri, sekaligus mempunyai nilai (value). Contoh wang kripto yang kuat komunitinya ialah Ethereum. Ethereum membina komuniti dengan membuka ruang kepada mata wang digital lain untuk menggunakan platform mereka. Selain itu Ethereum juga di sokong oleh aplikasi hebat yang dinamakan ‘smart contract’.

Mata wang digital seperti Ripple, XRP dahulunya turut menjadi mangsa, di gelar mata wang kripto ‘sampah’ yang tidak mempunyai nilai.  Namun hari ini Ripple, XRP muncul antara 5 mata wang digital paling berpengaruh di dunia.

Ada banyak lagi perkara mengenai wang kripto yang perlu di jelaskan dengan terperinci. Oleh kerana mata wang digital / kripto ini masih terlalu baru di popularkan di dunia luar, ia agak sukar di fahami oleh mereka yang tidak biasa dengan dunia pengaturcaraan dan bahasa computer juga dunia mata wang kripto itu sendiri.

Harus diingatkan artikel ini hanya menerangkan dengan cara paling mudah untuk mata wang digital / kripto ini difahami.

Terima kasih.

Disclaimer :- Adalah ditegaskan disini, artikel ini adalah mengikut pandangan dan pemahaman penulis. Penulis tidak bertanggung jawab diatas salah faham atau keputusan yang dibuat oleh pembaca berpandukan ulasan dan artikel ini.



Selasa, 28 Januari 2020

SEJARAH RINGKAS ETHEREUM, MATA WANG KRIPTO KEDUA TERBESAR DUNIA SELEPAS BITCOIN


euthereum ialah mata wang kripto kedua terbesar di dunia - imej dari google

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Dengan kewujudan teknologi blockhain (blok rantai dan terdiri dari senarai rekod dan rakaman data berterusan melalui kaedah dan jagaan kriptographi). Teknologi blockhain inilah teknologi yang menciptakan penggunaan mata wang kripto sekaligus menyelesaikan masalah perbelanjaan berganda (double spending).

Pada tahun 2008 sistem blockchain di cipta oleh Satoshi Nakamoto.
Pada tahun 2009 bitcoin, mata wang pertama kripto / digital wujud turut di cipta oleh Satoshi Nakamoto pencipta blockchain.

Pada Febuari 2013 nilai bitcoin hanya USD30, Namun pada Mac 2013 harga bitcoin meningkat sehingga USD74.90, dimana peningkatan ini ialah 70% sekaligus jumlah pasaran bitcoin mencecah USD1 billion.

Buat pertama kali dalam sejarah bitcoin memecah rekod harga USD1000 pada bulan November 2013.

Dalam 5 tahun sahaja pengaruh bitcoin telah tersebar di seluruh dunia dan nilainya meningkat sehingga USD600 pada tahun 2014.

simbol ethereum dan simbol pengasas Euthereum Vitalik Buterin - imej dari google

Selepas 5 tahun terciptanya bitcoin. Pada tahun 2014, Vitalik Buterin dan tiga rakannya iaitu Mihai Alise, Anthony Di lorio & Charles Hoskinson mencipta ETHEREUM, yang kini muncul sebagai mata wang digital kedua terbesar di dunia.

Vitalik Buterin berketurunan Rusia dan Kanada. Beliau merupakan programmer (pengaturcara) yang juga merupakan pengasas majalah bitcoin.

Pada tahun 2014 Ethereum di perkenalkan sebagai ICO (Initial Coin Offering).

Menyedari betapa kuat dan hebatnya pengaruh bitcoin dan pasaran yang besar serta komuniti kuat bitcoin, Vitalik Buterin tahu bahawa ETHEREUM sukar untuk menandingi pengaruh dan komuniti bitcoin apa lagi memecah masuk komuniti ini sebagai mata wang digital baru. 

Sesuatu harus dilakukan agar ethereum juga boleh berdiri seiring bitcoin dan mengurangkan dominasi bitcoin sebagai satu-satunya wang digital berpengaruh di dunia blockhain.

Tidak seperti platform bitcoin yang stand alone (berdiri sendiri) dan tidak boleh dikongsi. Hanya bitcoin sahaja berada di dalamnya.

Platform Ethereum mengambil langkah sebaliknya. Vitalik Buterin telah membuka platform euthereum kepada semua pihak yang berminat untuk membuat coin (duit / mata wang) digital baru dengan menggunakan 'smart contract' (kontrak pintar yang menggantikan peguam). Platform ETHEREUM ini diberi nama ERC20 (Blockchain ledger) yang menggunakan blockhain tulen (genuine). 

bagaimana platform Ethereum beroperasi - imej dari google


Untuk memahami apa beza platform bitcoin dan platform euthereum dengan mudah.

Kita jadikan telefon pintar  jenama APPLE dan Android sebagai contoh.

Aplikasi (platform) iphone ialah apple store dan Aplikasi (platform) android adalah android store yang sering menggunakan google play.

Platform apple store hanya iphone sahaja boleh guna. Telefon android dan jenama lain selain apple tidak mungkin boleh gunakan aplikasi apple store.

Ini kerana applikasi APPLE STORE adalah ekslusif, ia di paternkan, bermaksud, stand alone (berdiri sendiri).

Ini berbeza dengan android. Platform Android tidak di paternkan. Ia boleh digunakan oleh semua handphone. Pengguna paling ramai didunia ialah pengguna Android kerana platform android boleh di gunakan oleh sesiapa sahaja kerana ia open (terbuka).

Maka untuk mudah faham, platform bitcoin umpama apple store.

Platform Ethereum, umpama Android store.

Apabila platform ETHEREUM dibuka, maka beratus-ratus mata wang kripto / digital baru menandatangai 'smart contract' (seperti peguam digital) dengan ethereum untuk membuat coin / mata wang kripto sendiri. Smart contract ini tentu sekali ada bayarannya.

Bayaran dari smart contrat ini digunakan untuk mengurus dan meningkatkan lagi kualiti serta potensi platform Ethereum ini sejajar dengan kelajuan teknologi yang semakin berkembang saat ke saat setiap hari.

Platform Ethereum ini pada mulanya di perkenalkan dengan nama ERC20, kemudian di dipertingkatkan (upgrade) dari semasa ke semasa dan kini menjadi ERC223. Rujukan untuk ERC223 ini boleh di lihat di sini etherscan.io .

Dengan menggunakan cara open platform (platform terbuka) ini, maka sekelip mata sahaja, komuniti dan pengaruh ethereum meningkat dan mula disebut-sebut dalam dunia digital selain bitcoin.

Kini apabila sebut sahaja bitcoin, maka pemain cripto dan mereka yang tahu mengenai cryptocurrency pasti akan menyebut Ethereum sebagai pesaing terdekat bitcoin.

Sambungan mengenai Ethereum dan maklumat mengenai euthereum yang lebih mendalam, serta beza bitcoin dan ethereum akan di terangkan di artikel akan datang.

Terima kasih.

Disclaimer :- Adalah ditegaskan disini, artikel ini adalah mengikut pandangan dan pemahaman penulis. Penulis tidak bertanggung jawab diatas salah faham atau keputusan yang dibuat oleh pembaca atas ulasan dan artikel ini.



Jumaat, 24 Januari 2020

Memuncaknya pengaruh dan kuasa bitcoin (mata wang digital / mata wang kripto) di mata dunia dan wujudnya ETHEREUM sebagai mata wang digital / kripto kedua


gambarajah dari google 

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Kita terus ke Bagaimana memuncaknya popularity bitcoin seterusnya mata wang digital atau kripto ini di mata dunia dan kemunculan mata wang digital / kripto kedua yang amat berpengaruh pada masa kini iaitu ETHEREUM.

Bermulanya satu transaksi pembelian pizza menggunakan 10000 bitcoin dan tercatat di dalam ledger blockchain, maka seterusnya berlakulah transaksi kedua, ketiga sehingga ke ribuan transaksi. Transaksi ini membentuk ledger-ledger, ledger-ledger ini membentuk blok dalam satu rantaian yang dikenali dengan nama blockhain.

Tahun demi tahun, bitcoin terus diterima. Dari tahun 2009 harga bitcoin terus meningkat naik dan semakin meningkat naik semenjak tahun 2015 ke 2016 dan memuncak naik pada tahun 2017 melebihi USD19000 , dimana diseluruh dunia dan dunia internet hanya menyebut mengenai BITCOIN sebagai mata wang digital utama yang bakal menggantikan wang fiat dan mata wang masa hadapan.

Bayangkan bitcoin digunakan dalam pelbagai transaksi belian dari makanan, tiket kapal terbang, tempahan hotel dan pelbagai lagi. Mesin ATM bitcoin mulai wujud. Beberapa Negara mula menerima dan mengiktiraf bitcoin atau mata wang digital ini.

Jutawan dunia terkenal seperti Bill Gates, Richard Branson mula melabur dalam teknologi blockhain atau mata wang digital ini. Bukan itu sahaja beberapa syarikat besar juga mula melabur dan menerima teknologi blockchain dan wang digital ini.

Harga bitcoin meningkat naik sehingga USD19,978.60 (melebihi RM80,000) pada tahun 2017. Walau pelbagai spekulasi dan kenyataan buruk dilemparkan kepada bitcoin. Bitcoin terus meneruskan pengaruhnya keseluruh dunia dan pengguna dan penerima bitcoin terus meningkat hari demi hari.

Apabila dunia melihat kontroversi dan viralnya bitcoin ini, ia bermaksud bitocin itu sendiri sudah mula mempunyai nilai dan dunia mula menerima bitcoin sebagai pertukaran dalam bidang ekonomi bersamaan dengan nilai wang.

5 tahun selepas kewujudan bitcoin, muncul satu lagi mata wang kripto atau mata wang digital yang kini juga amat berpengaruh besar dalam dunia digital iaitu ETHEREUM sebagai mata wang kripto / mata wang digital kedua di dunia.

imej di ambil dari google



ETHEREUM

Pada tahun 2014, 5 tahun setelah kemunculan bitcoin, ETHEREUM diwujudkan dalam sistem blockhain dan muncul sebagai mata wang digital (crypto currency) / mata wang kripto kedua di dunia.

Menyedari kuasa dan pengaruh komuniti BITCOIN yang amat besar dan amat sukar di tembus dan ditandingi, maka pengasas ETHEREUM membuka platform ERC20 (ledger blockchain).

ERC20 (blockchain ledger) bagi platform ETHEREUM ini sekarang telah diupgrade atau ditingkat beberapa kali dan kini dikenali sebagai ERC223.

ERC223 ini anda boleh lihat rujukannya di Etherscan.io

Ketika ini jika anda membaca mengenai mata wang digital atau kripto mahupun teknologi blockhain. Anda pasti akan berjumpa dan tahu bahawa 2 mata wang yang sedang kuat mendominasi dunia digital dan kripto ialah BITCOIN & ETHEREUM.

Semenjak 2014 dalama masa 3 tahun ETHEREUM meningkat sebanyak 5000 kali ganda.

Tajuk seterusnya akan menerangkan dengan lebih lanjut mengenai kuasa dan pengaruh ETHEREUM yang mendominasi kewujudan mata wang digital lain selepas bitcoin. Dimana beratus wang digital atau kripto yang wujud ketika ini adalah datang dari platform ETHEREUM melalui smart contract (kontrak yang dikatakan akan menggantikan jawatan peguam di masa akan datang). Bagaimana anda ingin mengenali sama ada wang kripto atau wang digital itu genuine (benar) atau tidak, anda akan ketahuinya dalam artikel seterusnya.

Terima kasih.

Disclaimer :- Adalah ditegaskan disini, artikel ini adalah mengikut pandangan dan pemahaman penulis. Penulis tidak bertanggung jawab diatas salah faham atau keputusan yang dibuat oleh pembaca atas ulasan dan artikel ini.




KENAPA TEKNOLOGI BLOCKCHAIN BAGUS DAN DIKATAKAN SELAMAT?





Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Beberapa artikel sebelum ini telah diterangkan secara ringkas pengenalan kepada BLOCKCHAIN, BITCOIN atau ASET DIGITAL yang turut dikenali sebagai mata wang digital atau mata wang kripto.


Pada tahun 2008 sistem Blockhain diperkenalkan oleh Satoshi Nakamoto. Ia bermula dengan satu ledger yang decentrelised (tidak berpusat). Tujuan asal sistem blockchain atau decentrelised ledger ini dibina adalah untuk KESELAMATAN SISTEM DATA sekaligus menghapuskan kuasa minder middle man (orang tengah) .

Sebagai contoh dalam bidang kewangan dan bank dunia ketika ini, orang tengah yang dimaksudkan ialah Bank Dunia dan USD.

Blockchain terkenal dengan sistem tidak berpusat dan block ledger.

Apa beza sistem berpusat dan tidak berpusat ini?.  Dan mengapa sistem tidak berpusat ini di terima dan semakin di sukai ramai?. 

gambarajah dari google


Sistem berpusat (Centrelised) bermaksud data boleh masuk dan juga boleh di padamkan.
Contoh :- Jika data yang dimasukkan ialah 10 ribu, ia boleh diubah menjadi 8 ribu atau ia boleh dipadamkan terus seumpama data 10 ribu itu tidak wujud. 

Sistem tidak berpusat (Decentrelised) bermaksud Data boleh masuk dan ia tidak boleh di padamkan juga tidak boleh di manupulasi.
Contoh:- jika data yang dimasukkan itu 10 ribu ia tetap ada data itu. Ia tidak boleh di padam. Jika di pindah milik sekali pun data itu tetap wujud.

Kita ambil contoh seperti sistem yang digunakan oleh bank atau pusat kewangan lain. Bank menggunakan sistem data berpusat. Apa sahaja transaksi terutama yang besar memerlukan 'approval' atau kebenaran kerana ia berpusat. Ada seseorang yang mengawal selia. Maksudnya ada pihak yang perlu sign atau approved.

Ledger dan sistem di kewangan di bank diuruskan oleh manusia. Dengan kata lain, ledger itu boleh dimasukkan, diubah dan dipadamkan. Tiada rekod dan bukti data apabila ia sudah dipadamkan. Terdapat kes kecurian wang di bank yang memakan berbilion wang dalam sehari.

Tentu anda pernah membaca kisah kecurian duit dari akaun dari kakitangan bank yang mencuri 1 sen dari akaun setiap pelanggan bank. Kenapa pelanggan tidak sedar? kerana baki akaun bank 3810.25 , bahagian sen jarang di pandang dan disedari oleh pihak pelanggan. Tahukah anda kecurian 1 sen setiap hari ini boleh menjadikan seorang kakitangan bank itu jutawan dan ia memakan tahun untuk disedari?. Malah dikatakan hampir 6 billion duit hilang dalam floating process bank dunia sehari.

Kenapa bank, contoh bank di Malaysia di insurans di bawah PIDM?. Ini adalah kerana sistem bank sendiri ada risiko tidak selamat. Duit boleh dicuri, boleh di hilangkan, sen-sen juga boleh hilang dicuri tanpa di sedari. PIDM bukan diwujudkan hanya untuk melindungi wang dari dirompak namun kes membabitkan wang lain.

Kenapa kecurian wang ini boleh berlaku?. Ini adalah kerana ada orang atau pihak yang mengawal selia yang kita panggil sistem berpusat (centrelised ledger). Apabila ia membabitkan manusia atau pihak maka isu sistem data digodam, dicuri, di ubah, di pindahkan itu tetap ada dan risikonya tetap tinggi.



Maka sistem blockhain yang decentrelised (tidak berpusat) ini jauh lebih selamat kerana ia tidak dikawal oleh sesiapa kecuali sistem itu sendiri. Dengan kata lain semua data-data ada pada semua pemegang yang menggunakan blockchain itu. Sukar untuk ubah data sistem ini, jika masih ada hacker yang kena hack hanya satu pihak sahaja bukan pusat. Bayangkan jika sistem berpusat,jika hacker nak hack, hack sahaja pusat dia iaitu jika Malaysia, Bank Negara Malaysia, jika dunia Bank dunia, jika ingin hack satu bank kecil, hack sahaja headquarter bank kecil itu kerana disitu biasanya pusat sistem bank yang menggunakan sistem berpusat.

Berbeza dengan sistem tidak berpusat (decentrelised ledger), jika bank A menggunakan sistem blockhain, apabila hacker ingin hack, dia boleh hack satu akaun sahaja, terpaksa tumpu pada satu akaun. Hacker tak akan boleh hack keseluruhan sistem kerana sistem ini tidak berpusat. Data dan pengguna atau pengawal setiap akaun adalah berbeza, iaitu pemilik akaun itu sendiri. Semua data-data ada pada setiap pemegang. Jika sepuluh juta atau 1 billion yang menggunakan blockchain tersebut, bayangkan betapa sukar kerja hacker.

Andai kata data itu diubah sekali pun, rekod data itu tetap wujud dan pengubahan itu juga ada bukti dalam data sistem blockchain itu diubah.

Ini antara alasan mengapa sistem blockhain ini amat bagus digunakan dalam sistem pilihan raya. Identiti setiap pengundi tidak boleh diubah. Undi hantu tidak akan wujud. Andai ada perubahan identiti atau data pasti akan diketahui.

Sistem blockchain ini bukan sahaja sesuai digunakan dalam bidang kewangan, bidang politik, bidang ekonomi, malah pelbagai bidang industri dan teknologi.

Jika anda lihat bagaimana block, block ledger ini terbentuk anda akan faham jika sistem blockchain ini tercipta 80 tahun dahulu, kerajaan hari ini tidak akan sukar menjejak pewaris kampung baru atau pewaris wang atau harta tidak dituntut kerana setiap data yang wujud tidak akan terhapus dan akan terus boleh dijejaki sampai pewaris terakhir.

Ketika ini mata wang digital atau mata wang kripto baik bitcoin, ethereum, XRP, USDT semuanya menggunakan sistem blockchain. Apa bila anda sebut mata wang digital atau kripto ia harus ada kena mengena dengan blockhain kerana teknologi blockhain ini yang memperkenalkan penggunaan mata wang kripto buat kali pertama.  Blockchain ialah pemboleh jadi (enable) pada wang kripto atau cryptocurrency. Matawang kripto yang benar atau genuine haruslah menggunakan teknologi blockhain yang genuine atau tulen (penerangan lanjut akan diterangkan dalam artikel akan datang).

Blockchain ini amat sesuai di gandingkan dengan teknologi Artificial Intelligence (Kecerdikan buatan). Artikel seterusnya akan menceritakan secara ringkas mengenai teknologi AI (kecerdikan buatan) ini.


Disclaimer :- Adalah ditegaskan disini, artikel ini adalah mengikut pandangan dan pemahaman penulis. Penulis tidak bertanggung jawab diatas salah faham atau keputusan yang dibuat oleh pembaca atas ulasan dan artikel ini.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...