Keledek antara kegemaran ramai untuk sarapan dan minum petang juga snacking, gambar keledek kuning dengan sapuan keju arab |
Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Setuju, memang bosan jika menikmati makanan yang sama sentiasa.
Makanan sihat kini terdapat pelbagai pilihan, namun untuk makanan dari luar negara dan organik ia memang mahal untuk kebanyakan individu.
Untuk sehari dua, anda boleh mengeluarkan duit untuk makanan dari negara luar ini dalam versi organik dan sihat, namun untuk makan bulan atau tahun kos yang besar perlu dikeluarkan.
Asia kekal kaya dengan segala nikmat makanan dan tumbuhan. Malas khasiat makanan dan tumbuhan di Asia tidak kurang hebat dan berkhasiat seperti tumbuhan dan makanan di negara luar termasuk Eropah.
Keledek misalnya tetap punya khasiat yang tinggi malah dikatakan lebih baik dari kentang putih yang kebanyakannya hasil GMO.
Harus ditegaskan dan ditekankan berkali-kali, organik tidak semestinya non-GMO.
Maka anda harus bijak memilih yang terbaik untuk kesihatan anda dan insan tersayang.
Makanan sihat terutama salad harus bijak di pelbagaikan dengan sayur-sayuran berlainan dan campuran berlainan.
Ini termasuk Smoothie kegemaran anda. Ada waktu anda minum Smoothie buah-buahan, ada waktu anda pilih Smoothie sayur-sayuran atau Green Smoothie, dan ada masanya anda tetap boleh menikmati Smoothie coklat sama ada coklat sahaja atau bersama badam.
Pilihan di tangan anda asalkan ia Smoothie yang sihat dan berkhasiat.
Sesekali selain merebus dan menggoreng telur anda juga boleh Steam atau mengukus telur kegemaran anda. Atau membakarnya di dalam Oven. Hanya pecahkan telur dan isi dalam acuan, anda boleh membakarnya atau mengukus. Anda boleh tabur apa sahaja atas telur anda sebelum di bakar dan di kukus seperti daun herba kegemaran anda seperti daun bawang, Rosemary atau sebagainya.
Keledek manis Jepun dilenyek dan dicampur kelapa muda kemudian di goreng tanpa minyak dalam kuali Non stick kemudian di cicah keju Arab juga Smoothie hijau (Green Smoothie). |
Sesetengah individu suka menabur oat di dalam telur kegemaran mereka dan membakarnya untuk sarapan dan snek yang lebih mengenyangkan.
Bosan menikmati keledek rebus atau bakar. Masa untuk anda menikmati keledek bakar atau rebus anda bersama sapuan Mentega Kacang atau Mentega dan tambahan bahan lain termasuk daun herba seperti pudina atau Rosemary.
Keledek juga sungguh enak dimakan dengan salad. Pilihan lain anda boleh tambahkan keju sihat dan nikmati keledek anda dengan rasa lebih lemak dan enak.
Malah anda juga boleh nikmati salad seperti saderi bersama Mentega Kacang termasuk buah epal hijau dan pisang yang boleh di cicah Mentega Kacang.
Salad segar juga enak ditabur keju sihat. Anda boleh mencubanya untuk sarapan lebih enak dan hidangan lebih menyelerakan.
Banyak lagi menu mudah yang anda boleh cuba.
Anda boleh nikmati ia sesuai citarasa anda.
Dapatkan semua bahan mudah dan senang disediakan supaya anda tidak berlengah dan merasa malas menyediakan menu sihat ini.
Tanpa alasan 'susah dan cerewet atau tidak masa' insyallah anda akan lebih bersemangat untuk menjalani diet yang lebih sihat.
Insyallah. Sama-sama kita berusaha.
Terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan