Isnin, 9 Oktober 2017

Dari Smoothie dan Jus ke Buah-buahan dan Sayur-sayuran Sebenar


Smoothie kale, tomato dan Roselle 
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Sering berkongsi mengenai Smoothie dan jus. 

Semakin ramai mengemari minuman dan Smoothie mudah di buat ini.

Ingin ditegaskan disini. 

Untuk masa sibuk anda dan tiada masa untuk mengkonsumi sayur-sayuran dan buah-buahan,  ia boleh diterima untuk anda menggantikan dengan Smoothie atas faktor masa yang tidak terkejar dan terurus. 

Begitu juga untuk mereka yang baru belajar untuk menerima sayur-sayuran dan buah-buahan didalam diet dan pemakanan. 

Seiring masa dan praktis yang anda amalkan setiap hari bersmoothie atau berjus,  kini masa untuk anda belajar menikmati sayur-sayuran dan buah-buahan sebenar dalam diet anda yang bukan dari hasil kisaran,  mahupun  jus dari mesin kisar 'cold pressed'. 

Tahukah anda,  bahawa tidak sama khasiat buah-buahan dan sayur-sayuran yang dikisar atau yang di press dengan mesin'cold pressed'  berbanding sebiji asal bentuk buah dan asal sayur-sayuran. 

Ini kerana fakta jelas menunjukkan kisaran dan cold pressed sendiri mengurangkan khasiat dan fiber dalam buah-buahan dan sayur-sayuran. 

Kisaran menghapus dan menghilangkan banyak vitamin,  serat dan galian dalam sayur-sayuran dan buah. 

Jus cold press 100% mengandungi gula tinggi walaupun tanpa tambahan gula dan turut membuang serat dari buah-buahan dan sayur-sayuran,  sekaligus tidak sesuai untuk pesakit kencing manis.  Di katakan jus cold pressed boleh menyebabkan gula naik mendadak atau diserap dengan cepat oleh tubuh.  (Dari segi kebaikan vitamin dan mineral serta galian lebih mudah diserap tubuh) 

Kedua-dua cara pemakanan yang makin popular ini, mengurangkan rasa dan khasiat asli sebenar sayur-sayuran dan buah-buahan ini melainkan anda memakan ia 100% segar dan dari kunyahan mulut sendiri bukan di telan dan diminum. 

Masih boleh dimaafkan jika anda kurang selera dan demam untuk menikmati jus dan Smoothie buah-buahan dan sayur-sayuran. 

Namun jika ia masih berterusan melebihi setahun,  masa untuk anda melatih dan memaksa diri menikmati buah-buahan dan sayur-sayuran ini 100% tanpa mengisar atau membuang serat atau fiber. 

Banyak penjimatan dan khasiat yang akan anda perolehi berbanding menikmati buah-buahan dan sayur-sayuran sebagai Smoothie atau jus sahaja. 

Menikmati buah-buahan dan sayur-sayuran secara langsung (tanpa kisaran atau bentuk jus) lebih membuatkan anda kenyang lama serta membantu menjimatkan lagi kos atau Budget makanan sihat anda. 

Selamat melatih diri dan mencabar diri anda untuk menikmati buah-buahan dan sayur-sayuran secara Real 100%.

Terima kasih. 



2 ulasan:

sabrinasumayyah berkata...

Terima kasih atas perkongsian. Dulu tak suka makan sayur. Alhamdulillah sekarang dah boleh telan. Memang rasa beza pada badan bila makan sayur banyak

Deeja berkata...

Sama-sama. Terima kasih sudi singgah dan baca Blog ini. Semoga kita sama-sama terus belajar menikmati sayur-sayuran dan buah-buahan lebih banyak dan sihat. Insyallah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...