Komen pertama yang menegur cara tulisan di Blog ini |
Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Main-main menulis.
Tahukah anda betapa mudah bermain-main menulis.
Seperti suka-suka Blogging.
Maklumlah fikir ketika itu bukan siapa-siapa yang membaca.
Orang yang suka-suka untuk menghabiskan masa.
Saya suruh anda baca, saya baca anda punya Blog.
Awak follow saya, saya follow awak.
Betul kata pujangga.
Ketika anda bermain-main ada yang mengambil serius.
Pertama kali membaca komen di Blog betapa serius dan padu kata-kata pembaca, ia menyebabkan Blog ini sendiri dari Blog main-main menjadi serius.
Ia hanya asbab satu komen, terus Blog berubah rentak.
Dan sebagai penulis yang mula sensitif dan sedar bahawa ada kalangan pembaca bukan main-main untuk datang membaca dan mencari ilmu serta jawapan.
Maka bermula perubahan sepenuhnya dari susun kata ayat dan ejaan penuh di Blog ini.
Jutaan Terima kasih atas komen pembaca budiman tersebut juga atas tunjuk ajar Puan Guru Puan Ainon Mohd yang sering menekankan penggunaan ejaan penuh dan ayat positif dalam setiap status beliau.
Puan Ainon Mohd adalah antara guru rujukan untuk cara penulisan Blog ini.
Malah ayat-ayat dan aura positif beliau cuba di terapkan di Blog ini.
Seiring waktu dan hampir 5 tahun usia berblogging (Februari 2018 cukup 5 tahun usia), doa dan harapan agar Blog ini bukan menjadi Blog biasa-biasa sahaja.
Namun sebagai rujukan dan motivasi kepada mereka yang membacanya.
Kita perlu berubah seiring keadaan sekeliling, jika komen di Blog ini dahulu di pandang sebelah mata, mungkin Blog ini kekal sebagai Blog main-main dan masih suka-suka sahaja.
Terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan