Smoothie campuran kale, sawi gelap kerinting, lobak, ubi bit, halia dan daun sup |
Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Kata bijaksana di usia memasuki usia 40an bukan lagi fokus untuk mencari makanan sedap sahaja namun yang penting makanan sihat.
Bukan mudah sebenarnya untuk mempertahankan semangat diri. Lebih-lebih lagi jika penuh sindir di sekeliling baik di rumah, pejabat, Cafe, restoran, masyarakat dan sekitar.
Bukan mudah mendapat rakan yang sekepala. Rakan yang menyindir memang mudah.
Namun kekal ada rakan yang menyokong walaupun mereka tidak turut serta.
Begitu juga ahli keluarga, mungkin pada mulanya mereka tidak faham dan penuh sindiran. Namun lambat laun pasti mereka sedar.
Meninggalkan habit atau aktiviti makan yang biasa diamalkan berpuluh tahun dan menukarkan ke aktiviti makanan lebih sihat juga sesukar memulakan apa sahaja perkara baru dalam hidup seharian.
Ini termasuk dari bekerja makan gaji ke bekerja sendiri, dari Sales person ke marketing person, dari peniaga kecil ke usahawan, dari pengomen ke penulis.
Selagi ada perubahan yang di lakukan dan ia untuk ke arah lebih baik pasti memerlukan banyak pengorbanan dan kekentalan.
Bayangkan ketika anda membancuh Smoothie terutama Green Smoothie anda di sindir dengan kata-kata
" geli tengok "
" nak muntah bau"
Anak atau suami, mungkin juga adik atau emak anda sendiri bangun pergi meninggalkan anda seorang diri di meja makan.
Lebih kejam lagi, jika anda di pejabat, kawan pejabat anda beramai-ramai bangun dari pantry hanya kerana Green Smoothie anda yang anda bawa sebagai bekal.
Jangan tidak tahu, ada sahaja kes sebegini.
Namun seiring zaman moden, semakin ramai menerima cara makanan sihat yang dibawakan, malah jika mereka tidak mengamalkan makanan sihat seperti ini mereka kekal menghormatinya.
Lebih-lebih lagi bagi golongan yang amat terbuka dengan pilihan masing-masing.
Ramai yang saya jumpa semakin menghormati pemilihan pemakanan. Malah walaupun mereka sendiri tidak mengamalkan pemakanan sihat tiada sindiran malah pujian turut diberikan atas kekuatan semangat juang untuk menikmati makanan lebih sihat.
Ingat masa depan tak akan berubah jika kita tidak memulakan.
Mereka yang berjuang untuk makanan Semulajadi, produk Semulajadi bukan sahaja membantu diri sendiri malah mengurangkan kesan negatif kepada alam sekitar, tumbuhan, binatang dan manusia itu sendiri.
Racun serangga yang digunakan merosakkan udara dan membahayakan binatang. Malah ekologi juga terjejas.
Menyembur racun serangga dan menutup mulut dan hidung ketika menyembur racun tidak membantu anda jika anda sendiri menikmati makanan dan sayur-sayuran itu sendiri kerana realiti anda tidak makan sayur atau beras dengan penutup mulut dan hidung.
Hari ini mungkin hanya anda seorang yang berjuang dalam keluarga anda atau rakan-rakan mahupun kelompok anda.
Sekurang-kurangnya anda memulakan.
Lambat laun, 3 tahun lagi percayalah makin ramai akan menyusul.
Hati wajib kental. Gagahkan diri dan jangan peduli pandangan dan kritikan golongan lain.
Kita wajib tahu apa yang kita pertahankan.
Tidak perlu berlawan dengan insan lain, hanya lawan diri sendiri.
Tidak perlu terang banyak kepada insan lain jika anda sendiri cukup terang kenapa jalan itu yang anda pilih.
Memilih mempromosikan produk Semulajadi hanya dari bahan yang boleh dimakan sebagai produk penjagaan diri dan Ilham sendiri adalah sesuatu benda baru yang cuba diperkenalkan.
Sejajar dengan maklumat dan fakta dari buku Persatuan Pengguna Pulau Pinang, yang hanya mengesyorkan hanya bahan makanan disapu di tubuh anda untuk lebih selamat dan jauh dari risiko kesihatan lain.
35 tahun menikmati makanan kurang sihat, kini 3 tahun perlahan-lahan mengubah pemakanan walaupun bukan 100% namun banyak lagi perkara harus di ubah terutama dalam pemakanan dan aktiviti harian.
Namun Sekurang-kurangnya progress semakin baik dan meningkat.
Tidak tahu apa lagi akan diduga dan berlaku di masa akan datang.
Sebagai manusia biasa hanya berfikiran positif dan bersangka baik sahaja yang mampu.
Hanya doa dan usaha juga keizinan dari Allah sahaja yang membenarkan segalanya berlaku.
Semoga ia dipermudahkan.
Insyallah.
Salam Jumaat yang berkah.
Terima kasih.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan