Ahad, 9 April 2017

KHASIAT & KEBAIKAN JERING terutama Mencegah Kanser


Buah Jering atau ulam jering bersama kacang botol 
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Jering, keldas dan petai adalah antara ulaman popular di kalangan masyarakat Melayu. 

Dikatakan terkenal di kalangan kaum Melayu untuk mengurangkan gula di dalam darah melalui pengeluaran air kencing,  Jering selain di makan bersama nasi turut direbus dan di makan bersama kelapa muda parut,  makanan ini biasanya terdapat di Kelantan.

Jika anda mencari Jering segar atau mentah,  Jering banyak di jual di pasar dan sesetengah pasaraya.

Ada beberapa alasan  mengapa anda harus rajin menikmati Jering di dalam diet pemakanan anda.

Ini alasan Khasiat dan Kebaikan Jering untuk anda mengamalkan Jering dalam diet pemakanan anda.

1. Buah Jering terbukti sebagai salah satu bahan asli yang mampu membunuh sel  kanser.  Malah Jering di katakan 10000 kali ganda lebih berkuasa berbanding kemoterapi dalam membunuh dan menghalang sel kanser daripada merebak. ( ubat adriamycin iaitu ubat kemoterapi)

2.  Sebatian alkaloid di dalam Jering dikatakan turut membantu mengurangkan diabetes dan kencing manis di dalam tubuh.

3.  Jering juga di percayai membantu mengurangkan stress sekaligus mengurangkan tekanan darah tinggi.

4. Pesakit buah pinggang atau mereka yang berisiko tinggi mendapat penyakit buah pinggang tidak digalakkan menikmati Jering.  Jering mengandungi asid  jengkolik yang boleh menyebabkan terbentuk hablur di dalam buah pinggang dan menyebabkan risiko penyakit buah pinggang.

5. Mengamalkan Jering juga membantu melawan pelbagai jenis kanser termasuk kanser payu dara.

6. Jering juga mengandungi kalsium dan fosforus yang bagus untuk tulang.

7. Jering dipercayai mampu membunuh parasit atau cacing dalam usus.

8. Jering juga kaya dengan zat besi sekaligus mengelakkan anemia.  Wanita yang sedang haid boleh menikmati Jering untuk menambah darah.

9. Tahukah anda kandungan protein yang terdapat di dalam Jering lebih tinggi berbanding di dalam kacang hijau dan kacang soya.  Maka jika anda pengamal diet vegetarian dan tidak menikmati daging,  anda boleh memasukkan Jering di dalam hidangan anda.

10. Jering juga tinggi kandungan serat sekaligus membantu penghadaman dan mengurangkan perut buncit.

Jika anda ke pasar jangan lupa belajar menikmati Jering.

Jering enak di makan dengan budu atau anda juga boleh belajar memasak sambal Jering.

Selamat Mencuba.

Terima kasih.







2 ulasan:

Siti Yang Menaip berkata...

insyallah apa yang Allah jadikan tu ada hikmah dan penawarnya =)

Deeja berkata...

Betul sangat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...