Jumaat, 20 Januari 2017

Pengguna Zai's Beauty Formula




Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Menulis pengalaman menggunakan produk Zai's Beauty Formula,  saya kerap di hubungi oleh mereka yang pernah menggunakan produk ini dan mereka yang masih setia ingin menggunakan produk Zai's Beauty Formula ini.

Terdapat beberapa bekas pengguna memohon tunjuk ajar tentang produk untuk menggantikan Produk Zai's  Beauty Formula yang tidak lagi berada di pasaran. 

Untuk asas pertama bagi mereka yang merupakan bekas pengguna Zai's Beauty Formula. 

1. Anda kena pastikan produk yang anda gunakan langsung tiada bahan kimia. 

2. Produk itu boleh atau selamat dimakan barulah anda sapu dan gunakan pada tubuh,  jika tidak boleh dimakan cuba elakkan. 

3. Tidak berbuih.  Tiada SLS, SLES dan bahan karsinogen bahaya.  Anda perlu merujuk bahan-bahan dalam kosmetik yang menyebabkan kanser dalam buku yang diterbitkan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang yang turut di jual di kedai buku Popular. 

4. Untuk pengganti pencuci muka gunakan susu tepung asli.  Cara bancuhan susu tepung sebagai pencuci wajah terdapat di link di bawah :-


Pencuci Muka Semulajadi

**untuk info anda juga boleh menggunakan tepung pulut atau tepung beras sebagai ganti susu tepung.

Tepung beras lebih sesuai untuk kulit berminyak. 

5. Wajah yang terlalu kerap menggunakan bahan kimia,  jika dihentikan pemakaiannya akan melalui proses nyah toksik.  Di mana segala jerawat dan masalah kulit akan berlaku.  Ini adalah normal.  Ia adalah proses detoks kulit wajah anda. 

Berhenti menggunakan produk wajah di pasaran.  Dan gunakan sahaja pencuci wajah Semulajadi dari susu tepung ini. 

Lalui sahaja dengan tenang proses detoks wajah anda ini. 

Tidak perlu menyapu sebarang minyak bayi atau minyak tidak asli ke wajah anda. 

Lebih bagus anda buat bedak sejuk sendiri sahaja. 

6. Saya kerap mendapat mesej dan what apps bekas pengguna Zai's  Beauty Formula yang kembali bermasalah setelah menukar pelbagai produk wajah lain. 

Untuk info,  apabila kulit anda telah dipulihkan menggunakan Zai's Beauty Formula,  kulit anda telah bersih. 

Apabila anda mula menggunakan produk kimia lain,  kulit yang dahulunya sudah sembuh semakin mudah terkena kesan sampingan dan rosak. 

Seiring kemasukan bahan kimia dan kulit anda kembali biasa dengan bahan kimia. Kulit anda akan kembali ok dan kebal pada bahan kimia. 

Untuk jangka masa panjang setelah terkumpul pelbagai bahan kimia kulit anda pasti akan kembali bermasalah. 

7. Untuk info jika kulit anda langsung tidak ditumbuhi jerawat atau alahan,  kemungkinan kulit anda telah mati kerana penggunaan merkuri dan bahan-bahan kimia lain. 

Kulit yang hidup, sesekali jika tersilap menikmati makanan kurang sihat dan kaya toksin ia akan keluar mengikut kulit wajah. 

Jika kulit anda bertahun tahun langsung tidak ditumbuhi jerawat. Anda harus mula melihat kandungan produk wajah anda. 

8. Untuk produk tubuh pengganti mandian anda juga boleh menggunakan susu tepung,  tepung pulut atau tepung beras. 

Susu tepung berfungsi untuk mencerahkan dan melembutkan kulit serta paling melembapkan. 

Tepung pulut menghaluskan dan melembapkan kulit. 

Tepung beras agak mengeringkan kulit.  

9. Kurangkan menikmati makanan tinggi gula,  tepung dan makanan terproses dan kurangkan makanan bergoreng untuk kulit yang sihat. 


Semoga info ini bermanfaat untuk anda. 

Terima kasih.



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...