Sabtu, 28 Januari 2017

Kamu..


Gambar langsung tanpa Makeup 2017
Mengenali kamu kawan 10 tahun dahulu,  membuka sekali lagi pintu hati untuk aku bercinta dan memikirkan untuk sebuah pertalian yang serius. 

Setelah 10 tahun aku mengenali cinta pertama, kau hadir sebagai insan yang aku telah tanamkan untuk yang terakhir aku cintai. 

Putus dengan mu adalah perkara paling aku tidak pernah bayangkan.  Tiada ku sangka itulah kali pertama aku tidak berhenti menangis walaupun pada pagi hari raya. 

Aku tidak pernah berkongsi kisah duka cinta ku selama aku hidup dengan sesiapa pun ahli keluargaku kecuali dengan kamu.  Betapa aku ikhlas mencintaimu satu waktu dulu sehingga kau insan pertama yang membuatkan aku benar benar merasakan kau paling terbaik untuk aku. 

Kawan.. Kau sungguh istimewa.  Kau paling mengambil berat mengenai aku.  Paling pemurah terhadap ku dan kurasa paling mencintai dan menghargai aku. 

Aku sering mempersalahkan diri sendiri setelah kau pergi memulakan hidup baru dengan insan yang sumpah tidak pernah aku sangka akan menggantikan tempat aku. 

Tahukah kau kawan,  kerana tidak terjadinya ikatan antara kita akhirnya aku jatuh cinta pada insan yang juga aku sama sekali tidak sangka akan menggantikan tempatmu. 

Banyak sungguh perkara yang aku tidak sangka. 

Kau telah meninggalkan aku kepercayaan bahawa insan yang memiliki pelbagai benda tidak mudah aku percayai dan gantung harapan. 

Oleh sebab itu aku jatuh cinta pada insan yang langsung tidak punya apa apa. 

Tapi benar,  jika Allah tidak mentakdirkan dia untuk aku,  maka selamanya ia bukan milik aku. 

Aku tewas lagi untuk ke sekian kali dalam kisah cinta terakhir aku itu untuk setakat ini. 

Bertahun berlalu,  kau menghubungi aku. 

Bercerita tentang betapa sukar mencari aku. 

Memberitahu perpisahan kau dengan dia. 

Aku amat pelik sekali kerana aku tidak merasa langsung sedikit pun perasaan terhadap mu. 

Suatu waktu dulu kau lah insan yang sentiasa setiap
Saat dan waktu berada dalam doa-doa aku. 

Sehingga hari ini aku berterima kasih padamu kawan. 

Tanpamu yang meninggal akan aku.  Aku tidak akan kenali insan yang memberi kan kedewasaan sebenar untuk aku.

Kecewa mendalam itu telah membawa aku mengenal insan lain yang akhirnya banyak memberikan pengajaran paling berguna untuk aku. 

Dulu aku ingatkan kau yang paling aku cinta. 

Tapi aku silap,  aku mencintai insan lain selepas kau dengan 10x lebih mendalam. 

Kau pernah tidak merestui kerjaya aku. 

Dan pernah tidak menyukai pilihanku.
Ketika kau menghubungi aku kembali, kau akhirnya memilih untuk menjadi ahli perniagaan,  satu kerjaya yang amat aku kagumi. 

Kau semakin matang dan dewasa.
Aku jua. 

Mencintaimu satu waktu dulu,  hikmahnya untuk membawa aku mengenali insan lain dan pelakon- pelakon yang tercipta di dunia ini. 


Kau telah membawa aku mengenali insan - insan dan membawa aku mengharung pengembaraan yang mencabar dan menggembirakan. 

Aku tak akan pernah menyesal pernah mengenali dan mencintaimu. 

Untuk 10 tahun perkenalan kita aku ingin kau tahu,  kau adalah antara tapak yang memulakan perjalanan aku hari ini.

Untuk 9 bulan lagi perpisahan kita 10 tahun dulu,  andai kau masih setia membaca Blog aku ini,  percayalah kau amat aku cintai satu waktu dulu. 

Terima kasih kerana pernah mencintaiku.  Percayalah kau insan pertama yang memberikan aku pengalaman percintaan romantik pertama dalam hidupku. 

Untuk kau aku doakan untuk bertemu jodoh yang membahagiakan kau selamanya. 

Doa aku benar benar ikhlas untukmu dan aku harap dan berdoa jodohmu bukan aku.. Insyallah. 

Selamat ulang tahun perkenalan yang ke 10 tahun. 


Terima kasih untuk segalanya.

Halalkan makan minumku,  segala hadiah dan pemberian mu untuk aku,  pengorbanan masa tidur dan rehat mu untuk aku.

Aku ucapkan dari hati..  Benar-benar

Jutaan terima kasih.

Semoga kau sentiasa di dalam lindunganNYA.






Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...