Isnin, 9 Januari 2017

Pengalaman Menggunakan Minyak Habbatus Sauda

Minyak Habbatus Sauda Jenama  TIAF
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Mengenali minyak Habbatus Sauda bertahun dahulu serta membeli minyak berbotol-botol tetapi tidak pernah berpeluang menggunakan minyak ini sehingga ia expired (tamat tempoh).

Akhirnya pada tahun 2016 saya membeli minyak Habbatus Sauda Jenama TIAF dan berusaha untuk belajar menggunakan ia.

Mengenali khasiat minyak Habbatus Sauda terutama ketika aktif dalam Group kesihatan.

Minyak Habbatus Sauda adalah antara produk wajib dalam menjaga kesihatan khususnya bagi mereka yang mengalami isu usus bocor.

Isu usus bocor termasuk ekzema,  artritis,  SLE,  asma,  gout dan pelbagai penyakit lain yang punca utama ialah dari masalah usus.

Untuk anda yang sedang melalui proses topical steroid withdrawals (tsw),  produk ini adalah antara paling menjadi pilihan di dalam Group.

Saya tidak menggunakan minyak Habbatus Sauda ini ketika proses TSW.  Saya hanya mengunyah Habbatus Sauda biji setiap pagi.

Minyak Habbatus Sauda Jenama TIAF ini di beli oleh saya ketika Ramadan 2016 dan masih banyak sehingga hari ini kerana saya amat jarang menggunakan minyak ini dan turut memberi separuh kepada ibu saya dari jumlah asal di dalam botol ini.

Minyak Habbatus Sauda Jenama TIAF ini boleh di campur setitik dua di dalam minuman kopi bagi menggantikan minyak kelapa dara.

Saya belum mencuba minyak ini  di dalam minuman kopi kegemaran saya,  dan akan mencuba ia dalam waktu terdekat,  insyallah.

Untuk info dikatakan khasiat Habbatus Sauda dari minyak lebih cepat 5-8 jam di serap oleh tubuh berbanding Habbatus Sauda di dalam bentuk biji.

Bagi badan jenis panas dan mudah pening atau sakit kepala (migrain), sila sesuaikan dengan tubuh anda.  Bimbang 'healing process'  atau proses penyembuhan agak kuat dan menekan tubuh.

Jika ini berlaku di nasihatkan anda mengambil minyak Habbatus Sauda hanya beberapa titik atau semburan sahaja atau kekal hanya dengan mengamalkan Habbatus Sauda jenis biji sahaja.

Minyak Habbatus Sauda sesuai di sapu di badan dan sendi yang lenguh lenguh.

Sakit belakang,  gout dan sebagainya.

Ia cepat melegakan dan menyembuhkan.  Apa yang kurang enak bau minyak Habbatus Sauda ini amat kuat dan merosakkan bau pakaian sekaligus menjadikan bau badan tidak enak.

Untuk mereka yang sering kesejukan dan jenis badan mudah masuk angin,  menyapu minyak Habbatus Sauda amat membantu.

Anda mungkin harus banyak bersabar dengan bau minyak ini sahaja.

Untuk info sepanjang saya menjalani proses TSW dan hanya menggunakan minyak kelapa dara (bau minyak kelapa dara jauh lebih ringan berbanding minyak Habbatus Sauda),  bau minyak kelapa dara itu walaupun telah dicuci berkali kali tetap melekat di pakaian.

Bau minyak Habbatus Sauda ini bagi saya lebih 5 kali ganda baunya.

Maka,  pastikan ketika anda menggunakan minyak ini anda tidak menggunakan pakaian kegemaran atau kesayangan anda.

Malah bau minyak ini jika di pakai di waktu malam mungkin melekat di alas tilam anda.

Anda pasti bijak dalam menyelesaikan isu ini.

Untuk mereka yang menghadapi masalah kulit dan sesuai menggunakan produk jenis minyak.

Minyak Habbatus Sauda adalah antara produk yang amat bagus untuk menyelesaikan pelbagai masalah kulit.

Isu kulit berjerawat,  berparut,  ekzema,  jeragat dan pelbagai isu lain,  insyallah boleh di pulihkan.

Terdapat pelbagai jenama minyak Habbatus Sauda di pasaran.

Pilih sahaja mengikut budget anda.

Anda boleh memilih minyak Habbatus Sauda perahan sejuk atau proses perahan panas.  Di dalam botol kaca atau di dalam botol plastik.

Pilihan saya ialah botol kaca.

Jenama minyak Habbatus Sauda TIAF ini dijual pada harga RM70 sahaja.

Anda boleh mendapatkan ia dari agen di seluruh Malaysia.

Ajar anak anda dan keluarga anda menikmati Habbatus Sauda dalam pelbagai menu masakan dan jadual harian mereka.

Habbatus Sauda ialah makanan sunnah@arab paling terkenal selain madu dan dipercayai meningkatkan antibodi tubuh dan membantu menyembuhkan pelbagai isu kesihatan termasuk kanser.

Antara artikel paling popular yang ditulis oleh saya mengenai khasiat Habbatus Sauda di link di bawah,  saya turut berkongsi pengalaman Habbatus Sauda di dalam artikel tersebut.

Khasiat Habbatus Sauda

Semoga info ini memberi manfaat kepada anda.

Terima kasih.



1 ulasan:

Nurul iPhone Enthusiast berkata...

Alhamdulillah dapat byk maklumat ttg habatus sauda...tq sharing

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...