Khamis, 16 Januari 2020

BERITA PERKEMBANGAN BLOCKCHAIN, TEKNOLOGI AI & CRYPTOCURRENCY DI MALAYSIA




Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Sebelum kita teruskan dengan lebih mendalam mengenai BLOCKCHAIN, ARTIFICIAL INTELLIGENCE & CRYPTOCURRENCY.

Tentu anda yang pernah mendengar mengenai blockchain dan cryptocurrency tahu bahawa diseluruh dunia kini, mata wang digital, teknologi blockchain dan Artificial Intelligence ( kecerdikan buatan) semakin diterima dan diguna pakai. Setiap hari pasti akan ada berita dan info terbaru yang berlaku diseluruh dunia mengenai mata wang digital atau kripto ini termasuk dalam teknologi blockchain dan AI.


Kita hanya perlu google untuk tahu maklumat dan berita terkini seluruh dunia mengenai blockchain,  mata wang digital dan teknologi AI. Semua hanya di jari anda, asalkan ada perkhidmatan internet segala carian dan info hanya di hujung jari.

Mari kita lihat antara berita teknologi dan perkembangan blockchain, Artificial Intelligence (kecerdikan buatan) dan Mata wang digital di Malaysia yang saya perolehi di internet untuk tatapan dan info ringkas anda.


1.
dari portal Malaysiakini - MALAYSIA KAJI PERKENAL DASAR NASIONAL PENGGUNAAN AI (ARTIFICIAL INTELLIGENCE)

2 .
BANK DI MALAYSIA BERSIAP SEDIA UNTUK TEKNOLOGI FINTECH


3.
Teknologi Kecerdasan buatan (AI) di TOKYO yang akan turut di guna pakai di Malaysia

4.
Teknologi blockchain dan lejar teragih. Teknologi blockchain memang ada kena mengena dengan ledger iaitu ledger yang disimpan dalam bentuk blok.


5.
5 digital bank yang akan wujud di Malaysia
Artikel mengenai 5 digital bank yang akan menerima lesen Bank Digital di link ini https://www.thestar.com.my/business/business-news/2019/12/27/bank-negara-to-issue-up-to-5-digital-banking-licences.



6.
Kumpulan perbankan STANDARD CHARTERED join Ethereum Alliance (ETHEREUM adalah salah satu mata wang digital popular didunia selepas Bitcoin).


7.
Luno salah satu operator pertukaran mata wang digital di Malaysia yang di luluskan oleh Securities Commission Malaysia. Luno telah beroperasi di dunia semenjak 2015 lagi.


ke arah dunia mata wang kripto, akan lebih banyak platform pertukaran wang kripto dijangka akan dibenarkan beroperasi di Malaysia.




Artikel mengenai berita CIMB berkerjasama dengan RIPPLE untuk teknologi blockchain boleh di baca di link ini https://www.thestar.com.my/business/business-news/2018/11/15/cimb-ripple-team-up-for-instant-cross-border-payments.


8.
Securitites Commission Malaysia meluluskan 3 operator pertukaran mata wang digital.

Semoga info ini bermanfaat bagi anda. 

Terima kasih.


Disclaimer :- Adalah ditegaskan disini, artikel ini adalah mengikut pandangan dan pemahaman penulis. Penulis tidak bertanggung jawab diatas salah faham atau keputusan yang dibuat oleh pembaca atas ulasan dan artikel ini.





Perbankan & jual beli online ke zaman aplikasi, Ewallet & blockchain





Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

3 Artikel sebelum ini telah diterangkan secara ringkas bagaimana teknologi itu berubah dan diterima.
Artikel ini akan menerangkan dalam bahasa mudah segala teknologi yang dipaparkan di bawah ini.

ROBOTIK ramai faham iaitu teknologi menggunakan robot.

Perbankan elektronik juga ramai yang faham, menggunakan mesin ATM sebagai mesin keluar dan masuk duit.

Perbankan dan jual beli atas talian (online) juga ramai mula faham, jual beli yang berlaku atas talian menggunakan teknologi internet. Jika sambungan internet itu tiada maka tiada transaksi dapat dijalankan.

Aplikasi juga tentu ramai faham, iaitu aplikasi yang anda boleh download / install dari google store atau apple store. Terdapat pelbagai aplikasi dari aplikasi perbankan, aplikasi beli beli belah, aplikasi media sosial, aplikasi hiburan, aplikasi media sosial, aplikasi komunikasi, aplikasi game, aplikasi untuk gambar, aplikasi untuk peta  (maps) yang memudahkan carian sesuatu tempat siap serta dengan satelit dan segala jenis aplikasi mengikut kategori yang pengguna inginkan. Semua aplikasi ini menyelesaikan masalah pengguna dan memberikan pengalaman indah sekaligus diterima dan digunakan seluruh dunia.

BLOCKCHAIN – Ia adalah tempat penyimpanan data-data dalam bentuk ledger. Ia akan disimpan selamanya dan tak akan terpadam. Ia tidak boleh di hack.  Blockchain ini wujud pada tahun 2008 dan diperkenalkan oleh Satoshi Nakamoto. Satoshi Nakamoto ialah individu / kumpulan yang sama memperkenalkan bitcoin iaitu cryptocurrency / mata wang digital pertama di dunia.

AI – ARTIFICIAL INTELIGINCE (KECERDIKAN BUATAN)
KECERDIKAN BUATAN ATAU KEPANDAIAN BUATAN. SATU SISTEM KOMPUTER YANG MEMPUNYAI OTAK MANUSIA YANG PAKAR PADA SESUATU PERKARA.

Antara contoh paling popular dan mudah faham dalam teknologi AI ialah teknologi AI dalam telefon bimbit. Jika dulu kita tangkap gambar, gambar Itu bergegar, condong, malap, kabur. Jika malam sahaja tak jelas. Tidak center. Kena ambil angle atau sudut tertentu untuk nampak menarik. Kini teknologi AI itu sudah dimasukkan dalam sistem telefon bimbit. Gambar tetap cantik walaupun yang ambil itu bukan professional. Even budak, nenek atau moyang sekali pun jika ambil gambar, gambar itu akan menghasilkan keputusan yang memuaskan hati.

Begitu juga tidak perlu guna photoshop nak edit atau apa, pelbagai aplikasi dalam telefon bimbit semua semakin memudahkan. Budak tadika pun zaman sekarang tahu ambil gambar yang cantik. Kerana AI itu sudah berubah menjadi otak manusia yang mempunyai kepakaran photography. Maka contoh teknologi AI disini ialah kepakaran fotografi.

Sewajarnya artikel ke 4 ini sudah menunjukkan secara jelas beza setiap teknologi yang dipaparkan diatas.

Blockchain adalah berbeza dengan teknologi robotic. Begitu juga aplikasi adalah aplikasi bukan blockchain. Semua ini menggunakan internet.

Ketika ini paling popular menggunakan blockchain ialah cryptocurrency atau mata wang digital.
Kita akan terus ke artikel blockchain dan Artificial Inteligience / kecerdikan buatan selepas ini.

Terima kasih.

Disclaimer :- Adalah ditegaskan disini, artikel ini adalah mengikut pandangan dan pemahaman penulis. Penulis tidak bertanggung jawab diatas salah faham atau keputusan yang dibuat oleh pembaca atas ulasan dan artikel ini.



Khamis, 9 Januari 2020

BERMULANYA ERA DIGITAL DAN BLOCKCHAIN






Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Dalam artikel sebelum ini, kita mengetahui bahawa bagaimana sesuatu perkara  baru di terima, kemudian teknologi baru juga diterima apabila ramai yang menggunakannya dan kemudian ia bertukar menjadi kebiasaan dan gaya hidup.

Seperti contoh membasuh pakaian.

1  1. Mulanya membasuh pakaian di sungai ( basuh ramai-ramai, jalan kaki jauh ke sungai bawa baju yang ingin dibasuh, dah basuh tiba-tiba hujan di tengah jalan, belum campur di ganggu budak nakal dan sebagainya).

  2. Tukar ke membasuh pakaian dirumah. Namun mengambil banyak waktu dan meletihkan. Jika anak sepuluh orang, berjam habis waktu membasuh pakaian sahaja.


    3. Teknologi mesin pencuci pakaian muncul. Ketika ini separa automatic. Kena keluarkan baju untuk di spin, isi air sendiri dan pastikan air tidak melimpah ruah, tukar pula air kepada bilasan dengan kata lain harus di kawal setia jika terlupa air paip mungkin melimpah dan menambah kerja lain mengemop air.

   4. Mesin pencuci pakaian separa automatic di tukar kepada sepenuhnya automatic. Tak perlu susah-susah buka tutup air, keluarkan baju untuk di masukkan ke bahagian kering kemudian keluarkan balik untuk dibilas. Semua seratus peratus automatic. Sedar-sedar kain sudah kering dan sedia dijemur.



Bagaimana teknologi mesin basuh ini diterima?. Kerana ia menyenangkan. Memudahkan dan mewujudkan pengalaman penggunaan yang menyeronokkan sekaligus menyelesaikan masalah sistem sebelumnya. Hari ini kita boleh lihat disetiap rumah pasti ada mesin basuh walaupun rumah setinggan sekalipun.


Teknologi yang berlaku atau inovasi yang berlaku melibatkan 2 perkara iaitu pengalaman dan perasaan kita menggunakan benda tersebut.

Dalam dunia teknologi korporat 2 perkara penting ini ialah :-

UX – User Experience

UI- User interface



Apa sahaja pengalaman buruk seperti kena berjalan jauh ke sungai membasuh baju akhirnya ditukar kepada pengalaman yang lebih manis membasuh baju di rumah menggunakan mesin basuh automatic.


Begitu juga pengalaman buruk menggunakan telefon bimbit yang mempunyai kad memori kecil akhirnya ditukarkan kepada telefon pintar yang bukan sahaja boleh menghubungkan kepada jaringan internet malah menjadi ganti kepada kamera. Manusia tidak perlu lagi membawa kamera bercuti cukup telefon pintar sahaja yang boleh menggantikan apa sahaja. Dari menggantikan computer untuk menghantar email sehingga mengantikan kamera untuk mendapatkan gambar yang cantik.

Pengalaman buruk yang menghasilkan gambar kabur, tidak jelas, tidak lawa. Akhirnya mewujudkan aplikasi untuk mencantikkan gambar. Kemudian teknologi Artificial Inteligience / kecerdikan buatan muncul. Pengguna telefon pintar yang menggunakan teknologi AI ini tidak lagi komplen mengenai gambar. Segalanya terletak jelas. Gambar yang cantik walaupun diambil oleh budak tadika. Kaki yang pendek terlihat panjang, kulit yang kusam terlihat cerah dan badan yang gemuk terlihat kurus. Itulah kuasa teknologi AI, tidak perlu susah-susah untuk edit menggunakan aplikasi dalam telefon bimbit lagi. Semua telah sedia ada dan menjimatkan masa. Paling utama gambar yang dihasilkan cukup memuaskan hati.



Seterusnya pengalaman buruk bagi mereka yang kerap keluar bandar termasuk pelancong yang menggunakan teksi. 10 Tahun dahulu kita tahu manusia di seluruh dunia menggunakan teksi atau bas.


Seiring teknologi blockhain muncul UBER, GRAB, MAXIM, MYCAR, MYTAXI dan pelbagai lagi menggantikan perkhidmatan taxi ini. Masalah dan pengalaman pahit menggunakan perkhidmatan teksi, akhirnya mewujudkan UBER yang kini lebih dikenali dengan nama GRAB di Malaysia.


Perkhidmatan GRAB / UBER  amat memudahkan dan menyelesaikan isu ini. Penumpang tidak perlu tunggu lama, datang khas ke tempat mereka. Harga di beritahu dari awal, maklumat pemandu, termasuk jenis kereta yang bakal dinaiki. Malah segala review mengenai pemandu yang bakal dipilih turut terpapar jelas di aplikasi GRAB yang boleh dimuat naik dalam telefon pintar pada bila-bila masa.


Kuasa teknologi perisian, aplikasi dan blockchain ini yang digabungkan dengan teknologi AI akhirnya terus diterima pakai masyarakat dunia kerana memberikan pengalaman menyeronokkan. Manusia tidak kisah lagi perlu membayar asalkan mereka gembira dengan pengalaman yang diberikan pada mereka.


Dari sekadar perkhidmatan kereta menggantikan teksi, GRAB kini turut menambah perkhidmatan GRAB FOOD, GRABPAY dan pelbagai lagi. Malah pelanggan dan aplikasi GRAB terus bertambah muat turun hari demi hari di seluruh dunia.


Itu baru GRAB. Kewujudan portal beli belah online dan mall online yang besar dan terkenal di seluruh dunia seperti Lazada dan shopee, turut memusnahkan kewujudan kedai fizikal.


Portal beli belah shopee dan lazada memberikan pengalaman yang menyeronokkan kepada pelanggan mereka. Pelanggan boleh melihat perbezaan harga yang amat jelas berbanding membeli secara fizikal di luar.

Banyak yang dapat dijimatkan oleh pelanggan juga penjual yang menggunakan portal beli belah online ini. Harga produk jauh murah dari pasaran contoh nestle, dapat mengurangkan kos pekerja kos orang tengah.

Dahulu hanya sedikit manusia yang membeli belah dalam talian. Kini jual beli semua berlaku dalam talian, malah restoran dan kedai makan juga turut mengiklankan perniagaan mereka secara online. Suri rumah juga berniaga secara online melalui perkhidmatan COD (caj on delivery) di group whatapp dan telegram termasuk membuka kedai online sendiri di shopee. Hari ini di shopee Mall, terlihat jelas biskut dan roti di jual di shopee termasuk buah-buahan dan barangan dapur. Sepuluh tahun dahulu pasti tiada yang terfikir, ikan, udang barangan basah boleh dijual secara online dalam group wasap dan telegram. Malah tiada yang boleh membayangkan berpuluh group whatapp diwujudkan dari group kesihatan sehingga group beli belah.

Teknologi yang cuba dirungkaikan ketika ini ialah teknologi robotic yang akhirnya sampai kepada teknologi blockchain dan artificial inteligience.

Berdasarkan setiap pengalaman hidup, bagi menyelesaikan masalah sejagat atau manusia lahirlah uber mengantikan teksi. Teksi sudah bagus, namun uber lagi bagus. Manusia zaman sekarang tidak kisah untuk membayar lebih untuk teknologi. Begitu juga dengan grab food dan pelbagai benda yang memudahkan lagi contohnya e wallet. Semua ini digunakan dalam satu aplikasi bagi memudahkan pengguna itu sendiri. Seperti mana mudahnya perbankan elektronik. Pelanggan bank tidak perlu susah-susah ke ATM machine untuk melihat baki, gaji sudah masuk atau tidak. Semua boleh diketahui secara online dan satu klik sahaja. Dari pembayaran, deposit, pindahan wang semua berlaku secara atas talian. Beginilah teknologi mengambil alih kehidupan.

Sebagaimana anda melihat teknologi perbankan dan kewangan atas talian. Membeli belah atas talian. Menyambung siratulrahim atas talian. Begitulah yang diramalkan pada masa akan datang dimana duit itu sendiri atas talian.

Bank digital akan mengantikan bank fizikal pada hari ini. Duit fizikal atau fiat akan digantikan dengan duit digital atau mata wang digital. Setiap urus niaga perlahan-lahan akan bertukar digital. Teknologi blockchain dan AI akan terus berkembang pesat dan cryptocurrency / mata wang digital akan mengambil alih kedudukan wang fiat / kertas seperti mana wang kertas hari ini mengambil alih penggunaan jongkong timah yang asalnya bermula dari sistem barter beribu tahun dahulu.

Kita akan kembali menyoroti sejarah mata wang yang juga lahir dari pengalaman buruk sistem barter dan sebagainya selepas artikel ini.

Diharapkan artikel ini memberi anda sedikit sebanyak bayangan, bagaimana teknologi blockchain dan ARTIFICIAL INTELIGIENCE juga crypto currency ini bakal mengubah dunia dan digunakan oleh seluruh dunia dalam dekad akan datang.

Terima kasih.

Disclaimer :- Adalah ditegaskan disini, artikel ini adalah mengikut pandangan dan pemahaman penulis. Penulis tidak bertanggung jawab diatas salah faham atau keputusan yang dibuat oleh pembaca atas ulasan dan artikel ini.


Rabu, 8 Januari 2020

BAGAIMANA WUJUD TEKNOLOGI DAN ARTIFICIAL INTELLIGENCE (KECERDIKAN BUATAN)






Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Sebelum kita teruskan tajuk lebih mendalam mengenai wang kripto atau cryptocurrency (contoh popular BITCOIN, ETHEREUM, litecoin, XRP (Ripple), tether). 

Kita soroti bagaimana kehidupan di zaman nenek moyang kita sehingga memasuki zaman teknologi, bermula dari teknologi mesin, ke teknologi robotik dan kini kearah teknologi ARTIFICIAL INTELLIGENCE (KECERDIKAN BUATAN).

Kita imbas kembali bagaimana zaman nenek moyang kita dahulu, membasuh baju di sungai. Terpaksa berjalan jauh membawa besin basuh baju dan membasuh baju beramai-ramai.

Kemudian dari membasuh baju di sungai, membasuh baju di rumah dengan menggunakan air kolah. Rendam lama di dalam besen dan guna timba untuk mengambil air kolah.

Kemudian teknologi mesin datang iaitu mesin basuh. Ketika ini tidak perlu lagi ke sungai atau membasuh tangan, semua menggunakan mesin baju untuk membasuh baju. Selepas spin baju terus jemur di ampaian.


Teknologi mesin basuh bertukar lagi, kali ini dengan adanya mesin pengering dan dobi. Baju tidak perlu dijemur terus dikeringkan dan dilipat. Jika suatu masa dahulu tiada manusia terfikir di Malaysia yang bercuaca panas mesin pengering baju di perlukan, kini mesin pengering baju tidak asing lagi di rumah urban Malaysia dan di dobi-dobi seluruh Negara.

Bagaimana mesin basuh, pengering baju segera dan dobi ini di terima?.

Ia adalah kerana ia diterima pakai dengan senang hati oleh setiap individu yang menggunakannya. Pengalaman menggunakan yang menyenangkan kerja dan mengembirakan akhirnya diterima seluruh dunia. Inilah yang di panggil User Experience dalam bahasa dunia teknologi korporat. 

Apabila user experience itu bagus, ia akan menggantikan cara penggunaan sesuatu barang dengan yang lebih baik. Mesin basuh separa automatic bagus, namun mesin automatic lebih bagus. Maka mesin basuh automatic lebih digemari dan laku kerana menjimatkan masa dan tak perlu di monitor seperti mesin basuh separa automatic.

Dari zaman teknologi mesin dan robot akhirnnya kita sampai ke zaman ARTIFICIAL INTELLIGENCE (KECERDIKAN BUATAN).

Antara teknologi paling popular dalam penggunaan AI (ARTIFICIAL INTELLIGENCE / TEKNOLOGI BUATAN) ialah penggunaan AI dalam teknologi pembuatan telefon pintar.

Seperti lahirnya mesin basuh dari basuh baju di sungai. Telefon pintar juga asalnya bermula dari telefon awam dimana anda harus berjalan jauh dan mencari telefon awam jika ingin menghubungi seseorang, kemudian wujud telefon rumah atau pejabat , datang pengenalan ke telefon bimbit yang hanya boleh telefon dan mesej, kemudian wujud telefon pintar yang jauh lebih canggih. Telefon pintar yang boleh whatapps, main media sosial, camera dengan mega pixel yang bagus sekaligus boleh terus disambung dengan internet yang memudahkan gaya hidup.

Pengalaman penggunaan telefon pintar yang semakin menyeronokkan dan meluas akhirnya menenggelamkan telefon bimbit biasa jenama nokia yang cukup kukuh dan popular suatu masa dahulu. Siapa sangka NOKIA akhirnya dikalahkan oleh perubahan teknologi yang ketika itu di ambil alih oleh Android dan Ios.


Jenis dan model telefon pintar juga bertukar pantas seiring zaman dan antara paling popular ialah perisian ios dan teknologi Artificial Inteligience / kecerdikan buatan

Bagaimana perubahan teknologi perisian Android dan IOS yang diterima pakai oleh User Experience dan user interface ini yang mengembirakan ramai masyarakat, akhirnya dunia menerimanya. Tenggelamlah telefon bimbit jenama Nokia dan Motorola menjadi sejarah.

Kesimpulan yang boleh di terjemahkan dalam bahasa ringkas disini. Apa sahaja teknologi dan perubahan itu diterima apabila ia melahirkan perasaan gembira dan menyenangkan. Itulah yang terjadi pada teknologi ARTIFICIAL INTELLIGENCE / KECERDIKAN BUATAN, pengguna gembira dan berbangga dengan kehadiran teknologi AI ini sekaligus teknologi AI digambarkan akan terus berkembang menjadi teknologi masa hadapan.

Apakah kaitan antara Artificial Intelligence (kecerdikan buatan) dengan blockchain juga cryptocurrency / mata wang digital seperti bitcoin, ethereum, XRP, tether dan sebagainya?.

Semua ini akan diterangkan satu persatu dalam artikel seterusnya.

Diharapkan artikel ini boleh menjelaskan dengan terang bagaimana perjalanan sesuatu teknologi atau perubahan berkembang. Apabila pengalaman itu menyeronokkan dan mengembirakan, automatic teknologi itu diterima dan diguna pakai seluruh dunia. Begitulah yang diramalkan untuk teknologi AI, Blockchain dan penggunaan crypto currency / mata wang digital.

Terima kasih.


Disclaimer :- Adalah ditegaskan disini, artikel ini adalah mengikut pandangan dan pemahaman penulis. Penulis tidak bertanggung jawab diatas salah faham atau keputusan yang dibuat oleh pembaca atas ulasan dan artikel ini.







Ahad, 5 Januari 2020

CERITA CRYPTO CURRENCY ( Mata wang Digital) Bitcoin dan Ethereum





Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.


Tahun 2019 hanya 3 artikel ditulis di blog ini, tahun 2020 insyaallah blog ini akan kembali aktif.

Mengenangkan bermulanya abad 2020, untuk artikel pertama tahun ini blog ini akan membicarakan mengenai crypto currency, yang lebih dikenali sebagai mata wang digital.

Pernahkah anda mendengar mengenai bitcoin?.

Dua, tiga tahun kebelakangan ini, kisah bitcoin, crypto currency, mata wang digital, Ethereum di bincang hebat oleh kalangan pemain crypto. Ada yang lebih senang memanggil crypto sebagai bitcoin sedangkan bitcoin dan crypto adalah sesuatu yang berbeza. Bitcoin adalah crypto, namun crypto bukan bitcoin.

Crypto terdiri dari pelbagai digital currency atau crypto currency itu sendiri. Antara crypto currency yang paling popular didunia ketika ini ialah bitcoin, Ethereum, XRP yang dikeluarkan oleh Ripple dan lite coin.

Malah facebook ketika ini juga sedang dalam perancangan mengeluarkan crypto currency sendiri yang bakal di panggil LIBRA. Tiada maklumat tepat bila pelancaran LIBRA namun kini ura-ura pelbagai kerjasama antara LIBRA dan syarikat besar mengenai digital sedang diusahakan.

Terdapat 2 pendapat terkuat mengenai pendapat berbeza mengenai crypto currency.

Pendapat pertama golongan kuat yang mengelarkan crypto currency sebagai mata wang digital.

Pendapat kedua golongan pemain crypto currency yang mengelarkan crypto currency sebagai asset digital.

Namun di tengah kedua-dua pendapat ini, tentu sahaja semua harus akui mata wang atau wang juga adalah di bawah asset semasa atau asset cair yang juga turut boleh di panggil asset.

Apa sahaja gelaran dan pendapat, adalah dipercayai crypto currency atau mata wang digital ini akan mula diguna pakai seluruh dunia dalam tahun 2022. Pakar pelaburan Warren Buffet menulis (tweet) di twitter pada 26/6/2018, yang bermaksud mereka yang mempunyai bitcoin akan menjadi jutawan pada tahun 2022. Sama ada ramalan ini benar atau tidak, kita hanya akan tahu apabila masa itu tiba nanti.

Pada ketika ini crypto currency atau mata wang digital ini telah di guna pakai dalam pelbagai urusniaga. Kini terdapat kad VISA Bitcoin dan Ethereum yang boleh digunakan di atm, pelbagai Ewallet, juga exchanger yang melakukan urusniaga dalam traksaksi jual beli bitcoin atau Ethereum tanpa menggunakan tunai.

Buat masa ini ramai yang keliru mengapa harus di tukarkan crypto currency seperti bitcoin atau Ethereum ke bentuk tunai ketika berurus niaga. Harus ditekankan disini, ini hanya untuk sementara kerana kegunaan crypto currency masih belum menyeluruh. Seperti anda harus menukarkan saham dan emas kepada tunai begitu juga crypto (asset).

Pada pemikiran pemain crypto ketika ini adalah antara waktu paling tepat untuk mempelajari mengenai crypto currency dan mula menyimpan crypto currency sebagai asset masa hadapan.

Sebagai salah satu cabang instrument pelaburan, crypto currency ( mata wang digital) turut mengalami harga turun dan naik. Seperti pelaburan lain, crypto currency juga mempunyai risiko. Ketika anda melakukan pelaburan pastikan anda sanggup menghadapi risiko turun naik nilai pelaburan anda. Tiada jaminan harga crypto currency ( mata wang digital ) akan terus naik dan kekal tinggi.

Dalam keghairahan dunia crypto currency atau mata wang digital ini, wujud golongan scammer yang memburukkan crypto currency dalam nama bitcoin dan Ethereum ini. Terlalu ramai golongan scammer ini, bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia.


Untuk mengelakkan terjebak dalam golongan scammer ini ada pelbagai butiran yang harus diambil kira bagi memastikan sama ada golongan ini adalah golongan pemain crypto currency atau mata wang digital yang genuine (sah) atau tidak. Butiran penting ini akan diterangkan secara terperinci dalam artikel seterusnya selepas ini.



Terima kasih.



Disclaimer :- Adalah ditegaskan disini, artikel ini adalah mengikut pandangan dan pemahaman penulis. Penulis tidak bertanggung jawab diatas salah faham atau keputusan yang dibuat oleh pembaca atas ulasan dan artikel ini.








Khamis, 13 Jun 2019

TEMPAT MAKAN BEST DI KUANTAN PART 57 :- COASTAL STORE



Bahagian hadapan CAFE ANTIK COASTAL STORE ini

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Ini adalah sambungan artikel seterusnya dari artikel sebelum ini Tempat Makan Best di Kuantan :- AL DANTE , PASTA PLACE.

Istimewa Jalan Besar, Kuantan, terdapat pelbagai KAFE ANTIK dan hipster muncul di JALAN BESAR ini.

Dari Kula Cakes, Pagi Daisy, Kayu Woods, Coastal Store antara tempat wajib anda pergi terutama jika anda adalah peminat cafe hipster.

makanan enak dan hiasan yang cantik
Kafe Coastal Store ini menghidangkan hidangan ringkas untuk di nikmati antaranya termasuk beef noddles dan nasi ayam. Terdapat pilihan kek seperti kek coklat oren untuk dinikmati sebagai dessert disini.

bersama hidangan ringkas dessert kek coklat oren dan air lemon suam

Bergambar di bahagian hujung rak buku di cafe ini
Cafe Coastal Store ini dihiasi pelbagai barisan buku yang turut dijual disini. Ada yang kelihatan seperti novel lama dan antik. Sebuah piano besar turut diletakkan di cafe ini sebagai hiasan yang cukup menawan.

beef noddles atau mee rebus daging
Di bawah ini sempat dikongsikan gambar-gambar yang sempat saya ambil di cafe hipster ini. Tentu sekali ia amat berbaloi terutama bagi mereka yang gemar bermain instagram kerana cafe ini amatlah instagramable.

berlakon bermain piano..hehe

longgokan buku yang kemas tersusun

air kosong turut disediakan di sebelah piano

bahagian pintu belakang

bahagian hadapan cafe ini yang dihiasi pokok

cafe ini betul-betul terletak di Jalan Besar, kawasan kereta lalu lalang


antara menu yang kami cuba , beef noodles, nasi ayam, kek coklat oren

cafe unik dan cantik

amat sesuai untuk mereka yang meminati photography

menunggu makanan yang di pesan sampai

staff mengambil pesanan makanan dan menu

cafe yang cantik tersusun

memang betul-betul cafe hipster

Disini turut dijual kaset dan cakera padat pelbagai artis, jika anda berminat anda boleh membelinya sebagai kenangan.

kaunter makanan dan pembayaran

suasana di dalam cafe

dari hiasan lampu sehingga hiasan meja semuanya ala hipster
Cafe hipster dan antik ini juga menawarkan harga makanan yang berpatutan, tidak mahal dan tidak murah. Harga makanan disini anggaran dalam RM10 .

Tunggu apa lagi jika anda berada di Kuantan, anda patut cuba singgah menikmati dan merasai suasana di cafe antik ini.

Terima kasih.





Selasa, 11 Jun 2019

Tempat Makan Best di Kuantan Part 56 :- Al Dante Pasta Place


Bersama hidangan buffet Sarapan Pagi di Al Dante
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Berbulan tidak mengemaskinikan blog ini, namun terdapat ratusan draft artikel yang tidak berkesempatan di sudahkan untuk di paparkan di blog.

Hari ini saya cuba menyudahkan draft artikel ini yang telah berbulan tersimpan.

Ini adalah sambungan artikel sebelum ini di link ini TEMPAT MAKAN BEST DI KUANTAN PART 55.

meja yang selesa dan pillihan makanan yang enak
Bagi orang Kuantan yang biasa menikmati hidangan barat di Azam Rooster Balok atau Azam Rooster Indera Mahkota.

Satu lagi restoran dari pemilik yang sama Al Dante Pasta Place menawarkan pelbagai menu menarik untuk sarapan pagi, tengah hari, petang dan malam.

Terletak betul-betul di tengah bandar Kuantan, berhadapan pasaraya MEGAMALL KUANTAN, dan berhampiran Kuantan City Mall, restoran ini adalah pilihan menarik untuk sarapan pagi, makan tengah hari, minum petang dan makan malam.

Malah, Al Dante juga sesuai untuk meraikan keraian penting termasuk majlis hari jadi dan majlis istimewa lain.

Salad turut termasuk dalam menu bufet sarapan pagi di sini
Al Dante menawarkan menu ala carte dari pasta dan pelbagai pilihan makanan barat lain. Selain itu AL DANTE menawarkan buffet sarapan pagi pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad pada harga promosi RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak. Harga biasa bufet ini ialah RM15 untuk dewasa.

bergambar bersama Kak Akma di Al Dante
Restoran yang luas serta cantik, di temani penghawa dingin dan tatahias yang ringkas berlatarkan warna putih, membuatkan anda merasa selesa ditemani muzik di restoran ini.

Saya berkesempatan menikmati hidangan bufet sarapan di sini bersama sahabat saya. Terdapat pelbagai jenis hidangan sarapan pagi disini antaranya nasi lemak, mee goreng, puding roti, cornflakes, koko krunch, salad, mee sup dan pelbagai hidangan lain lagi.

Al Dante Pasta Place
Kebetulan pada waktu yang sama kami menikmati sarapan pagi, sekumpulan pelanggan lain meraikan harijadi sahabat mereka disini.

Ruang makan yang luas
Sesuai dengan tempat dan hiasan dalaman yang menarik, tempat ini antara restoran terpilih yang anda boleh senaraikan dalam pilihan anda seterusnya untuk sambutan hari jadi di Kuantan.

berlatarkan hiasan sambutan hari jadi yang diadakan pada waktu yang sama kami sedang menikmati hidangan
sempat bergambar dengan hidangan buffet sarapan pagi disin

Jika anda seorang yang mengemari pelbagai pilihan sarapan pagi. Anda boleh memasukkan Al Dante Pasta Place diantara senarai restoran wajib cuba anda di Kuantan.




Alamat penuh dan lokasi Al Dante Pasta Place ini ialah :-


Al Dante Pasta Place Sri Dagangan Bussiness Centre, 25000 Kuantan, Pahang

Lokasinya berdekatan CIMB BANK di hadapan Megamall Kuantan.  Selamat mencuba hidangan di Restoran Al Dante.

Ini link sambungan artikel seterusnya TEMPAT MAKAN BEST DI KUANTAN : COASTAL STORE

Terima kasih.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...