Assalamualaikum dan
salam sejahtera.
Pernah menulis dan
berkongsi mengenai pengalaman menggunakan minyak pati 100% jenama YOUNG LIVING
atau YL.
Anda yang mengikuti
blog ini mengenai suka duka perjalanan TOPICAL STEROID WITHDRAWAL (TSW) tentu
tahu bagaimana sengsaranya perjalanan pengalaman itu.
Pelbagai perkongsian
pengalaman dan info telah dikongsikan di blog ini di bawah label atau kategori
TSW / EKZEMA.
Mengenali PATI MINYAK
YL pertama kali hanya untuk tambahan minyak yang berbau wangi ke dalam minyak
kelapa dara yang agak berbau kurang enak antara alasan pertama mengapa minyak
YL LAVENDER di pilih dan digunakan.
Tiada sangka apabila
pertama kali digunakan ia bukan sahaja meredakan mood dan stress malah memberi
kelegaan kepada tubuh dan lebih mempercepatkan lagi pemulihan dan parut kesan
eczema.
Tiada sangka asal
hanya mahu mengurangkan bau ‘kurang selesa’ minyak yang melekat di baju dan
tubuh akhirnya memberi lebih makna dan kesukaan kepada minyak pati YL ini.
Anda sendiri akan
tahu apabila anda menggunakannya. Malah sahabat yang turut disyorkan membeli
pati minyak lavender turut bersetuju.
Bulan ketiga beliau
terus membeli pati minyak lemon, dan saya hampir 6 bulan seterusnya pati minyak
lemon pula dipilih untuk ditambah kedalam minyak kelapa dara yang kerap disapu
ke kulit ketika menghadapi eczema beberapa tahun dahulu.
Anda boleh berjumpa
dengan pelbagai minyak pati didunia ini.
Boleh berjumpa dengan
puluhan minyak pati yang dijual online dan difarmasi.
Malah perkataan pure
essential oil, 100% essential oil amat biasa digunakan.
Sayangnya, tidak
semua minyak pati adalah sama.
Beberapa kali telah
ditegaskan disetiap artikel tentang bahan-bahan kandungan dalam setiap produk.
Jika anda minum susu
sekalipun anda harus lihat dari bahan-bahan apa ia digunakan.
Bahan pepejal susu
kah? Atau susu asli 100%.
Agak sukar
menyedarkan para pengguna tentang bahan-bahan.
Bahawa setiap makhluk
didunia ini mempunyai frekuensi tertentu termasuk tumbuh-tumbuhan.
Bagaimana Ilmu falak,
tarikh dan keadaan pembesaran bulan juga memberi makna kepada setiap makhluk
didunia ini.
Pada malam dan bulan
mengambang dan hari-hari tertentu ada bunga-bunga berkembang pada tahap paling
maksima untuk mengambil ekstrak dan dipetik untuk dihasilkan pati paling
terbaik.
Setiap tumbuhan ada
sifat-sifat tersendiri yang hanya pencinta dan penyelidik tumbuhan-tumbuhan
yang mempunyai jiwa cinta pada alam semulajadi sahaja yang tahu.
Dalam menghasilkan
getaran dan cinta serta ekstrak terbaik. Kasih sayang kepada setiap tumbuhan
ini dicurahkan dan dipetik pada hari dan waktu terbaik, hanya pakar yang
belajar dan bereksperimen mengenainya sahaja yang tahu.
Bayangkan jika anda
menyintai dan mempunyai passion pada sesuatu perkara. Pasti anda akan asyik
belajar dan memberikan sepenuh perhatian dan jiwa raga kepada perkara tersebut.
Itulah yang berlaku
kepada pengasas minyak Pati YL. Kecintaan beliau menjadikan hanya yang terbaik
sahaja dipilih untuk menghasilkan minyak pati YL ini.
Mungkin bagi
sesetengah individu perkara ini tidak penting.
Realitinya setiap
perkara diatas dunia ini ada gelombang dan frekuensi tersendiri.
Mengapa anda harus
memilih buah yang dipetik semalam gred C jika anda boleh mendapatkan buah gred
A yang boleh dipetik dihadapan mata dan anda tahu ia dari gred terbaik.
Sedangkan halia juga
mempunyai jenis dan gred tertentu. Anda pasti ingin makan halia terbaik untuk
hasil terbaik, begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan lain.
Realitinya pencinta
alam semulajadi, akan faham bahawa alam semulajadi sendiri boleh bercakap
dengan pencintanya dalam bahasa tiada manusia didunia ini faham.
Pernahkah anda bau
harum bunga mawar segar tanpa racun? Dan dipetik dihadapan mata?
Minyak pati Young
Living adalah hasil petik dihadapan mata yang segar tanpa racun . Atas tanah
yang turut membantu hidup petani.
Malah pengasas YL
sendiri memilih untuk bekerja diladang dan memberi kuasa kepada isteri beliau
dalam menguruskan perniagaan YL.
Itu jelas menunjukkan
kecintaan beliau kepada tumbuh-tumbuhan sendiri.
Pengasas YL sendiri
bercucuk tanam dan berladang tanpa mengharapkan insan lain memerhati dan
menjaga kualiti.
Pernah anda memasak
sendiri hasil tanaman kebun anda yang anda tahu tidak menggunakan air sabun
sebagai baja atau baja kimia sembarangan?. Hanya air beras atau air biasa
sahaja.
Tentu anda rasa amat
selamat berbanding melihat jiran sebelah membubuh ajinomoto sebagai baja
disetiap tanaman sendiri.
Siapa kata tanam
sendiri lebih selamat tanpa ilmu?.
Pengasas YL ialah
insan terkenal dengan ilmu alam sekitar dan perkara semulajadi.
Tanpa ilmu dan
kesedaran yang tinggi, anda tentu tidak akan puas hati.
Setiap perkara
bermula dari asas.
Pokok bermula dari
benih.
Setiap benih
tumbuh-tumbuhan yang digunakan dalam proses minyak pati Young Living dipilih
dari asas dan ditanam serta dijaga piawaian oleh pengasas YL sendiri.
Tentu kerisauan ini
terubat jika anda tahu mereka yang anda boleh percaya dan begitu teliti
menyediakan bahan untuk anda gunakan nanti.
Bayangkan jika orang
tersayang anda, jenis tidak peka kepada maklumat.
8 juta kali anda
ingatkan bahawa MSG tidak bagus, gula tidak bagus namun mereka masih gunakan
walaupun gula perang yang anda sedar dan tahu di pasaran kebanyakannya hanya
dicampur dengan gula putih dan diwarnakan sahaja.
Apakah perasaan anda
ketika makan masakan itu?
Ada bezakah perasaan
anda ketika menikmati masakan sendiri yang anda tahu anda amat peka dengan apa
yang anda isi. Malah gula semulajadi pun anda tidak tambah apa lagi bahan
perasa seperti MSG?.
Begitulah apabila
anda menggunakan sesuatu yang anda sendiri tidak tahu dimana ilmu dan kearifan
mereka serta kecintaan mereka kepada alam dan bahan semulajadi.
Agak panjang untuk
menerangkan produk MINYAK PATI @ Essential Oil Young Living, namun sebagai
pengguna dan mula mencintai minyak dan bau yang memberikan semangat dan rasa
indah ini maka pelbagai artikel mengenai minyak pati ini akan dikongsikan di
blog ke 3
Realitinya minyak
pati telah lama digunakan berkurun lampau sebagai remedy dalam perubatan dan ketenangan jiwa juga emosi.
Anda pasti terkejut
melihat kuasa keajaiban yang tuhan ciptakan dari minyak pati ini untuk
kesihatan tubuh , kulit , jiwa dan emosi anda.
Nantikan segala
perkongsian mengenai minyak pati ini di blog ke 3
Dipersilakan simpan
dan bookmark alamat blog ini .
Untuk tahun hadapan
info minyak pati, smoothie dan pelbagai kategori menarik dan bermanfaat akan
mula dikemaskini untuk info dan manfaat bersama.
Terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan