Selasa, 21 November 2017

BERKENALAN DENGAN MINYAK PATI SEBENAR YOUNG LIVING ESSENTIAL OIL



Minyak pati sebenar YOUNG  LIVING Essential Oils 


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pernah menulis dan berkongsi mengenai pengalaman menggunakan minyak pati 100% jenama YOUNG LIVING atau YL.

Anda yang mengikuti blog ini mengenai suka duka perjalanan TOPICAL STEROID WITHDRAWAL (TSW) tentu tahu bagaimana sengsaranya perjalanan pengalaman itu.

Pelbagai perkongsian pengalaman dan info telah dikongsikan di blog ini di bawah label atau kategori TSW / EKZEMA.

Mengenali PATI MINYAK YL pertama kali hanya untuk tambahan minyak yang berbau wangi ke dalam minyak kelapa dara yang agak berbau kurang enak antara alasan pertama mengapa minyak YL LAVENDER di pilih dan digunakan.

Tiada sangka apabila pertama kali digunakan ia bukan sahaja meredakan mood dan stress malah memberi kelegaan kepada tubuh dan lebih mempercepatkan lagi pemulihan dan parut kesan eczema.

Tiada sangka asal hanya mahu mengurangkan bau ‘kurang selesa’ minyak yang melekat di baju dan tubuh akhirnya memberi lebih makna dan kesukaan kepada minyak pati YL ini.

Anda sendiri akan tahu apabila anda menggunakannya. Malah sahabat yang turut disyorkan membeli pati minyak lavender turut bersetuju.

Bulan ketiga beliau terus membeli pati minyak lemon, dan saya hampir 6 bulan seterusnya pati minyak lemon pula dipilih untuk ditambah kedalam minyak kelapa dara yang kerap disapu ke kulit ketika menghadapi eczema beberapa tahun dahulu.

Anda boleh berjumpa dengan pelbagai minyak pati didunia ini.
Boleh berjumpa dengan puluhan minyak pati yang dijual online dan difarmasi.

Malah perkataan pure essential oil, 100% essential oil amat biasa digunakan.

Sayangnya, tidak semua minyak pati adalah sama.

Beberapa kali telah ditegaskan disetiap artikel tentang bahan-bahan kandungan dalam setiap produk.

Jika anda minum susu sekalipun anda harus lihat dari bahan-bahan apa ia digunakan.
Bahan pepejal susu kah? Atau susu asli 100%.

Agak sukar menyedarkan para pengguna tentang bahan-bahan.
Bahawa setiap makhluk didunia ini mempunyai frekuensi tertentu termasuk tumbuh-tumbuhan.


Bagaimana Ilmu falak, tarikh dan keadaan pembesaran bulan juga memberi makna kepada setiap makhluk didunia ini.


Pada malam dan bulan mengambang dan hari-hari tertentu ada bunga-bunga berkembang pada tahap paling maksima untuk mengambil ekstrak dan dipetik untuk dihasilkan pati paling terbaik.

Setiap tumbuhan ada sifat-sifat tersendiri yang hanya pencinta dan penyelidik tumbuhan-tumbuhan yang mempunyai jiwa cinta pada alam semulajadi sahaja yang tahu.

Dalam menghasilkan getaran dan cinta serta ekstrak terbaik. Kasih sayang kepada setiap tumbuhan ini dicurahkan dan dipetik pada hari dan waktu terbaik, hanya pakar yang belajar dan bereksperimen mengenainya sahaja yang tahu.

Bayangkan jika anda menyintai dan mempunyai passion pada sesuatu perkara. Pasti anda akan asyik belajar dan memberikan sepenuh perhatian dan jiwa raga kepada perkara tersebut.

Itulah yang berlaku kepada pengasas minyak Pati YL. Kecintaan beliau menjadikan hanya yang terbaik sahaja dipilih untuk menghasilkan minyak pati YL ini.

Mungkin bagi sesetengah individu perkara ini tidak penting.

Realitinya setiap perkara diatas dunia ini ada gelombang dan frekuensi tersendiri.

Mengapa anda harus memilih buah yang dipetik semalam gred C jika anda boleh mendapatkan buah gred A yang boleh dipetik dihadapan mata dan anda tahu ia dari gred terbaik.

Sedangkan halia juga mempunyai jenis dan gred tertentu. Anda pasti ingin makan halia terbaik untuk hasil terbaik, begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan lain.

Realitinya pencinta alam semulajadi, akan faham bahawa alam semulajadi sendiri boleh bercakap dengan pencintanya dalam bahasa tiada manusia didunia ini faham.

Pernahkah anda bau harum bunga mawar segar tanpa racun? Dan dipetik dihadapan mata?

Minyak pati Young Living adalah hasil petik dihadapan mata yang segar tanpa racun . Atas tanah yang turut membantu hidup petani.

Malah pengasas YL sendiri memilih untuk bekerja diladang dan memberi kuasa kepada isteri beliau dalam menguruskan perniagaan YL.

Itu jelas menunjukkan kecintaan beliau kepada tumbuh-tumbuhan sendiri.

Pengasas YL sendiri bercucuk tanam dan berladang tanpa mengharapkan insan lain memerhati dan menjaga kualiti.

Pernah anda memasak sendiri hasil tanaman kebun anda yang anda tahu tidak menggunakan air sabun sebagai baja atau baja kimia sembarangan?. Hanya air beras atau air biasa sahaja.

Tentu anda rasa amat selamat berbanding melihat jiran sebelah membubuh ajinomoto sebagai baja disetiap tanaman sendiri.

Siapa kata tanam sendiri lebih selamat tanpa ilmu?.

Pengasas YL ialah insan terkenal dengan ilmu alam sekitar dan perkara semulajadi.

Tanpa ilmu dan kesedaran yang tinggi, anda tentu tidak akan puas hati.

Setiap perkara bermula dari asas.

Pokok bermula dari benih.

Setiap benih tumbuh-tumbuhan yang digunakan dalam proses minyak pati Young Living dipilih dari asas dan ditanam serta dijaga piawaian oleh pengasas YL sendiri.


Tentu kerisauan ini terubat jika anda tahu mereka yang anda boleh percaya dan begitu teliti menyediakan bahan untuk anda gunakan nanti.


Bayangkan jika orang tersayang anda, jenis tidak peka kepada maklumat.

8 juta kali anda ingatkan bahawa MSG tidak bagus, gula tidak bagus namun mereka masih gunakan walaupun gula perang yang anda sedar dan tahu di pasaran kebanyakannya hanya dicampur dengan gula putih dan diwarnakan sahaja.

Apakah perasaan anda ketika makan masakan itu?

Ada bezakah perasaan anda ketika menikmati masakan sendiri yang anda tahu anda amat peka dengan apa yang anda isi. Malah gula semulajadi pun anda tidak tambah apa lagi bahan perasa seperti MSG?.

Begitulah apabila anda menggunakan sesuatu yang anda sendiri tidak tahu dimana ilmu dan kearifan mereka serta kecintaan mereka kepada alam dan bahan semulajadi.

Agak panjang untuk menerangkan produk MINYAK PATI @ Essential Oil Young Living, namun sebagai pengguna dan mula mencintai minyak dan bau yang memberikan semangat dan rasa indah ini maka pelbagai artikel mengenai minyak pati ini akan dikongsikan di blog ke 3


Realitinya minyak pati telah lama digunakan berkurun lampau sebagai remedy dalam perubatan dan ketenangan jiwa juga emosi.

Anda pasti terkejut melihat kuasa keajaiban yang tuhan ciptakan dari minyak pati ini untuk kesihatan tubuh , kulit , jiwa dan emosi anda.

Nantikan segala perkongsian mengenai minyak pati ini di blog ke 3



Dipersilakan simpan dan bookmark alamat blog ini .


Untuk tahun hadapan info minyak pati, smoothie dan pelbagai kategori menarik dan bermanfaat akan mula dikemaskini untuk info dan manfaat bersama.


Terima kasih.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan