Isnin, 20 November 2017

Makan Untuk Otak


Apabila kita makan,  ia bukan sahaja untuk kesihatan tubuh namun juga kesihatan otak.  Untuk Info ada sebahagian pendapat mengatakan nasi tidak bagus untuk otak. Namun semenjak pembacaan dan kajian penulis,  gandum moden mempunyai Gluten dan diubah suai genetik nya turut mengakibatkan pelbagaikan penyakit auto imun lain dan masalah mental. Nasi ialah makanan tanpa Gluten. 

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Realitinya semakin kita berusia. 

Semakin otak mudah penat. 

Bukan sahaja tubuh,  ini termasuk otak. 

Malah apa yang  dinikmati tubuh tetap memberi kesan kepada usus dan otak. 

Otak yang digunakan untuk pelbagai perkara itu jua mengawal emosi. 

Maka tidak hairanlah,  makanan dalam tumbesaran bayi atau fetus dalam rahim juga mempengaruhi otak janin. 

Betapa pentingnya anda menjaga diet dan emosi serta tahap Stress anda. 

Maka sebagai suami,  amatlah penting anda menjaga emosi isteri kerana ia akan memberi kesan kepada janin dan pembesarannya. 

Sebagai bakal ibu,  jagalah diet dan emosi anda serta persekitaran anda. 

Realitinya wanita amat penting menjaga diet dan emosi kerana ia bukan sahaja membabitkan emosi anda sebagai ibu juga ia akan memberi kesan kepada bayi yang anda kandung. 

Ramai tidak faham bahawa terlalu banyak kesan pada bayi yang anda tidak akan nampak sehingga mereka dewasa. 

Apa yang kita gunakan pasti akan memberi kesan kepada anak-anak,  cepat atau lambat. 

Kajian kini makin menunjukkan bahawa penyakit kita ketika dewasa ada kena mengena dengan sewaktu kita masih dalam janin ibu bapa kita lagi.

Sebut mengenai makanan,  ia bukan sahaja mengenai diet dan pemakan ibu mengandung.  Ia merangkumi diet kita sebagai manusia baik kita adalah lelaki mahu pun wanita. 

Diet untuk otak dan emosi. 

Pernah tiba-tiba anda rasa kurang semangat dan kecewa? 

Sila lihat menu anda pada hari tersebut atau beberapa hari ini? 

Cukup kah Khasiat? 

Kajian terbaru menunjukkan apa kita makan membabitkan otak dan emosi kita. 

Malah jika anda menikmati atau bau busuk yang tidak mententeramkan hati,  anda sendiri akan Stress dan kehilangan idea. 

Seiring usia otak mudah penat.  Anda mudah lupa.  Idea yang baru singgah jika tidak dicatat akan terbang begitu sahaja. 

Lebih-lebih lagi jika anda tidak menjaga pemakanan. 

Lagi cepat anda lupa dan kering idea. 

Ingin menulis juga anda lupa dan kekurangan idea. 

Bau yang menenangkan. 

Bunyi yang mententeramkan hati akan memberi kedamaian dan lautan idea untuk pelbagai perkara. 

Jika anda kecewa jauhkan menikmati makanan proses yang lagi merosakkan mood dan semangat anda. 

Cari makanan yang menambah semangat dan emosi dan membantu menguatkan otak anda. 

Antara makanan yang bagus untuk otak -  imej diambil dari Google 
Antara makanan yang bagus untuk otak ialah telur.  Cari telur kampung organik seboleh-bolehnya.  Jauhkan telur tinggi hormon.  Makanan tinggi hormon akan menyebabkan emosi anda bercelaru dan anda kehilangan fokus.  Sekali sekala boleh jika anda terpaksa makan masakan luar yang menggunakan telur komersial.  Namun jika anda ada task atau projek yang memerlukan anda menggunakan otak dan idea yang banyak,  lebih baik anda mula menjaga diet. 

Kekacang kering dan buah berunsur beri juga bagus untuk otak.  Pilih Kekacang mentah dan bakar sendiri. Bimbang kekacang yang telah siap dibakar dicampur bahan lain untuk nampak enak dan lebih sedap dimakan. 

Avocado adalah lemak baik dan sihat yang amat bagus untuk otak. Ia juga bagus untuk hormon dan diet wanita.  Sila amalkan Avocado yang semakin murah dan mudah didapati ini. Jika anda sukar memberikan konsentrasi,  Avocado amat bagus menyelesaikan isu ini. 

Tomato bukan sahaja bagus untuk kulit malah amat bagus untuk otak. Selain tinggi anti oksidan ia juga membantu meningkat fungsi otak. 


Teh hijau juga antara yang membantu meningkatkan memori dan konsentrasi otak selain bagus untuk kulit dan kesihatan.  Teh hijau adalah minuman tradisi masyarakat
 Jepun dan terkenal dengan antioksidan.  Sila amal teh ini walaupun ia ada isu mengenai kafein.  Kafein dalam jumlah yang berpatutan akan membantu anda dalam banyak perkara jika anda melihat ia dari sudut kebaikan kafein pada tubuh dan otak. 

Telah beberapa kali saya sering membicarakan khasiat pisang.  Buah murah yang mengenyangkan.  Membantu untuk diet dan tinggi fiber sekaligus amat bagus untuk mood anda sekaligus makanan yang bagus untuk otak. 

Pelbagaikan lagi makanan yang bagus untuk otak. 

Alang-alang anda makan,  biar ia makanan untuk sihat dan otak. 

Makanan Yang membantu mood anda gembira dan bahagia. 

Tentu anda inginkan otak yang sentiasa mudah menerima segala pembacaan dan cepat pickup. 

Selepas ini apabila anda ingin makan,  fikirkan apakah makanan ini bagus untuk otak anda. 

Apa program anda untuk hari ini?  Banyakkah idea yang perlu dikeluarkan atau bahan bacaan yang banyak untuk di khatam atau hadam? 

Jika jawapannya iya,  maka sila jaga diet anda. 

Begitu juga untuk para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan.  Hidangkan menu berkhasiat untuk sarapan dan diet seharian mereka. 

Amalkan makanan yang baik-baik.  

Sebagai ibu bapa tentu anda akan berjuang untuk Yang terbaik untuk peperiksaan penting anak anda. 

Dengan menjaga pemakanan anak-anak dan keluarga anda.  Diet anda sekali akan terjaga. Sekaligus emosi anda juga akan lebih tenang dan bahagia. 

Mungkin ada perkara yang sukar untuk berubah dari segi lain,  namun ada perkara positif yang anda sendiri akan nampak dan rasai.

Anda akan berterima kasih untuk perubahan itu. 

Cuba dahulu. 

Pasti anda akan mengakuinya nanti. 

Terima kasih.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan