alangkah indahnya jika mampu diet sihat konsisten setiap hari |
Assalammualaikum
dan salam sejahtera.
Tahun 2017 tinggal
hanya berbaki hamper sebulan sahaja lagi.
Maka pelbagai
perancangan cuti dan azam baru dibuat.
Azam tahun 2017
masih berbaki belum tertunai maka ia dibawa ke tahun 2018.
Niat dihati tahun
2018 mampu Eat Clean dan semakin kuat dan tabah menahan nafsu.
Namun di musim
hujan November ini, diet dan pemakanan semakin ke laut.
Rasa lapar oleh
cuaca sejuk dan musim hujan menyebabkan , perut asyik berbunyi dan makan apa
sahaja yang terhidang.
Semua jenis
masakan mengandungi trans-fat dimakan, gluten diabaikan termasuk gula.
Sedangkan saya
manusia yang sedar dan tahu keburukan setiap bahan-bahan makanan namun kekal
menikmati tidak mampu melawan nafsu , apa lagi mereka yang lansung tidak tahu.
Ramai yang begini.
Serupa saya. Ada yang masih bertekak mengatakan sakit itu tuhan bagi, makan
sihat pun jika sakit akan sakit juga, walaupun mereka sedar dan tahu kajian
demi kajian menunjukkan meraka yang sakit adalah disebabkan pemakanan,
keturunan, factor sekitar, udara , gaya hidup dan stress.
Realitinya, ramai
yang mengatakan makanan sihat mahal.
Ia itu hakikat.
Anda boleh mendapatkan makanan sihat yang murah dan jauh lebih berkhasiat di
pasar atau bercucuk tanam sendiri, namun apabila anda tidak cukup tanah atau
tiada tempat bercucuk tanam, maka anda pasti akan terasa cabarannya terutama
jika anda diuji dengan masalah kewangan.
Begitu juga mereka
yang tidak menghadapi masalah budget, mereka ini menghadapi masalah tiada
kesedaran dan tidak cukup ilmu selain tidak mampu sama sekali melawan nafsu.
Itu belum kira
cara hidup atau life style yang memaksa menikmati makanan sihat diluar.
Realitinya , ramai
antara ktia tahu kesan sampingan bahan makeup. Bahan kegunaan diri namun tiada
kekuatan untuk berubah.
Berapa ramai
antara kita selepas makan makanan tidak sihat rasa sesal , namun masih
meneruskan lagi diet sebegitu kerana tidak cukup kuat.
Ia sukar sungguh
melawan nafsu sendiri.
Maka sebelum
berlawan dengan perkara lain sekeliling, nafsu dahulu harus dididik.
Dalam meniti
sebulan lagi tahun baru 2018 memasuki , pelbagai semangat cuba dipupuk.
Puas memujuk dan
memerah otak untuk menulis 365 artikel sebelum hujung tahun, namun menikmati
makanan yang ntah apa-apa menyebabkan
ketandusan idea dan semangat terus menjunam.
Bayangkan untuk
membaca info dan mencari ilmu juga sudah ketiadaan mood apa lagi memproses
segala data.
Jelas ketara kesan
makanan kepada otak dan mood yang semakin disedari kini.
Dalam memaksa diri
dan memujuk diri belajar mengawal nafsu, beberapa minggu dan bulan diet yang
semakin kelaut ada kalanya menimbulkan rasa sesal kerana ia membabitkan banyak
perkara.
Maka seperti
biasa, semangat dan matlamat serta azam baru mula di tetapkan.
Semoga Berjaya.
Insyaalah.
Semoga tuhan
membantu.
Aamiin.
Terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan