Rabu, 22 November 2017

Produk Perawatan BIBIR Terbaru :- RED LIPS 💋 LIPS TINT


LIPS TINT produk Semulajadi @ natural terbaru untuk merawat bibir dan memberi warna kepada bibir 

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Beberapa kali membuat eksperimen untuk kegunaan diri sendiri terlebih dahulu. 

Dengan memilih jenis madu paling sesuai sebagai bahan asas produk bibir terbaru dari set RED LIPS. 

RED LIPS ialah rangkaian produk khas untuk PERAWATAN BIBIR

Ia diilhamkan untuk mereka yang mengalami masalah BIBIR.

Dari masalah bibir kering, bibir gelap,  bibir asyik mengelupas dan bibir hitam.  Insyallah produk dari rangkaian RED LIPS mampu membantu anda dalam penyelesaian masalah bibir.

Atas matlamat menyelesaikan masalah bibir yang dihadapi ramai golongan.

Maka untuk produk pertama RED LIPS,  LIPS TINT diperkenalkan kepada anda. 

Menggunakannya bahan asli sebagai campuran bagi mendapatkan warna dan khasiat terbaik untuk bibir,  produk ini diperbuat 100% dari bahan makanan asli dan semulajadi. 

Bahan pewarna hanya dipilih dari makanan organik terpilih. 

Dicampur dan diadun untuk satu jangka masa. 

Setelah eksperimen dibuat dalam beberapa tempoh waktu. 

Lips Tint  ini akhirnya terhasil. 

Berikut ialah antara kegunaan dan Kebaikan Lips Tint. 


KEBAIKAN DAN KEGUNAAN LIPS TINT 

1. Sebagai lips treatment untuk bibir anda.  Madu berkhasiat melembapkan dan ml lembut bibir. 

2. Mengembalikan warna Semulajadi bibir anda. 

3. Sesuai digunakan sebelum tidur dan dipakai ketika tidur untuk memulihkan dan merawat bibir anda. 

4. Dijadikan Lips Tint.  Anda tidak perlu lagi lips balm atau Lips gloss.  Lips Tint ini cukup memberi warna kepada bibir anda.  Anda hanya wajib rajin menyapu Lips Tint ini di bibir anda. 

5. Tiada kerisauan tentang bahan kimia lagi di bibir anda. 

6. Anda juga akan bersyukur kerana bibir anda kurang gelap dan kurang mengelupas.  Paling penting jauh lembab dan tidak kering. 

7. Produk ini boleh dibawa kemana sahaja,  paling penting apabila anda sampai di rumah,  sila pastikan anda simpan di dalam peti ais. 

8. Jika anda tertidur dan terlupa simpan di dalam peti ais Lips Tint anda,  esoknya anda boleh melihat keadaan Lips Tint ini.  Jika ada buih kecil sedikit,  dan pejabat anda berpenghawa dingin kuat dan sejuk anda boleh membawa Lips Tint anda ke pejabat.  Namun jika anda sering berada di kawasan panas,  maka tidak sesuai Lips Tint yang mempunyai sedikit buih kecil ini dibawa ke kawasan panas.  Cuaca panas akan membuatkan bahan dalam Lips Tint meruap dan membuatkan botol mudah pecah.

9. Pengalaman sendiri,  Lips Tint yang tidak diletakkan dalam peti ais selama 3 hari berturut,  selamat digunakan asalkan Lips Tint berada dalam  cuaca sejuk atau dingin.  Jauhkan dari cuaca dan suhu panas. 

Berikut adalah maklumat lanjut mengenai Lips Tint seterusnya. 

Ini ditegaskan disini beberapa faktor mengenai Lips Tint ini. 

1. Diperbuat dari bahan asas madu asli. Di tambah ekstrak tumbuhan untuk warna dan khasiat maka produk ini bukan produk tahan lama seperti produk bibir lain. 

2. Produk Semulajadi lebih kerap digunakan di bibir atau bersentuh dengan anggota tubuh akan lebih mudah rosak,  maka atas asbab ini bukan produk penapaian dan tanpa bahan kimia 100% baik kimia lembut atau keras ia wajib di simpan di dalam peti ais selepas digunakan. 

3.  Anda kekal boleh membawa produk ini ke mana-mana,  ke pejabat atau berjalan-jalan.  Anda hanya perlu pastikan,  pulang ke rumah anda menyimpan Lips Tint ini di dalam peti ais. 

4. Lips Tint ini diisi di dalam botol 10 ml sahaja. Namun isipadu kandungan Lips Tint lebih kurang separuh dari botol ini.  Dalam 5ml. Sila ambil perhatian,  ruang yang luas diperlukan untuk udara diambil oleh bahan Lips TInt ini.  Itu alasan kuat kenapa Lips Tint ini menggambarkan botol lebih besar dari isipadu sebenar. 

5. Belajar dari pengalaman dan pembacaan. Lips Tint ini akan berbuih jika cuaca terlalu panas atau sudah lama berada di luar.  Ia tidak akan berbuih jika usia produk baru seminggu dua.  Namun semakin lama semakin mudah berbuih.  Itu alasan mengapa kali pertama anda membeli produk ini anda wajib menyimpan ia di dalam peti ais.  

6. Sila beri masa 1 -  2 minggu untuk pemprosesan pembelian produk Lips Tint ini.

7.  Produk ini hanya tahan selama 2-3 bulan sahaja.  Selepas 3 bulan,  produk ini tidak boleh digunakan lagi. 

8. Menggunakan produk semulajadi memerlukan ketabahan dan semangat yang tinggi.  Anda harus banyak bersabar menunggu kesan baik dari penggunaan jangka panjang produk Semulajadi. 

9. Anda harus tahu bahawa produk Semulajadi sering berwarna berlainan dan tidak tetap.  Ini terpulang dengan keadaan campuran makanan yang digunakan. Ada waktu warna produk lebih gelap dan ada waktu lebuh terang. Produk Semulajadi ialah produk tanpa penstabil,  penyatu mahu pun pengawet.

Menggunakan botol kaca bermutu tinggi dan roll Ball dari stainless steel ia jauh selamat dari botol plastik. 


Untuk harga pengenalan Lips Tint ini diperkenalkan dengan harga RM9.90. 

Pembelian dan pertanyaan produk beserta konsultasi sila whatapps ke

016 276 2636 


Setiap pengguna produk di bawah label By QK akan diberi konsultasi dan di monitor secara peribadi. 


Terima kasih. 





Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...