Bahagian hadapan restoran Melantak Steak Hub |
Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Artikel seterusnya untuk Tempat Makan Best Di Melaka dari sambungan artikel sebelum ini Tempat Makan Best Di Melaka Part 10.
Pertama kali membuat carian tempat Makan Steak best di Melaka saya melihat dan membaca Review yang menarik Mengenai Restoran Melantak Steak Hub ini.
Malah terdapat Blog yang mengatakan bahawa daging di restoran ini diambil dari tempat yang sama oleh restoran yang pernah Viral iaitu restoran M....

Anda boleh pilih sendiri daging atau makanan laut pilihan anda di peti ais Melantak Steak Hub ini |
Oleh kerana kami merancang untuk menikmati Steak di Menate dan coklat di Dip & Dip Kuala Lumpur, selepas berada 2 hari di Melaka maka kami membatalkan program perancangan kami itu dan menukarnya kepada program menikmati dinner di Melantak Steak Hub dan The Molten Chocolate Cafe Di Melaka.
Maklumlah Menate dan Dip & Dip sudah beberapa kali kami singgah. Jadi masa untuk mencuba restoran di Melaka.
Tertarik dengan Review yang di berikan kami Sekeluarga memilih menikmati hidangan Steak dan banyak pilihan menu lain di restoran Melantak Steak Hub ini.
Antara Menu yang di tawarkan disini |
Terdapat pelbagai pilihan menu disini dari Steak, makanan laut, burger, Pizza, sizzling, pasta, nasi, mee dan sebagainya.
Pelbagai minuman pilihan juga tersedia.
Tertarik dengan hidangan menu di paparan pelbagai jenis makanan di pesan oleh kami.
Untuk Steak dan daging sama ada pilihan lembu, kambing atau salmon. Pelanggan di kehendaki memilih sendiri di dalam 2 peti ais yang tersedia di hadapan.
Di sini juga terdapat pilihan daging Grass fed yang lebih sihat dan selamat.
Disini juga terdapat pelbagai pilihan kek dan manisan yang menarik yang di letakkan di dalam peti di tengah restoran Melantak Steak Hub ini.

Bergambar sambil menunggu hidangan |
Masa yang diambil untuk penghantaran menu di meja kami dikira okey tidak cepat dan tidak lambat, maklumlah Steak.
Namun sejujurnya minuman yang kami dapati ketika makan malam di Melantak Steak Hub tempoh hari terlalu manis.
Bayangkan saya memesan air jus Nenas tanpa gula namun tetap di tambah gula.
Adik lelaki saya yang kuat manis dan terkenal kuat manis memesan air Milo tabur dan beliau tidak mampu minum Milo tabur itu kerana terlalu manis.
Kesimpulannya air minuman kami banyak yang tidak habis dan hampir seperti tidak diminum langsung.
Malah adik ipar saya beberapa kali menambah air namun air teh beliau tetap manis.
Kami tidak tahu jika pembuat air malam itu terlebih gula atau apa.
Antara gambar menu yang sempat di ambil |
Untuk rasa makanan Steak lamb dan daging.
Maaf terlalu berbeza rasa dengan Steak di restoran M... Yang pernah Viral itu.
Jauh lebih enak Steak dan daging di restoran M...
Rasa Mee sizzling di sini juga terlalu biasa dan kami tidak mampu menghabiskannya termasuk kuew tiaw kantonis yang terpaksa di bungkus pulang kerana tidak luak langsung dan akhirnya di buang ke dalam tong sampah di rumah.
Namun apabila melihat harga Steak di Melantak berbanding restoran M.. Agak logik mengapa rasa kedua-dua Steak di restoran ini amat berbeza.
Pujian di berikan untuk Pizza. Rasa Pizza di sini dikategorikan okey dan boleh di cuba.
Sos steak disini bukan citarasa kami.
Pilihan masakan well done juga amat keras dan terlalu sukar untuk kami telan dan potong.
Jumlah bil hidangan kami di Melantak Steak Hub |
Jika anda mengharapkan rasa enak seperti restoran M... Di Kuala Lumpur itu, rasanya anda mungkin kena lupakan saja.
Saya tidak tahu jika hari saya bersama keluarga nikmati makanan disini Chefnya berlainan namun ia bukan seperti jangkaan kami.
Namun untuk harga Steak RM30++ ia boleh di maafkan kerana memang harga itu sesuai dan secara automatik di kategorikan sedap atas dasar harga berikut.
Maka jika anda ingin menikmati Steak di Melaka dengan harga berpatutan, bagi saya restoran ini tetap antara pilihan yang ada selain luas dan banyak pilihan.
Tunggu apa lagi jika anda berada di Melaka dan ingin menikmati Steak rasa tempatan sila bawa keluarga dan insan tersayang anda ke sini.
Terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan