Isnin, 3 Julai 2017

Memilih Herba Cina


Kurma kecil natural Red date ini saya beli di kedai organik,  kurma merah besar di kedai herba cina atau singseh
 Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Selamat berpuasa sunat Syawal bagi anda yang sedang berpuasa. 

Untuk artikel ini sedikit perkongsian bagaimana pemilihan herba cina mengikut kesesuaian diri sendiri. 

Kebiasaannya saya lebih suka membeli longan dan kurma merah di kedai organik yang disimpan di dalam peti. 

Ini atas alasan bahan-bahan ini tidak tahan lama dan perlu disimpan di dalam peti ais.  Berbeza jika anda beli di pasaraya biasa yang jelas sekali agak kering dan lama. 

Dari pemerhatian saya dan pertanyaan saya ada beberapa kedai singseh yang turut menjual produk herba natural bukan organik. 

Ia masih di simpan di luar dan ada juga disimpan di dalam peti untuk tahan lama. 


Kedua-dua kurma ini disimpan di dalam peti ais (di kedai organik dan kedai herba cina) 
Ada sesetengah kedai herba cina yang mengambil dalam kuantiti yang banyak,  untuk lebih tahan lama sedikit sulfur di gunakan. 

Namun ada pendapat mengatakan sulfur ini hilang apabila herba ini direndam. 

Ada sesetengah kedai herba cina memang memilih dan membekalkan stok tanpa sulfur dan lebih natural,  kebiasaannya kedai ini hanya mengambil dan mengeluarkan sedikit stok sahaja. 

Itu penjelasan yang saya terima dari tauke herba cina atau singseh. 

Itu alasan mengapa ada perbezaan ketara herba cina di kedai berlainan. 

Saya melihat sendiri perbezaan White fungus berkualiti tinggi dan biasa.  Yang lama disimpan dan yang biasa. 

Namun sengaja saya beli White fungus biasa untuk mengurangkan Budget. 

Perbezaan ketara jua dari kurma merah kecil di kedai organik dan kedai herba biasa amat ketara dari segi kualiti,  wangi,  bau dan rasa. 

Kurma merah jenis besar yang dibeli saya di simpan di dalam peti ais di kedai herba tersebut juga jelas berbeza dari segi kualiti dan kesegaran malah rasa dan bau apabila direbus. 

Buah kurma merah besar itu masih berair dan seumpama mempunyai jus tersendiri amat berbeza dengan kurma merah kualiti berlainan. 

Bagi anda yang mengalami isu usus bocor atau isu usus lemah. 

Juga untuk anda yang sedang dalam proses penyembuhan,  anda di galakkan untuk mendapatkan bahan herba cina yang lebuh natural jika anda mempunyai Budget lebih.

Sila belajar melihat perbezaan setiap herba di kedai berlainan dan jangan hairan dengan sedikit perbezaan harga. 

Satu perkara yang perlu di titik beratkan.  Pastikan herba yang anda amalkan tidak lari 'yin dan yang'  yang sepatutnya.

Dapatkan ilmu dan pendapat dari singseh berpengalaman atau adunan yang biasa di amalkan sahaja jika anda tidak pasti. 

Semoga artikel ini membantu anda. 


Terima kasih. 




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...